Eunmi dan Yeji berdiri di hadapan notis kenyataan sekolah. Eunmi mengetap bibirnya melihat keputusan peraduan mengulas buku yang disertainya tempoh hari.
"Ala okay lah tu nombor dua," Yeji memeluk bahunya.
"Aku tak letak harapan tinggi pun nak menang. Cuma aku pelik, sejak bila Lia join contest ni?" soal Eunmi pelik.
Semuanya kerana nama Lia yang tertera sebagai pemenang tempat pertama.
"Entah," Yeji mengangkat kedua belah bahunya.
Mereka kemudiannya kembali ke kelas. Lia yang sedang duduk mengulang kaji disapa seperti biasa.
"Congrats Lia," Eunmi mengusap bahu gadis itu.
"Kau okay ke Eunmi?" soal Lia.
Eunmi mengerutkan dahinya.
"Kenapa pula tak okay? Sebab result contest tu ke?"
Lia mengangguk.
"Yaa, aku okay je lah. Aku masuk suka-suka je. Tak harapkan nak menang pun," balas Eunmi sambil mengeluarkan cermin dari beg sekolahnya.
Lia yang melihat kelakuan Eunmi itu mengetap bibir. Eunmi nampak gembira walaupun dia tidak menang peraduan tersebut.
"Wow, cantiknya!" Yeji yang bermain telefon sejak tadi teruja melihat penyepit rambut di kepala Eunmi yang baru dipakainya.
"Kan?" Eunmi tersenyum bangga.
"Cantik," puji Lia bersama senyuman nipis.
"Beli kat mana?" soal Yeji.
Lia pada ketika itu sudah bangun dari kerusinya.
"Aku nak ke tandas sekejap," ujarnya.
"Nak aku teman?" soal Yeji.
Dia menggeleng. Kakinya melangkah dan kedua sahabatnya itu masih rancak berbual.
"Hyunjin yang bagi semalam," suara Eunmi makin perlahan di pendengarannya.
"Hyunjin?" langkah kakinya terhenti.
Dia menoleh sekilas pada Eunmi dan Yeji yang begitu rancak berbual tanpanya.
"Eunmi sukakan Hyunjin?Tch," dia tersenyum sebelum kembali meneruskan langkahnya.
YOU ARE READING
I Like You
Fanfiction" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|