Bab 37

10.1K 178 7
                                    

"Baby, sini..." Aariz memanggil Luna untuk duduk di atas katil bersebelahan dengannya.

"Hmm..." Luna yang baru selesai membuat skincare routinenya itu perlahan-lahan menapak mendekati Aariz sebelum duduk di sebelah suaminya itu.

"Baby masih marah abang lagi ke pasal Tania tu?" tanya Aariz dengan lembut. Diusap penuh kasih pipi Luna dengan ibu jarinya sambil tersenyum manis kepada Luna.

Luna pula hanya menayangkan wajah kosongnya ketika ini. Diam, tidak membalas pertanyaan Aariz. Hanya mata yang setia memandang wajah suaminya dari tadi.

"Ok, diam ni tanda marah lah tu." Aariz berhenti mengusap pipi Luna. Diturunkan tangannya ke sisi perut Luna dengan matanya menatap lembut mata milik Luna.

"Baby... Apa-apa pun hubungan yang abang ada dengan Tania... Tu dulu. Masa dulu. Sebelum kita bersama pun, baby. Hmm, abang ingat bila abang dah bagitahu tentang Tania tu, baby ok, boleh terima. Tapi tengoklah. Sebab ni la abang tak nak bagitahu baby awal-awal. Sebab nanti baby marah dan tak percayakan abang, fikir yang bukan-bukan." terang Aariz dengan nada yang masih lembut.

"Abang sendiri yang buat Luna tak percayakan abang, fikir yang bukan-bukan." jawab Luna setelah lama mendiamkan diri.

Dia mula berdiri dari duduknya dan melangkah ke sebelah katil mengambil tempat untuk tidur. Kini Luna sudah berbaring di sebelah Aariz yang masih lagi duduk dari tadi, memerhatikan pergerakan Luna.

"Baby cakap apa? Abang tak faham." tanya Aariz dengan dahi yang berkerut.

Luna hanya diam. Saat ini dia sudah menutupkan matanya namun masih belum lagi tidur. Hanya menutup mata tidak mahu memandang suaminya.

"Baby..." panggil Aariz. Dia memegang tangan Luna yang berada di luar comforter dan Luna juga pantas menarik tangannya kembali sebelum dimasukkan cepat-cepat ke dalam comforter. Mata masih tertutup rapat.

"Baby, please. Kalau ada apa-apa, kita bincang. Selagi tak bincang, selagi tu kita macam ni. Cuba Luna bagitahu abang, apa yang Luna rasa sekarang ni?"

Perlahan-lahan Luna membuka matanya dan kemudiannya memandang wajah Aariz yang turut memandangnya juga.

"Apa yang Luna rasa? Luna rasa penat." jawab Luna sebelum dia kembali menutup matanya.

"Penat? Sebab apa? Sebab abang? Luna... Boleh tak cakap tu habiskan? Jangan tergantung macam tu je. Luna tak bagitahu abang, macam mana abang nak tahu dan faham."

"Luna..." Aariz kemudiannya menyeluk tangannya ke dalam comforter untuk mencari tangan Luna. Luna yang mula rasa rimas diganggu oleh Aariz itu merentap tangannya daripada Aariz lalu terus duduk bersandar di kepala katil. Matanya mencerlung tajam ke arah Aariz.

Aariz tergamam dengan tindakan Luna itu. Dapat dilihat dalam mata Luna yang isterinya itu sedang berada dalam keadaan marah dan... Kecewa?

"Ye! Luna penat sebab abang. Abang kata apa tadi? Boleh tak cakap tu habiskan, jangan biar tergantung untuk abang faham? Habis, abang tu macam mana pula? Tak sama ke?!" tanya Luna dengan suara sedikit meninggi.

"Luna?" Aariz memandang Luna dengan wajah yang tidak mengerti.

"Abang tu tanya diri abang sendiri. Abang tak cerita semuanya dekat Luna. Abang rahsiakan sesuatu dari Luna. Luna rasa macam orang bodoh sangat sekarang ni. Sampai hati abang kan buat Luna macam ni?!!" Luna meluah dengan suara yang semakin meninggi.

"Luna. Kenapa ni? Abang tak faham Luna cakap apa sekarang ni." nada suara Aariz mula kedengaran tegang sekarang ini.

"Luna cakap tentang hubungan abang dengan perempuan murahan tak tahu malu tu lah!!! Abang tipu Luna!! Abang kata abang takde apa-apa hubungan lagi dengan dia tapi abang tipu Luna!! Abang ada scandal dengan dia belakang Luna. Jumpa dekat hotel bagai! Itu apa??? Nak cakap apa? Dah pergi jumpa dekat hotel tu buat apa lagi kalau bukan buat maksiat?!!!" kini Luna mula menjerit-jerit. Menghamburkan kemarahannya yang dipendam selama beberapa hari ini. Dia yang duduk bersandar di kepala katil mula bangun berdiri di tepi katil.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now