Bab 20

14.1K 121 6
                                    

"Termenung termenung. Ha teringatkan buah hati ke tu?" tegur Farahanis apabila dia melihat Luna yang memandang kosong skrin laptop di hadapannya dari tadi.

"Eh, kak Farah! Ya Allah, terkejut Luna. Hmm tak ada lah." Luna tersenyum nipis kepada Farahanis. Farahanis merupakan personal assistant bosnya di syarikat ini.

"Ke sedih sebab Dato Erwan nak bersara dah? Hmm?"

"Hmmm. Oh ya! Dato Erwan last bulan ni kan kak?" tanya Luna.

"Ha'ah betul. Akak pun sedih juga sebenarnya. Dah lama akak kerja dengan Dato Erwan. Baik pun baik. Bukan senang nak dapat bos yang baik tau."

"Itu saya setuju seratus peratus. Hehe." Luna mula teringat akan Dato Erwan. Dato itu umurnya sudah mencecah 60an tetapi masih lagi segak tampan. Benarlah orang kata, lelaki ni kalau makin berusia, makin kelihatan segak bergaya. Dan mujurlah Dato Erwan ini bukan salah seorang Dato yang gatal atau bermata keranjang. Dia merupakan seorang bos yang sangat baik, peramah, bertimbang rasa dan juga pemurah. Setia dengan isterinya yang juga tetap kelihatan cantik walaupun sudah berusia 50an. Pasangan itu juga mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Anak Dato Erwan pula lah lepas ni jadi bos akak. Harapnya serasi lah kerja bersama nanti." kata Farahanis perlahan.

"InsyaAllah. Aamiin. Akak pernah jumpa kan anak-anak Dato Erwan?"

"Mestilah pernah. Baik je diorang sama macam Dato dan Datin. Tapi itulah, jadi bos nanti harapnya ok juga la. Hehe."

"Oh. Tapi kan akak... Sebelum ni anak dia kerja mana? Bukan apa, sebab yelah tiba-tiba terus naik jadi bos? Ke ada kerja tempat lain dulu sebelum ni?" tanya Luna. Dia bukan tidak suka anak bosnya itu menjadi bos baru mereka tapi sedikit pelik jika lelaki itu tiada pengalaman kerja dan tiba-tiba ingin menggantikan tempat ayahnya itu pula.

"Ohh. Anak Dato Erwan tu sebenarnya lepas habis belajar dulu dia terus dapat tawaran kerja. Dah lama dah dia kerja situ. Berapa tahun entah, akak lupa. Ini agaknya Dato Erwan paksa dia ambil alih syarikat ni lah kot. Yelah Dato Erwan pun dah berusia kan. Dah sampai waktunya anak dia ambil alih syarikat dia ni. Anak perempuan Dato Erwan pula baru masuk kolej. Lambat lagi lah nak grad pun." panjang lebar Farahanis menerangkan kepada Luna.

Luna hanya membuat mulut berbentuk O sahaja sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Selama dia bekerja di sini, tidak pernah sekali pun dia terserempak dengan anak-anak Dato Erwan. Hanya pernah terserempak dengan isterinya sahaja. Itu pun kerana wanita itu ingin lunch bersama suaminya itu.






-






"I nak kahwin." kata Luna senafas. Luna dan Rafli kini sedang duduk di salah sebuah bangku yang terletak menghadap sebuah tasik.

Rafli yang mendengar terus tergamam. Matanya terkebil-kebil memandang Luna yang beriak serius. Seketika, tawanya terletus. Sesudah tawanya reda barulah dia mula membuka mulut.

"Oh... Faham faham. You ni kan Irisa, cakap macam tu buat I terkejut je. Alright, kalau macam tu... Next week I hantar rombongan meminang you eh?" Rafli tersenyum suka. Akhirnya Luna bersedia untuk menjadi isterinya. Alhamdulillah.

"Bukan..." Luna menarik nafas seketika sebelum ingin menyambung kembali ayatnya yang tergantung itu. Dipandang wajah Rafli yang kelihatan tertanya-tanya itu.

"I nak kahwin dengan orang lain. Bukan dengan you Rafli."

"Hah? Irisa, you... You're joking right? I'm sorry but this-"

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now