Bab 24

15K 152 8
                                    

Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat isyak, Luna segera memanjat ke atas katil untuk tidur. Rasa kantuk sejak maghrib tadi tidak dapat ditahan oleh Luna lagi. Semalam dia tidak dapat tidur yang cukup menyebabkan hari ini dia mahu masuk tidur sedikit awal.

Luna memandang ruang kosong di sebelahnya. Aariz masih belum masuk ke dalam bilik sejak dari maghrib tadi. Lelaki itu masih berada di bilik sebelah, menyiapkan beberapa kerja syarikat mungkin. Kini Aariz sudah menjadikan bilik sebelah sebagai bilik kerjanya.

Tanpa berfikir lagi, Luna segera merebahkan kepalanya ke bantal. Mata sudah pun terasa berat, nak mencelikkannya pun sudah dirasakan amat payah. Dan tidak sampai seminit, Luna sudah dibuai mimpi.

Sejam kemudian, pintu bilik dikuak dari luar. Aariz yang baru masuk ke bilik melihat Luna yang sudah tidur berbungkuskan comforter di atas katilnya. Telefon di tangan diletakkan di atas laci meja sebelum dia mengambil tuala dan masuk ke bilik air, ingin membersihkan diri dengan segera.

Usai membersihkan diri, Aariz keluar dari bilik air dengan hanya tuala yang dililitkan di pinggangnya. Air yang menitik dari rambutnya yang basah dibiarkan sahaja. Aariz kemudiannya melihat jam di telefonnya. Sudah pukul 10:35 malam. Dikerling pula Luna yang kelihatan tenang dalam tidurnya itu.

Tanpa membuang masa, Aariz melangkah ke almari pakaiannya dan mencapai sehelai seluar pendek lalu disarungkan di kakinya. Tuala mandinya pula digunakan untuk mengelap sedikit rambutnya yang basah itu. Apabila dirasakan rambutnya sudah sedikit lembap, disidai semula tuala mandinya di rak yang berada di tepi bilik air.

Tanpa baju, Aariz mula memanjat katil, mengambil tempat di sebelah isterinya. Wajah isterinya diusap penuh kasih. Sesekali terdengar bunyi dengkuran halus Luna menyebabkan Aariz tergelak kecil. Tahu Luna yang kepenatan. Kepenatan kerana perkara malam semalam dan juga pergaduhan kecil yang berlaku di antara mereka di dalam kereta petang tadi.

Bibir Luna yang sedikit terbuka itu diusapnya dengan perlahan. Tidak mahu mengejutkan gadis itu dari tidurnya yang kelihatan sungguh lena. Bibir kesayangannya. Seketika, dia mula teringat kembali apa yang dikatakan oleh Luna pada petang tadi. Isterinya itu tidak mahu mengandungkan anak dia buat masa sekarang. Mengingati kembali hal itu membuatkan usapannya pada bibir Luna terhenti.

Pantas dia menarik tangannya menjauhi bibir itu. Aariz kemudiannya perlahan-lahan membaringkan tubuhnya rapat dengan Luna. Ditarik Luna supaya menghadapnya dan dipeluk erat tubuh isterinya itu. Luna yang masih tidur itu secara spontan membalas pelukan Aariz. Wajah Luna tersembam di dada bidang Aariz yang tidak berbaju itu.

"Aku akan pastikan kau terima aku sepenuhnya Luna. Takkan ada orang lain yang boleh ambil kau daripada aku. Kau milik aku selamanya." bisik Aariz perlahan.









-








Luna yang berada di dapur sedang sibuk menyiapkan sarapan buat Aariz. Hari ini Aariz sudah mula masuk ke pejabat. Dia tidak dapat bercuti lama-lama kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan walaupun dia mempunyai pangkat yang tinggi dalam syarikat Dato Izham.

Marah marah Luna pada Aariz pun, dia masih juga menyediakan sarapan buat suaminya itu. Dia masih ingat pesanan daripada Dato Izham dan Puan Laili yang menginginkannya untuk menjadi isteri yang baik kepada Aariz. Dia akan cuba perlahan-lahan.

Melihat Aariz yang baru masuk ke dapur dengan pakaian kerja yang lengkap itu membuatkan Luna tersenyum nipis. 'Kacak, seperti selalu.' Namun senyuman dibibirnya mati saat melihat mata lelaki itu yang merenungnya agak tajam. Air liur yang ditelan terasa kelat.

"Kenapa semalam tak tunggu aku?" nada suara Aariz kedengaran mendatar.

"Mengantuk lah." jawab Luna sambil menuangkan air ke dalam cawan Aariz.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now