Bab 35

10.6K 174 9
                                    

"Dari mana baru balik?" tanya Aariz dengan nada mendatar. Luna yang baru menutup pintu rumah itu memandang Aariz seketika sebelum menjawab pertanyaan Aariz.

"Abang... Luna baru balik kerja lah? Singgah restoran kejap tadi beli makanan untuk dinner nanti." kata Luna kemudian meletakkan plastik bungkusan makanan di atas meja makan.

"Pukul berapa dah sekarang ni?" tanya Aariz sekali lagi. Masih berpeluk tubuh di atas sofa dengan mata memandang ke tv.

"7 lebih? Tunggu makanan siap lama pula tadi. Tu yang sampai rumah lambat sikit." kata Luna.

Luna yang melihat Aariz seakan mahu bertanya sesuatu lagi itu pantas berkata dahulu.

"Abang. Luna nak mandi, nak solat maghrib dulu. Nanti kita sambung ya?" setelah itu Luna terus melangkah memasuki bilik tidur mereka.

Aariz menoleh ke belakang memandang Luna. Terus dipejamkan matanya bersama keluhan yang berat.











-











"Sedap kan nasi goreng USA ni?" Luna bertanya kepada Aariz yang turut sama sedang menikmati nasi goreng tersebut.

Sedari tadi Luna perasan suaminya seakan dingin sahaja dengannya.

"Hmm. Beli kat mana?"

"Area office. Kak Farah yang recommend dekat Luna, kata nasi goreng USA ni sedap gila. Tu yang Luna sanggup tunggu lama tadi tu." balas Luna dengan senyuman nipis.

"Yeke? Bukan sebab tengah dating dengan lelaki lain ke?"

Terus berubah wajah Luna saat mendengar apa yang Aariz baru katakan. Berkerut wajahnya memandang Aariz. Sudu dan garfu diletakkan di atas pinggannya.

"Abang cakap apa ni?"

Aariz turut sama berhenti makan. Dia berpeluk tubuh dengan memandang Luna dengan pandangan yang tajam.

"Kenapa terkejut? Sebab betul? Nasi goreng ni cuma alasan je kan untuk tutup sebab sebenar? Keluar makan dengan lelaki lain? Wow! Tak sangka eh sanggup buat macam ni kat belakang abang? Sampai hati Luna kan?!" kata Aariz sambil mengetap giginya menahan marah yang bila-bila masa sahaja akan dihamburkannya.

"Abang merepek apa? Luna keluar dengan lelaki lain belakang abang? Bila masanya?" tanya Luna dengan dahi yang berkerut. Hatinya kecewa bila tiba-tiba dituduh begini oleh suaminya sendiri.

"Ini apa?!" Aariz menunjukkan gambar yang berada di skrin telefonnya sekarang ini. Dicampak telefon itu di hadapan Luna.

Luna mengambil sebelum dia melihat gambar yang berada di skrin telefon Aariz. Membulat matanya apabila dia melihat gambar itu. Gambar dia bersama Rayyan siang tadi. Sewaktu mereka berada di dalam restoran untuk makan tengahari bersama. Sewaktu Farahanis tiada di situ. Dan sewaktu dia dan Rayyan sama-sama kelihatan sedang gembira ketawa. Oh tidak, nampak gayanya Aariz sudah salah faham seratus peratus. Luna kemudian memandang wajah Aariz yang kelihatan tersenyum sinis.

"Kenapa terkejut? Sebab abang ada bukti? Hmm? Nak bagi alasan apa lagi, Luna?!" Aariz mula menengking Luna. Kedua tangannya naik menghentak meja makan, kuat.

Terhinggut kedua bahu Luna kerana terkejut dengan apa yang Aariz lakukan. Mata mula berair. Luna mengemam bibirnya cuba menahan diri dari mengalirkan air mata. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

"Abang. Ni semua salah faham. Luna boleh explain."

"Nak explain apa lagi? Tak perlu. Luna cuma nak bagi alasan untuk tutup semua ni kan?!" Aariz mula bangun dari duduknya dan mula melangkah ingin meninggalkan ruang makan itu.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now