Eunmi ketawa melihat Yeji dan Jisung yang sedang bergurau di tepi pantai itu. Jisung mengambil kasut Yeji yang ditanggalkan dan Yeji mula mengejarnya.
"Tak nak main kejar-kejar sekali?" soal Lia.
"Tch, tak nak lah aku. Ke kau yang nak join diorang sebenarnya?" soal Eunmi sambil memandang Lia.
Mereka berdua sedang duduk di bangku panjang yang disediakan di pantai tempat mereka berada sekarang. Mereka baru sahaja selesai makan tengahari dan memilih untuk meluangkan masa di situ lagi.
"Tak nak lah aku," ujar Lia.
"Tapi kan, Yeji dengan Jisung tu nampak sepadan juga kan?" soal Lia sambil matanya memerhatikan dua manusia yang masih belum selesai kejar-mengejar itu.
"Sesuai. Nampak cute," komen Eunmi.
Lia mengangguk sambil tersenyum.
"Korang, tak nak bergambar kat sana?" Haechan yang baru muncul menyoal.
Jarinya menunjuk ke arah kawasan yang terdapat batu-batu besar di tepi pantai itu. Daehwi, Bomin, Sanha, Felix, Seungmin dan Sunwoo sudah berada di sana sejak tadi.
"Jom lah," ajak Jeno pula.
Di sisinya ada Jaemin yang sedang berbual sambil berjalan dengan Mia, Chaeyeon, Chaewon dan Nancy.
"Pergi dulu. Sekejap lagi kitorang datang," kata Lia.
"Okay!" Haechan kemudiannya berlari mengejar langkah yang lain.
Eunmi memandang mereka dan dahinya dikerutkan bila dia perasan yang Hyunjin tiada bersama mereka.
"Kenapa macam ada yang kurang?" Lia juga perasan.
"Karina takde,"
Eunmi memandang rakan sekelasnya yang perempuan pula. Karina memang tiada di situ.
"Hyunjin ah!"
Automatik mereka berdua memandang ke arah suara itu. Kelihatan Karina sedang berjalan ke arah Hyunjin.
"Jom, bergambar dengan diorang!" lengan Hyunjin dipeluknya dan dia menarik lelaki itu tanpa sempat Hyunjin bersuara.
Lia memandang Eunmi dan mengerutkan dahinya.
"Kenapa?" soal Eunmi lalu dia bangun.
"Takde apa. Jom lah, pergi sana jugak," Lia menarik tangan Eunmi.
Mereka berjalan ke arah semua orang sedang berkumpul. Hampir semuanya sedang sibuk mengambil selfie.
Eunmi memandang ke arah Hyunjin yang sudah memanjat batu-batu di situ. Karina pula masih ada di sisinya.
Dan yang menarik tumpuan Eunmi adalah tangan Hyunjin yang sedang memaut pinggang Karina saat itu.
"Cepat-cepat, semua ke sini!" Daehwi memanggil mereka semua.
Eunmi akhirnya melangkah juga namun dia hanya duduk di bahagian bawah. Dia tidak sanggup naik ke atas dan melihat pasangan itu dalam jarak yang lebih dekat.
YOU ARE READING
I Like You
Fanfiction" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|