Bab 9

18.5K 124 0
                                    

Luna masih berselubung di bawah comforter yang menutupi seluruh tubuhnya. Tubuhnya juga membelakangi Aariz yang sedang sibuk membutang kemeja berwarna kelabu. Ingin bersiap-siap untuk ke pejabat.

Aariz menoleh sebentar memandang Luna yang masih diam membisu dari tadi. Dia tahu gadis itu tidak tidur dari tadi. Hanya diam membisu di sebalik comforter yang menutupi tubuhnya yang tanpa sebarang pakaian itu.

Aariz tahu gadis itu sedang protes dengannya. Tidak mahu bercakap sepatah pun dengannya selepas apa yang berlaku di antara mereka. Dia sedar dia agak memaksa dan memperlaku Luna sedikit kasar dari kebiasaannya apabila mereka melakukan hubungan intim.

Mungkin kerana masih ada tersisa rasa amarah dan cemburu dalam dirinya. Marah bila Luna memberitahu mahu memutuskan hubungan terlarang mereka dan cemburu bila memikirkan ada lelaki lain yang akan merampas dan menjaga Luna lebih baik dari dirinya.

Tali leher yang berwarna hitam dipakai sebelum cuba sekali lagi berbual dengan Luna.

"Luna. Sampai bila nak diam diri? Nak protes macam ni kat aku? Hmm? I'm talking to you right now Luna..."

Sepi.

"Hmm. Aku nak kene pegi kerja dah ni. Dah lewat. Aku dah buat simple breakfast untuk kau. Makanlah. Nanti perut masuk angin susah." Aariz duduk di katil, bersebelahan tempat tidur Luna. Cuba menarik comforter yang masih dipegang erat oleh Luna.

"Janganlah!" Luna menjerit kecil, tanda tidak suka dengan tindakan Aariz yang ingin menarik comforter itu. Sengaja membuatnya lagi marah.

"Ade pun suara..." Aariz mengintai sedikit wajah Luna yang sedikit terselindung di sebalik helaian rambut panjangnya yang kusut masai itu. Aariz menghela nafas panjang sebelum mencium rambut Luna. Tidak sempat Luna mengelak.

"Take care. Petang nanti aku balik. Nak makan apa-apa, dalam fridge tu ada frozen food sikit. Petang kau tak payah masak. Aku bungkuskan makanan siap-siap ok."

Masih sepi. Tiada balasan dari Luna.

"Aku pergi dulu."

Kedengaran bunyi pintu pagar dibuka dan kemudian ditutup dan dikunci kembali. Selepas beberapa minit termenung barulah Luna bangun dari katil. Menuju ke bilik air untuk membersihkan tubuhnya.





-





Luna mengemas semua barangnya. Memasukkan barangnya ke dalam luggage. Ingin segera keluar dari rumah ini. Dia tidak mahu melihat wajah Aariz buat masa ini.

Pintu rumah dibuka sebelum kunci pagar dibuka menggunakan kunci pendua yang memang sedia ada Aariz letak di atas meja kopi di ruang tamu.

Seketika, Luna perasan terdapat mangga di pintu pagar tersebut. Cuba dicari kunci untuk membuka mangga tersebut namun tiada. Diselongkar di setiap almari dan laci di dalam rumah ini namun hampa tidak ditemui kunci untuk mangga di pagar tersebut.

Nafas Luna mula turun naik menahan marah di dada. 'Tak guna punya Aariz'. Telefon bimbit diambil dan segera menghubungi nombor milik Aariz. Mengetap gigi sementara menunggu Aariz menjawab panggilannya.

"He-"

"Kau ni memang melampau lah Aariz! Kau ingat aku ni apa?! Nak kurung kunci aku bagai dalam rumah kau ni?! Aku nak balik! Mana kau letak kunci mangga ni?!" potong Luna terus. Menghamburkan rasa marahnya ke Aariz terus. Tidak mampu ditahan lagi. Aariz memang bertindak melampau dengan mengurungnya di dalam kondo milik lelaki ini. Fikir dia apa? Kucing? Sesuka hati sahaja!

"Tunggu aku balik petang ni." jawab Aariz mendatar.

"Aku nak balik sekarang. Aku nak keluar sekarang dari sini! Tak faham ke!"

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now