Eunmi mengerling jam di tangannya. Kemudian dia memandang pula rumah keluarga Hwang dari luar pagar.
"Mana dia ni?" bibirnya diketap.
Hampir 20 minit dia menunggu Yeji di luar kediaman gadis itu. Mereka berjanji untuk keluar menonton wayang bersama pada hujung minggu itu.
Dia malas mahu masuk ke dalam seperti kebiasaannya. Dia masih berasa malu dengan Hyunjin gara-gara peristiwa tiga hari lepas.
Bunyi pagar dibuka dari dalam melegakannya. Dia berpaling, bersedia untuk memarahi Yeji yang membuatnya menunggu sebegitu lama.
"Yaa, lambatnya kau—,"
"Hai," Hyunjin yang muncul mengangkat sebelah tangannya.
"Er, hai. Mana Yeji? Dia lama lagi ke?" soal Eunmi kekok.
"Yeji dia tak jadi keluar. Period pain,"
"Oh,"
"Dia tak beritahu kau sebab dia tak larat sangat. Dari pagi tadi asyik terbaring je," tambah Hyunjin lagi.
"Ah, I see. Takpe lah kalau macam tu, aku balik dulu lah," Eunmi ingin segera pergi dari situ.
"Sekejap," Hyunjin menahan lengannya.
"Yeji kata kau dah beli tiket. Jadi kalau tak nak membazir, aku gantikan dia boleh?" soal Hyunjin.
Eunmi terdiam seketika.
"Kalau kau tak nak takpe. Aku faham," ujar Hyunjin.
"Aniya. Aku okay je. Cuma, kalau kita nak sampai on time, kita kena cepat sebelum bas pergi," ujar Eunmi.
"Lagi berapa minit?" soal Hyunjin.
Eunmi menilik jam miliknya.
"Lagi 7 minit sebelum bas sampai," ujarnya.
"Kalau macam tu—,"
Hyunjin menarik tangan Eunmi lalu disatukan dengan tangannya.
"Kajja!"
Dan dia mula berlari sambil menarik tangan kecil milik Cha Eunmi.
YOU ARE READING
I Like You
Fanfiction" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|