Bab 22

19.5K 206 4
                                    

Luna yang masih di dalam baju nikahnya duduk di atas katil biliknya sambil memusing-musingkan cincin perkahwinannya yang terletak cantik di jari manis kirinya. Riak wajah Luna ketika itu kosong. Semua tetamu kebanyakannya sudah pulang termasuk Manis dan keluarganya.

Luna menghela nafas perlahan kemudian perlahan-lahan dia menjatuhkan tubuh ke atas tilam, ingin berbaring sekejap setelah hampir seharian melayan para tetamu yang hadir.

Mata Luna mula terasa memberat kerana rasa mengantuk yang menguasai dirinya saat ini. Terkebil-kebil dia memandang siling biliknya untuk melawan rasa mengantuknya. Tidak lama kemudian dengkuran halus mula kedengaran di dalam bilik itu.








-








"Luna? Luna, bangun sayang. Boleh pula dia tidur sini."

Luna yang terjaga kerana dikejutkan oleh Puan Laili itu mula membuka matanya perlahan. Dia yang masih mamai itu perlahan-lahan duduk bersandar di kepala katil dan memandang Puan Laili yang sedang duduk di tepi katilnya.

"Mommy? Kenapa ni?" tanya Luna yang masih mamai-mamai lagi.

"Luna buat apa tidur sini?"

"Hmm? Ni kan bilik Luna." jawab Luna.

"Memang ni bilik Luna. Tapi kan Luna dah kahwin. Dah kahwin ni duduk bilik suami Luna lah. Abang Aariz Luna tu. Bilik tu kan mommy dah siap hias jadi bilik pengantin." Puan Laili tersenyum manis kepada anak tirinya yang juga merangkap menantunya itu.

"Hmm?" berkerut dahi Luna cuba memproses ayat yang keluar dari mulut Puan Laili.

"Kahwin?"

"Ish Luna. Mamai lagi ke budak ni? Astagfirullah. Luna lupa ke tadi Luna dah kahwin dengan abang Aariz? Ni ha tengok tu, baju kahwin pun tak tukar lagi tu."

Luna segera melihat pakaiannya. Seketika barulah dia teringat yang dia sudah pun selamat berkahwin dengan Aariz, abang tirinya itu. Luna menepuk dahinya perlahan.

"Apa tepuk dahi pula ni? Dah, bangun. Pergi masuk bilik sebelah tu. Tidur dekat sana. Ingat, Luna dah jadi isteri orang dah hari ni." digeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah laku Luna saat ini.

"Ala mommy, Luna nak tidur sini malam ni boleh tak? Rindu lah nak tidur bilik ni." Luna memberi alasan.

"Rindu apanya. Malam-malam sebelum ni kan Luna memang tidur sini. Dah, jangan bagi alasan. Tak baik tidur asing dengan suami." Puan Laili tegas dalam memberi nasihat kepada Luna.

"Ha yelah. Luna nak mandi kejap."

"Mandi bilik sana je lah." beritahu Puan Laili.

"Takpelah. Luna mandi sini malam ni. Barang Luna ada dalam bilik sini. Leceh lah nak bawa pindah sana. Lagipun esok kita orang nak pindah keluar dah." sekali lagi memberi alasan.

"Hmm yelah. Ingat, tidur bilik sana. Kalau lapar, makanan ada lagi kat bawah tu. Mommy letak bawah tudung saji. Dekat dalam fridge pun ada. Nanti panaskan je tau." beritahu Puan Laili sebelum ingin bergerak keluar dari bilik Luna.

"Ok mommy." melihat Puan Laili keluar dari biliknya, Luna terus bangun dari katil dan melangkah ke almari pakaian. Dicapai pakaian tidur yang ingin dipakainya malam ini sebelum berlalu ke dalam bilik air untuk menyegarkan tubuh badannya.









-


🔞 Amaran. Bahagian seterusnya mengandungi adegan-adegan 18sx yang tidak sesuai untuk pembaca yang berumur 18 tahun dan ke bawah. Dan juga tidak sesuai untuk mereka yang tidak sukakan 18sx scenes. Boleh skip terus this whole chapter ya 🔞






Salah Arah (C)Where stories live. Discover now