"Jangan lupa pesanan saya tadi. Sesiapa yang berminat untuk join contest book review tu, boleh bagi nama pada saya sebelum minggu depan," Puan Jung berpesan sebelum dia keluar dari kelas.
"Yaa, kau nak join?" Yeji menyoal sambil menyiku Eunmi.
"Mwollayo," Eunmi melentokkan kepalanya ke atas meja.
Dia menguap beberapa kali.
"Lia, kau mesti nak join kan? Kau kan budak bijak," soal Yeji bila Lia memusingkan badannya ke arah belakang, iaitu mereka berdua.
"Hmm, tak sure lah. Aku takut tak sempat nak buat preparation," balas Lia.
Yeji mengangguk faham.
"Eh, jam baru?" tangan Eunmi ditarik lalu jam di tangan itu dibelek oleh Yeji.
"Cantikkan?" Eunmi tiba-tiba bertenaga kembali.
"Baru beli ke Eunmi?" soal Lia.
"Aniya, Eunwoo Oppa yang hadiahkan," ujar Eunmi sambil tersenyum lebar.
Senyuman di bibir Lia memudar.
"Untunglah dapat Oppa macam tu. Nak harapkan Hyunjin belanja aku, lambat lagi,"
"Oh ya, Lia kau still contact dengan Chan Oppa lagi?" soal Yeji.
"Tak. Dia busy lah dengan study dia,"
"Korang dah break ke?" soal Eunmi.
"Yaa, kitorang tak couple pun lah. Kawan je," terang Lia bersungguh.
"Ala, korang berdua nampak sepadan apa," ujar Yeji pula.
Lia hanya ketawa.
"Oh ya, kau nak aku set up kan kau dengan dia tak Eunmi?"
Eunmi mengerutkan dahinya.
"Aku?"
Lia mengangguk.
"Takpe lah, aku tak berminat,"
Yeji yang mendengar itu tertawa perlahan. Dan ianya tanpa sedar membuatkan Lia merasakan sesuatu. Tambahan lagi bila melihat Eunmi dan Yeji yang saling bertukar jelingan di hadapannya.
YOU ARE READING
I Like You
Fanfiction" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|