Bab 6

23.8K 161 0
                                    

"Esok flight mommy dengan papa pukul berapa?" tanya Aariz yang sedang memandu kereta miliknya. Aariz dan Luna memutuskan untuk makan di luar sahaja hari ini. Sudah bosan duduk di rumah sahaja.

Luna mengajak Aariz makan tengahari di Mid Valley. Sudah lama dia tidak pergi ke sana. Sebelum ini dia akan melepak di situ bersama kawan-kawan sekolahnya dalam dua minggu sekali. Menonton wayang dan makan. Kemudian berjalan-jalan di situ tanpa membeli apa-apa. Salah satu cara yang efektif untuk melepaskan tekanan belajar kata mereka.

"Hmm petang pukul 2 macam tu. Kenapa?" tanya Luna tanpa memandang wajah Aariz. Matanya sibuk memerhati bangunan-bangunan yang ada di sebelah kirinya. Lagaknya seperti tidak pernah tengok bangunan tinggi-tinggi sahaja. Serupa budak kecil berusia 5 tahun yang teruja melihat bangunan tinggi-tinggi sewaktu menaiki kenderaan.

"Saja tanya." Aariz senyum nipis. Mata tetap difokuskan pada jalan raya di hadapannya.

"Kau dah janji kan nak tengok wayang cerita yang aku nak. Sampai sana jangan nak tukar pulak eh." Luna memberi amaran.

"Iyeee. Pernah ke aku mungkir janji?" dipandang wajah Luna sekilas sebelum memandang kembali ke hadapan.

"Manalah tahuuuu." balas Luna meleret. Sudah dua hari berlalu sejak peristiwa hitam yang terjadi di antara mereka berdua. Luna semakin boleh menerima keadaan mereka sekarang. Dia juga sudah menjadi Luna Irisa yang dulu. Yang manja, banyak bercakap, yang telah berjaya menawan hati seorang Aariz.

Dua hari ini juga dia masih tidur di biliknya, belum mahu tidur bersama Aariz. Masih memerlukan ruang dan masa untuk bersendiri. Hanya kucupan-kucupan ringan di bibir sahaja berlaku selama dua hari ini. Itupun setelah digoda Aariz berkali-kali.






-






Setelah selesai membersihkan diri, Luna keluar dari bilik airnya. Dia hanya keluar berkemban dengan tuala mandinya sahaja. Terkejut Luna bila mendapati Aariz sedang merenungnya dari atas katilnya dengan hanya mengenakan seluar pendek paras lutut.

"Kau buat apa kat dalam bilik aku ni? Ish, keluar keluar." halau Luna sambil mengurut dadanya. Ingin menghilangkan rasa terkejutnya yang masih bersisa.

"Tak kunci pintu sape suruh." Aariz hanya gelak kecil kemudiannya selamba berbaring di atas katil sambil menggoyang-goyangkan kakinya itu. Seakan orang senang hati sahaja.

"Keluarlah, aku nak pakai baju ni. Kejap lagi nak tidur. Mengantuk dah ni." macam mana tidak mengantuk jika mereka keluar rumah siang tadi seawal jam 10 pagi dan pulang ke rumah pula pada pukul 9 malam lebih?

"Pakai jelah. Macam la aku tak pernah tengok kau tak berbaju." jawab Aariz dengan suara sengaja dileretkan. Sengaja mengusik Luna.

"Ada je nak jawab kan." Luna menggumam, kemudian membuka almari bajunya dan mengambil sehelai night dress yang berlengan pendek dan labuh paras lututnya. Tidak dilupakan juga seluar dalam berkain kapas sebelum masuk semula ke dalam bilik air.

Ingin memakai baju di dalam bilik air sahaja. Tidak selesa dengan keberadaan Aariz di biliknya. Walaupun abang tirinya itu pernah melihatnya tanpa seurat benang, namun rasa malu dan tidak selesa masih ada dalam dirinya untuk mempamerkan tubuhnya begitu sahaja di mata gatal lelaki itu.

Luna keluar kembali setelah siap memakai baju tidurnya. Tuala mandi disangkut di ampaian sebelah bilik airnya itu. Kaki melangkah ke meja solek sebelum dilabuhkan punggungnya di situ. Ingin memakai beberapa produk penjagaan kulit.

Disapu losyen di beberapa bahagian tubuhnya sambil mata memandang Aariz dari pantulan cermin meja soleknya. Aariz kelihatan berbaring di katilnya dengan mata yang terpejam. 'Tidur dah ke?'

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now