Bab 42

11.2K 188 13
                                    

"Thank you abang Aariz sebab hantarkan Manis sampai ke rumah. Susah-susah je." Manis tersenyum lebar kepada Aariz yang berada di tempat duduk pemandu. Aariz yang mendengar turut membalas senyuman Manis.

"Takde yang susah pun. Lagi pun satu jalan kan?" balas Aariz tenang.

"Hmm. Abang Aariz, Luna, tak nak masuk dalam dulu ke? Minum air ke?" pelawa Manis. Sekadar ingin berbudi bahasa.

"Takpe lah. Kita orang balik dulu." tolak Aariz dengan baik. Dia mengerling sekilas kepada Luna yang hanya mendiamkan diri tidak ingin menyampuk perbualan di antara dia dan Manis.

"Oh. Ok lah kalau macam tu. Hati-hati drive. Terima kasih lagi sekali. Bye. Luna, bye. Nanti jumpa lagi." Manis melambaikan tangannya.

"Ok, thank you. Bye." balas Aariz.

"Ha. Ok. Bye." Luna turut melambaikan sekejap tangannya kepada Manis. Selepas berada jauh sedikit dari rumah Manis, dia segera menaikkan cermin tingkapnya dan mula berpeluk tubuh. Keluhan perlahan turut keluar dari mulutnya.

Aariz yang mendengar keluhan Luna itu mengerling sekilas ke arah isterinya.

"Kenapa?" tanya Aariz lembut.

"Takde ape. Penat je." Luna sekadar menjawab dengan nada mendatar. Tiada mood mahu berbual sekarang ini.

Sunyi keadaan di dalam kereta milik Aariz itu selama beberapa minit sebelum Luna mula bersuara.

"Eh, abang. Salah jalan ke? Belok kiri lah jalan ke rumah papa." tegur Luna apabila dia melihat Aariz hanya memandu terus tanpa membelok ke kiri. Ini sudah salah jalan.

Luna yang tadinya bersandar di kerusi kereta, kini sudah duduk tegak melihat ke luar jalan.

Aariz pula menjeling Luna sekilas sebelum membalas pertanyaan isterinya itu.

"Tahu. Kita balik kondo lah. Rumah kita."

"Hah? Tapi Luna-"

"Abang ingat bila abang dah bagi izin Luna pergi bercuti kat Langkawi selama beberapa hari ni tanpa abang, Luna dah ok sikit dah. Dah boleh balik rumah kita sendiri." beritahu Aariz dengan nada yang kedengaran agak serius pada pendengaran Luna.

"Abang rasa dah cukup abang bagi ruang dan masa untuk Luna tenangkan fikiran. Sabar abang pun ada hadnya juga, Luna. Abang harap Luna faham."

Luna hanya diam tidak membalas apa-apa. Kepalanya ditundukkan ke bawah memandang kasut di lantai kereta.

"Boleh?"

"Hah?" Luna mendongakkan kepalanya memandang Aariz. 'Apa yang boleh?'

"Abang harap Luna boleh faham abang juga. Saling bertolak ansur dalam hubungan kita ni. Boleh?"

"Hmm." Luna menganggukkan kepalanya perlahan sebelum dia kembali menundukkan kepalanya memandang tangannya yang berada di ribanya.

Seketika Luna teringat kembali akan apa yang dikatakan Tania beberapa hari yang lalu. Tania mahu memberitahu hal yang sebenar kepadanya.

Segera dia mengeluarkan telefonnya dari sling bagnya. Nombor Tania dicari sebelum dia menghantar mesej kepada wanita itu.

Esok pukul 5:30pm I free. Kita jumpa so you dapat settlekan semuanya. I nak ini kali terakhir I jumpa you.


Luna menunggu balasan mesej daripada Tania. Luna juga mahu cepat-cepat selesaikan hal ini dengan Tania. Lagi cepat lagi bagus. Tidaklah kepalanya berserabut dengan semua drama ini. Cukup lah kepalanya berserabut ketika berada di office sahaja.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now