31

235 32 10
                                    

"Gomawo," Lia menolak badan Junho bila dia sudah berhenti menangis.

Junho hanya tersenyum. Plastik yang dibawanya tadi diambil lalu roti dan air kotak di dalamnya dihulurkan pada Lia.

"Makanlah, Noona mesti lapar," ujar Junho sambil tersenyum.

"Kenapa Junho layan Noona macam ni? Sedangkan Noona dah buat Eunmi—,"

"Noona, jangan cakap pasal tu lagi," potong Junho.

Lia hanya mengangguk perlahan. Dia mula menikmati roti yang diberikan Junho memandangkan dirinya memang lapar.

"Noona nak dengar cerita?" soal Junho.

"Cerita apa?" soal Lia kembali sambil memandang Junho di sisinya.

"Cerita tentang Eunmi Noona,"

Lia terdiam sebelum mengangguk perlahan.

"Waktu umur Noona 15 tahun, noona kena buli kat sekolah. Takde siapa yang tahu termasuk Omma Appa. Sampai suatu malam ni, pembuli noona pukul noona dengan teruk. Bila noona balik rumah, dia tak sempat nak sorokkan semua tu sebab kami semua tengah tunggu dia. Appa paksa dia suruh beritahu apa yang jadi, dan noona ceritakan semuanya," Junho berhenti seketika.

"Malam tu jugak Omma dengan Appa nak pergi buat laporan. Dan Eunmi noona tak halang langsung. Maybe sebab dah lama sangat dia bertahan. Tapi, nasib Omma Appa tak baik. Mereka kemalangan dan meninggal kat situ jugak. Noona tak berhenti salahkan diri dia sampai dia alami kemurungan. Dekat sekolah semua orang jauhkan diri dari dia. Setahun Eunwoo Hyung cuba pulihkan dia. Dan usaha tu berjaya. Noona minta nak pindah sekolah dan kami pun pindah ke sini,"

Lia terdiam. Tidak sangka yang Eunmi yang selama ini sentiasa tersenyum rupanya mempunyai kisah silam yang menyakitkan.

"Noona tahu, hari first dia balik dari sekolah ni, dia senyum lebar sangat. Dia cakap yang dia dah jumpa kawan yang dia rasa akan jadi kawan baik dia. Noona rasa siapa?"

"Yeji?"

Junho menggeleng.

"Lia Noona. Dia cakap Noona tolong bawa dia ke pejabat dan pusing keliling sekolah. Dia cakap yang Noona layan dia baik sangat,"

Lia menahan air matanya dari gugur lagi. Baru dia teringat, dia lah orangnya yang membawa Eunmi melihat kawasan sekolah. Waktu itu Yeji cuti sakit dan dia juga gembira kerana dia tidak keseorangan.

"Kalau Noona rasa yang Eunmi Noona rampas Yeji Noona, Junho minta maaf bagi pihak dia. Maafkan Eunmi Noona sebab buat Noona rasa macam tu," ujar Junho lagi.

Lia menggeleng.

"Eunmi macam mana? Dia okay ke sekarang? Mesti dia bencikan Noona kan?" soal Lia.

"Apa kata kalau Noona datang sendiri tengok dia. Petang ni dia dah balik rumah,"

"Junho rasa Eunmi akan maafkan Noona? Noona ni masih layak ke jadi kawan baik dia?" soal Lia dalam esakan.

Junho tersenyum dan mengangguk.

"Eunmi Noona sayangkan kawan-kawan dia. Dia akan happy kalau dapat tahu yang Noona nak jadi kawan baik dia semula,"

Saje je bagi Junho extra scenes,hehe.

So, patut diteruskan ke tak fic ini???

I Like You Where stories live. Discover now