Bab 21

14.2K 133 2
                                    

Manis meletakkan dua mug yang berisi air coklat panas di atas meja ruang tamu.

"Nah. Panas lagi ni."

"Thanks."

"You're welcome."

Manis menghirup perlahan-lahan air coklat yang dibuatnya itu. 'Sedap! Macam selalu. Hehe.' bisik Manis dalam hati.

"Oh, so macam mana? Kau nak cakap apa tadi?"

"Aku akan kahwin bulan depan." balas Luna dengan riak wajah yang kosong.

"Hah? Cepatnya! Sempat ke buat persiapan kahwin dalam masa sebulan ni?" balas Manis terkejut. Membulat matanya memandang Luna.

"Dia nak nikah dulu. Majlis kahwin buat dua bulan lepas nikah."

"Eh? Kenapa tak buat terus nikah dengan majlis kahwin? Tiga bulan lagi la kan sepatutnya majlis kahwin?" tanya Manis hairan.

"Entah dia. Dia tetap nak nikah dulu. Ikut kepala dia je. Mana nak bincang dulu dengan aku." Luna kini mempamerkan riak menyampah. Menyampah apabila teringatkan Aariz. Keras kepala. Degil.

"Tak menyabar betul eh dia." Manis menjuihkan bibir dengan sikap Aariz yang satu itu.

Luna memandang Manis kemudian mengangkat kedua belah bahunya.

"Habis tu parents korang kata apa? Diorang ok je ke?"

"Mommy awalnya memang tak setuju la. Mommy nak nikah dengan majlis kahwin tu buat serentak tapi... Aariz tu kepala batu. Degil. Tetap nak nikah bulan depan."

"Oh. Yelah. Faham! Papa kau ok je lah eh?"

"Hmm papa aku ok je. Tak kisah."

"Em... Kau pulak?" tanya Manis perlahan.

"Aku? Hahaha. Aku mana ada pilihan, Manis. Ikut je lah." ketawa itu jelas kedengaran dibuat-buat. Manis memandang simpati wajah Luna yang tersenyum kelat itu. Tangan gadis itu dicapainya dan digenggam perlahan. Seakan ingin menyalurkan kekuatan buat gadis itu.

"Luna. Aku tahu kau kuat. InsyaAllah. Semua yang berlaku ni ada hikmahnya."

"Thanks." air mata yang baru mengalir di pipinya pantas diseka. Senyuman nipis terukir di wajahnya saat ini. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik Manis ini.





-






"Amboi, sengih sampai ke telinga. Nak kahwin ke apa ni?" tanya Wafi kepada Aariz. Wafi merupakan salah seorang kawannya sewaktu dia belajar di kolej dahulu. Dan sampai sekarang mereka masih lagi berkawan rapat walaupun tidak selalu berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan urusan peribadi.

"Yep." jawapan yang keluar dari mulut Aariz membuatkan Wafi mengangkat kedua belah keningnya. Sepatah perkataan itu cukup membuatkan Wafi terkejut. Dia yang hanya main-main bercakap begitu kepada Aariz dan sekarang dia pula yang terkejut.

"Serius lah bro?"

"Yela......" balas Aariz meleret. Dah agak kawan dia ni tak percaya dengan dia kali ini.

"Kau nak kahwin? Dengan siapa? Tania?"

"Pfft." tersenyum sinis Aariz mendengar nama perempuan itu.

"Bukan. Luna."

"Luna? Luna mana pula?"

"Adik tiri aku." jawab Aariz dengan tenang.

Membulat mata Wafi memandang Aariz yang kelihatan tenang sahaja itu.

"Adik tiri kau?! Kau biar betul?!" balas Wafi tidak percaya.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now