Bab 8

22.1K 140 4
                                    

"Luna masuk tidur pukul berapa malam tadi?" tanya Puan Laili yang sedang menuangkan kopi panas ke dalam cawan Dato Izham.

"9 lebih macam tu mommy. Kenapa?" tanya Luna selepas mengunyah dan menelan bihun goreng yang berada di dalam mulutnya. Pagi itu Puan Laili menyediakan bihun goreng, beberapa kepingan roti bakar dan dua jenis minuman; kopi o panas dan milo susu panas. Mereka anak-beranak tidak gemar minum minuman sejuk pada waktu pagi begini.

"Semalam mommy dengan papa balik dalam pukul 11 lebih. Mommy ada ketuk pintu bilik Luna. Kut lah Luna tak tidur lagi."

"Oh. Luna dah tidur dah. Tak sedar ape dah tu. Penat sangat hehe." Luna hanya sengih menayangkan giginya yang putih cantik tersusun itu.

"Aariz semalam tak bangun ya? Makanan kat bawah tak terusik pun." Puan Laili menanya Aariz pula yang sedari tadi hanya diam menikmati sarapan.

"Hmm? Ha'ah. Turun bawah minum air je mommy. Lepastu sambung tidur balik. Aariz tak rasa lapar sangat sebab before balik rumah Aariz ada singgah pergi makan isi perut." Aariz memandang Puan Laili dan Dato Izham silih berganti.

"Itulah. I kata jangan risau. Aariz dah besar, pandailah dia jaga diri. You je yang risau lebih." kata Dato Izham kepada isterinya itu. Puan Laili menghadiahkan jelingan manja sahaja dengan kata-kata Dato Izham itu.

Keadaan menjadi sunyi seketika. Masing-masing menikmati sarapan tanpa berkata apa-apa.

"Ehem. Papa, mommy. Luna ingat nak pergi holiday la sementara tak kerja lagi ni." Luna memulakan perbualan kembali setelah selesai bersarapan.

"Sorry sayang. Papa tak dapat nak cuti pergi holiday buat masa sekarang. Kerja banyak nak kene settle. Bulan ni memang tak dapat." jawab Dato Izham dengan wajah sedikit sedih. Sedih kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anaknya itu.

"Ehh. Tak pa. Bukan macam tu. Jap. Luna... Luna ingat Luna nak gi holiday. Dengan classmates kolej. Dalam seminggu macam tu."

"Oh dengan classmates. Ingatkan ajak satu keluarga."

"Hehe taklah pa. Yang tu nanti bila papa, mommy, abang Aariz free kita pergi ye. Boleh tak Luna nak pergi holiday dengan classmates pa?" Luna memandang wajah papanya. Berharap papanya akan memberi izin untuk dia pergi bercuti.

"Ok. Boleh. Dengan syarat. Jaga diri baik-baik. Apa-apa call papa ke mommy ke abang Aariz. Ok?"

"Ok pa! Jangan risau, Luna baik-baik je. Hehe thank you papa!" Luna tersenyum riang, senang hati.

"Luna nak holiday dengan classmates kat mana? Berapa orang? Ramai?" giliran Puan Laili pula bertanya soalan kepada Luna.

"Emm dekat Johor je mommy. Dalam 5-6 orang macam tu. Ada yang tak pasti lagi jadi ke tak." tipu Luna. Semua yang diberitahu tidak betul. Bukan holiday ke Johor bersama classmates nya tapi cuma 'holiday' di kondo abang tirinya yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dari sini sahaja.

Mata dikerling sekilas ke Aariz. Melihat lelaki itu mempamerkan sedikit senyum sinis kepadanya. Tahu Luna sedang menipu orang tuanya. Malas mahu masuk campur. Hanya mendengar dan mengangguk.

"Bila nak bergerak dari sini?" tanya Dato Izham pula.

"Lusa pa. Abang Aariz..." panggil Luna. Aariz yang terkejut namanya tiba-tiba diseru memandang Luna dengan wajah yang berkerut.

"Esok abang balik kondo abang kan? Luna tumpang boleh? Nak minta tolong drop kan Luna dekat rumah kawan Luna. Rumah dia dekat area rumah abang juga. Malas pula Luna nak tinggal kereta sana, susah cari parking." beritahu Luna.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now