03

297 38 0
                                    

"Lia!"

Yeji yang memeluk lengan Eunmi menjerit ke arah Choi Lia sebaik sahaja mereka masuk ke kelas.

"Hai," Lia melambai kembali.

"Macam mana makan malam company Appa kau semalam? Seronok?" soal Eunmi sambil mengambil tempat di mejanya.

"Boring. Aku lagi sanggup pergi tutorial session aku dari pergi majlis macam tu,"

"Lupa pula kau ni kaki study," ujar Yeji.

"Lepas sekolah ni, kita pergi karaoke nak tak?" soal Yeji sambil tersenyum.

"Aku tak boleh lah. Ada tutorial session," ujar Lia dengan muka muram.

"Skip sekejap je tak boleh ke?" Yeji sudah membuat muka comel di hadapan Lia.

"Kau ikut ke Eunmi?" Lia memandang Eunmi.

"Aku? Mestilah! Jom lah Lia. Bukan selalu kau join kitorang," Eunmi tersenyum lebar.

"Betul tu. Kau dah jarang spend time dengan kitorang sekarang," Yeji mencebikkan bibirnya.

"Okaylah. Tapi tak boleh lama-lama tau,"

"Okay, kitorang janji takkan lama," Yeji mengangkat tangan seolah bersumpah.

Dan mereka bertiga kemudiannya tersenyum.

Hwang Yeji, Cha Eunmi dan Choi Lia. Mereka bertiga sudah berkawan sejak dari tahun pertama lagi. Dan nasib mereka sangat baik kerana mereka sentiasa ditempatkan di dalam kelas yang sama.

I Like You Where stories live. Discover now