Bab 23

14.5K 155 5
                                    

Alarm yang berbunyi dari telefon Luna menyedarkannya dari tidur lenanya. Tangan meraba-raba di atas meja tepi katil untuk mencari telefonnya. Setelah itu dimatikan alarm tersebut daripada terus berbunyi bising. Mata yang hanya terbuka kecil itu melihat jam di skrin telefonnya, 6:02am. Sempat untuk dia mandi wajib sebelum menunaikan solat subuh.

Telefon diletakkan kembali ke atas meja tadi sebelum dia bangun bersandar di kepala katil. Comforter ditarik sehingga ke dada, menutup tubuhnya yang terdedah itu. Rambut yang berada di wajahnya dia selitkan ke belakang telinga. Luna mengerling sekilas ke arah Aariz yang masih lagi tidur nyenyak di sebelahnya ketika ini. Kemudian pandangannya dialihkan ke pintu bilik Aariz.

Setelah beberapa minit begitu Luna terus turun dari katil perlahan-lahan, tidak mahu mengejutkan Aariz. Diambil baju tidurnya yang berada di tepi katil sebelum disarung semula ke tubuhnya. Dibuka dan kemudiannya ditutup pintu bilik Aariz dengan perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Tuala yang tersidai di tepi pintu bilik air dicapai oleh Luna lalu dengan segera dia masuk ke dalam bilik airnya.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik air, Luna berdiri di hadapan sinki dan menghadap cermin bulat yang sedikit besar yang terletak di situ. Dipandang pantulan dirinya di cermin tersebut dengan riak wajah yang kosong.

Baju tidur tadi mula ditanggalkan dan diletakkan di dalam bakul baju kotor yang memang sudah tersedia ada di bawah sinki itu. Dibelek pula tubuh badannya yang sudah bebas sepenuhnya daripada sebarang fabrik itu. Luna dapat melihat dengan jelas segala tanda yang ditinggalkan oleh Aariz di sekitar dada dan bahunya. Keluhan lega terlepas dari bibirnya apabila melihat lehernya bersih tanpa noda.

Luna yang baru ingin melangkah ke tempat mandi terus menghentikan langkah apabila matanya menangkap sesuatu yang terdapat pada pantulan di cermin itu. Disengetkan dan didekatkan sedikit tubuhnya ke cermin untuk melihat dengan lebih jelas. Mata Luna mula membesar apabila melihat itu semua.

Aariz sempat lagi meninggalkan beberapa tanda di kawasan sekitar punggungnya. Dia juga tidak perasan waktu Aariz membuat itu semua dek kerana terlalu hanyut dalam kenikmatan yang diberikan oleh lelaki itu. Ditunduk ke bawah untuk membelek kedua kakinya pula dan Luna mendapati terdapat juga tanda yang ditinggalkan Aariz di peha dan celah pehanya. Luna memejam mata menahan geram kemudian dia kembali melangkah ke tempat mandi untuk membersihkan dirinya dengan segera. Tidak mahu subuh gajah.

Selesai mandi, terus dia keluar dari bilik air dengan berkemban sahaja. Diambil pakaiannya dari dalam almari dan disarungkan ke tubuh dengan sepantas kilat. Telekung di atas katil diambil dan dipakai sambil mata mengerling pada jam di dinding biliknya. Sudah hampir pukul 7 pagi. Segera dia mengerjakan solat subuh.

Sesudah selesai solat, Luna kembali meletakkan telekung dan sejadah di atas katil. Rambut yang masih basah dikeringkan dengan menggunakan jari-jarinya sahaja di hadapan cermin meja soleknya. Sedang asyik mengeringkan rambut, tiba-tiba perutnya mula berbunyi tanda lapar.

Barulah Luna ingat semalam kali terakhir dia menjamah makanan adalah pada pukul 8 malam sebelum dia naik ke biliknya untuk menunaikan solat maghrib dan isyak. Terus dia melangkah keluar dari biliknya untuk ke dapur mencari makanan yang boleh dimakannya pagi ini.

Masuk sahaja ke dapur, dia melihat tubuh Puan Laili yang berada di sinki dapur membelakanginya. Senyuman nakal mula terukir di bibir Luna.

"Mommy!" Luna menjerit kecil di tepi telinga Puan Laili menyebabkan wanita itu terkejut lalu pantas mengetuk bahu Luna dengan timun yang berada di tangannya ketika ini.

"Haa, kan dah kena." kata Puan Laili geram.

"Aduh, mommy! Sakit!" Luna mengusap-usap bahunya yang terasa sedikit sakit diketuk dengan timun itu.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now