Bab 28

11.7K 180 22
                                    

"Luna. Kau ok tak ni?" tanya Manis. Dia mengambil tempat di sebelah Luna. Masuk hari ini sudah tiga hari gadis itu bermalam di rumahnya. Esok gadis itu akan pulang ke kondo Aariz memandangkan lelaki itu akan pulang dari Langkawi pada petang esok.

"Hah? Ok je. Kenapa kau tanya macam tu?"

"Takde lah. Aku tengok kau macam pucat semacam je. Tak sihat ke?" soal Manis, prihatin.

"Pucat? Tak lah. Banyak kerja kat office. Biasa lah." Luna tersenyum nipis. Ya, minggu ini dia agak sibuk sedikit. Banyak kerja harus diselesaikan dengan segera.

Suasana di ruang tamu itu kembali sunyi sepi apabila mereka berdua kembali fokus menonton drama yang disiarkan di skrin tv. Sedar sedar sahaja, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Manis mengerling ke sebelahnya dan melihat Luna yang sudah tertidur lena itu. 'Lah, ni memang sah tv yang tengok dia ni.'

Manis menggelengkan kepala beberapa kali sebelum mencuit-cuit bahu Luna, ingin mengejutkan kawan baiknya itu daripada tidur.

"Luna. Bangun. Dah pukul 11 ni. Sambung tidur dalam bilik sana."

"Hmm..."

"Bangunlah Luna." kejut Manis lagi. Berkerut dahinya memandang ke arah Luna yang kelihatan susah betul untuk bangun itu.

"Manis..."

"Hmm?"

"Aku tak larat lah. Kepala aku rasa pening sangat sekarang ni." jawab Luna perlahan. Dia yang membuka matanya perlahan-lahan terasa keadaan di sekelilingnya seakan berpusing-pusing. Sekaligus membuatkan dia rasa terlalu pening.

Manis yang mendengar itu pantas meletakkan belakang tapak tangannya ke atas dahi Luna. Tidak panas.

"Hmm tak panas. Luna, kita pergi klinik la jom? Aku bawa kau pergi klinik sekarang." ujar Manis bersama wajah yang risau.

"Tak payah lah. Kau ada panadol tak? Aku nak sikit. Nanti makan panadol ni elok lah." balas Luna dengan tangan diletakkan ke kepalanya.

"Takde. Stok panadol aku habis hari tu. Lupa nak restock. Jom lah kita pergi klinik terus. Dulu pun kalau kau nak period, kau akan sakit sakit kepala kan? Jom?"

"Hmmm." tidak larat ingin membantah, Luna hanya mengiyakan sahaja.

"Kejap aku nak naik atas pakai tudung. Aku ambilkan sekali tudung dengan beg kau. Kejap tau." kata Manis kemudian dia terus berlari ke atas ingin memakai tudung dan mengambil tudung, kardigan dan juga purse milik Luna. Tidak dilupakan purse, kunci rumah dan kunci keretanya sekali.











-











"Luna? Kenapa kau diam? Kau.... Tak suka... Ke?" tanya Manis berhati-hati. Sejak balik dari klinik tadi, Luna hanya diam sambil menghalakan pandangannya ke luar tingkap kereta. Wajah gadis itu juga kelihatan muram. Tiada raut wajah gembira langsung yang dipamerkan oleh Luna.

Luna yang mendengar pertanyaan Manis hanya menghela nafas perlahan. Dipejamkan matanya seketika sebelum dia membukanya semula. Wajah Manis di sebelahnya yang sedang memandu itu dipandang.

"Boleh kau singgah mana-mana taman tak sebelum kita balik? Aku ada benda nak cakap."

"Hah? Taman?"

"Hmm."

"Aaaa. Ok ok." Jam di dashboard keretanya dipandang. Sudah pukul 12:15 pagi. Esok pula kerja. Tapi tidak mengapa, demi Luna dia tidak kisah. Dia tahu ada sesuatu yang Luna rahsiakan daripadanya. Dia tahu Luna ada masalah lagi-lagi apabila dia melihat keadaan Luna yang sekarang ini.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now