Bab 12

12.4K 121 1
                                    

Luna duduk di atas katil sambil memegang telefonnya. Dia melihat terdapat beberapa notifikasi WhatsApp yang baru masuk. Dibuka mesej daripada Manis dulu.

Sampai dah ke rumah family kau?

Aku pun stay rumah family aku sampai ahad. Ade family gathering sikit.

Dah sejam dah. Alright, ahad jumpa.

Selesai membalas mesej whatsapp Manis, dibuka pula mesej daripada Aariz. Sudah 3 minggu dia tidak membalas apa-apa mesej yang masuk daripada lelaki itu. Tidak ada rasa ingin membalas apa-apa. Dibaca beberapa mesej baru daripada lelaki itu dengan riak wajah yang kosong.

Susah sangat ke nak jawab call?

Kau balik kan weekend ni?

Luna...

Sampai bila nak dingin macam ni?

Ya, Aariz ada cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak satu pun panggilan dari Aariz yang dia jawab. Kemudian dibuka WhatsApp group keluarganya pula. Lelaki itu sangat pandai. Sudah tahu dia tidak membalas mesej lelaki itu sendiri, maka lelaki itu sengaja menghantar mesej di WhatsApp group family mereka agar Luna tidak boleh lari dari dia. Mahu tidak mahu, untuk mengelakkan orang tua mereka curiga, Luna membalas juga mesej Aariz itu.

Aariz-
Minggu ni Luna balik rumah kan?

Mommy Sayang-
Ha'ah, dah sampai dah pun ni.

Aariz-
Oh tidur sampai ahad ke? Aariz pun otw balik juga ni mommy.

Ye ahad.

Aariz memang sengaja sehingga membuat dia membalas mesej tersebut. Selagi tidak membalas, selagi itulah akan ditanya dan disebut-sebut namanya. Jika tidak dibalas, mommy dan papa akan tahu mereka bergaduh dan seterusnya akan bertanya sebab mereka bergaduh.

Mommy Sayang-
Luna, turun dinner.

Ok mommy.

Aariz-
Tunggu Aariz. Dah nak sampai ni.

Mommy Sayang-
Jangan text sambil drive. Sudah tu.

Luna kemudiannya mencampakkan telefonnya di atas katil. Nafas dihela panjang sebelum berdiri dan keluar dari bilik. Ingin turun ke bawah seperti yang disuruh oleh Puan Laili. Dilihat lauk-pauk yang berada di atas meja makan sebelum mata mula membulat besar.

"Mommy! Banyaknya mommy masak!"

"Yelah. Princess mommy nak balik sini, mestilah mommy masak banyak sikit. Tu ada favourite dishes Luna. Ketam masak sambal dengan udang masak butter." Puan Laili menayangkan senyuman manis.

"Aaaaaaa Luna terharu sangat ni mommy. Thank you mommy masakkan untuk Luna. Thank you thank you thank you!" dipeluk mommynya sebelum dicium kedua belah pipi mommynya itu.

"Mommy excited bila tahu Luna nak balik sini weekend ni. Semalam lepas kerja ajak papa pergi beli barang basah untuk masak dinner hari ni." Dato Izham tersenyum melihat anak gadisnya yang masih bermanja-manja dengan Puan Laili. Digelengkan kepala sahaja melihat perangai anaknya itu.

Salah Arah (C)Where stories live. Discover now