Bab 48

9.8K 144 8
                                    

"Aisar?" tanya Manis bersama kerutan di dahinya.

Luna sekadar menganggukkan kepala setelah dia selesai membasahkan tekaknya yang dirasakan sedikit kering tadi.

"Tapi hari tu bukan kau kata yang doktor scan, anak kau perempuan ke?" tanya Manis lagi sambil menggaru keningnya.

"Yelah. Perempuan lah."

"Tapi nama Aisar? Aisar kan macam nama lelaki? Adik sepupu aku yang lelaki tu ada nama Aisar. A.I.S.A.R kan? Ke eja macam mana nama anak kau nanti?" Manis menjelaskan kepada Luna dengan wajah yang bersemangat.

"Hahahah. Kau ni. Aisa lah. A.I.S.A." terang Luna ringkas.

"Ohh. Ala beza takde R lah eh. Ni mesti nak letak nama Aishah tapi nak dengar feeling feeling mat salleh kan kau ni?" Manis meneka sambil mengecilkan matanya memandang ke arah Luna.

Luna yang mendengar terus saja melepaskan gelak yang agak kuat. Habis semua mata yang berada di dalam cafe itu tertumpu kepada mereka berdua. Ada yang memandang dengan riak wajah terkejut, ada juga yang memandang sambil menjeling. Mungkin kerana Luna yang tiba-tiba ketawa dengan kuat itu.

"Hoi, Luna. Ya Allah. Malunya orang pandang. Gelak....." Manis menggelengkan kepalanya dengan sebelah tangan diletakkan di tepi wajahnya. Konon ingin menutup wajahnya dari dilihat orang.

Setelah ketawa Luna reda, dia membuat isyarat tangan memohon maaf kerana telah membuat bising tadi.

"Hehehe. Kau lah ni." kata Luna ringkas.

"Aku pulak?" tanya Manis sambil menjegilkan matanya kepada Luna.

"Heheheh. Eh, suka hati aku lah. Anak aku. Nak letak nama apa yang aku suka pun. Kau ni pun."

"Eh? Marah aku pulak. Betul lah ni. Hormon ibu mengandung ni lain macam." komen Manis bersahaja.

Luna hanya diam tidak menjawab. Seketika, telefonnya yang berada di atas meja berbunyi tanda ada panggilan masuk. Berkerut dahinya apabila melihat nama pemanggil tersebut.

"Aariz." kata Luna perlahan.

"Jawablah." tegur Manis.

Terus Luna mencapai telefonnya dan segera menjawab panggilan Aariz.

"Hello, abang." jawab Luna kemudian matanya memandang Manis. Manis pula sekadar mengangkat keningnya kepada Luna.

"Oh. Ok, abang. Hmm... Ye. Ok." kata Luna ringkas.

"Ok. Baik. Bye, abang." kata Luna lagi sebelum menamatkan panggilan telefon itu.

"Kenapa?" tanya Manis.

"Aariz bagitahu dia balik lambat sikit hari ni. Suruh aku spend masa lebih sikit dengan kau. Kau ok tak? Ke nak balik rumah awal?"

"Lamanya jumpa client...." komen Manis.

"Biasa lah dia. Sejak akhir-akhir ni sibuk sikit. Banyak benda dia kena uruskan. Papa aku sekarang banyak suruh Aariz ambil alih sikit-sikit kerja yang dia rasa Aariz dah boleh handle sendiri."

"Oh yelah. Papa kau nak serahkan jawatan dia dekat Aariz kan nanti."

"Hmm ye, tapi bukan dalam masa terdekat pun. Aariz pun tak yakin lagi. Banyak benda nak kena belajar lagi katanya."

"Baguslah macam tu. Kau ni bila pulak nak join company papa kau?"

"Hmm. Nanti lah. Aku pun baru je resign kan. Ni tunggu Aisa lahir then tunggu lah dia besar sikit baru aku fikir balik. Aariz pun kalau boleh nak aku duduk rumah je."

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now