25

222 31 3
                                    

"Kenapa kita datang sini?" soal Eunmi.

Saat itu dia dan Jisung sedang berjalan di sekitar Sungai Han. Mereka baru sahaja balik dari kedai buku.

"Aku ada sesuatu nak beritahu kau. Dan aku rasa tempat ni sesuai," kata Jisung.

"Apa dia?"

Jisung berhenti berjalan. Menyebabkan Eunmi ikut sama berhenti. Lelaki itu mengusap kedua tanggannya seperti orang yang sedang gelisah.

Eunmi mengerutkan dahinya melihat tingkah Jisung saat itu. Dia melihat Jisung yang mengeluarkan sesuatu dari beg sekolah miliknya.

Sebuah beg kertas dengan logo jenama aksesori popular. Beg kertas tersebut dihulurkan padanya.

"Untuk aku?" Jisung mengangguk.

Eunmi menyambutnya dan dia membuka isinya. Ada kotak baldu bewarna biru di dalamnya. Dan isinya adalah seutas rantai dengan sebiji permata kecil.

"Yaa, apa ni?" soal Eunmi keliru.

"Aku suka kau Cha Eunmi,"

Eunmi terdiam. Tangannya yang membelek rantai tadi terhenti.

"Jisung ah—,"

"Jangan tolak aku lagi, please," pinta lelaki itu.

"Han Jisung,"

"Ya aku tahu kau masih belum lupakan Hyunjin,"

Eunmi diam. Jadi Jisung tahu tentang perasaannya pada Hyunjin.

"Hyunjin dah bercinta dengan Lia. Jadi tak salahkan kalau kau bagi peluang pada aku. Aku boleh buat kau bahagia. Lagi bahagia dari Lia," ujar Jisung lagi.

"Tapi—,"

"Tolong fikirkan dulu, boleh? At least sampai Hyunjin dan Lia break,"

"Apa maksud kau?"

Jisung tersenyum hambar.

"Geunyang. Aku boleh nampak yang Hyunjin tak bahagia pun dengan Lia. Awal-awal dulu je diorang beria. Sekarang masing-masing buat hal sendiri. Hyunjin pun tak pernah cerita pasal Lia macam kawan aku yang lain cerita pasal girlfriend diorang,"

Eunmi hanya diam. Hyunjin dengan Lia tak bahagia ke selama ni?

"So please, fikirkan perasaan aku. Aku tak nak paksa kau. Tapi aku nak kau tahu yang kau pun layak bahagia. Kau patut cari kebahagiaan kau sendiri. And kalau betul Hyunjin dan Lia berpisah and masa tu kau still takde perasaan pada aku, aku akan mengalah,"

Eunmi memejam matanya seketika lalu dia mengangguk.

"Arraseo, aku akan fikirkannya,"

I Like You Where stories live. Discover now