Hyunjin dan Eunmi masing-masing diam sejak tadi. Dari mereka berhenti di hentian bas, sehinggalah mereka kini sedang dalam perjalanan ke rumah Eunmi.
Gara-gara mereka terlalu lama di pantai tadi, mereka terlepas bas terakhir untuk pulang. Jadi, mereka terpaksa menaiki teksi dan berpecah. Tambang teksi semuanya ditanggung Daehwi memandangkan pergi ke pantai itu adalah rancangan dia. Biasalah tipikal anak orang kaya, setakat habiskan duit untuk kawan-kawan ni, apalah sangat.
Eunmi? Dia terpaksa menaiki teksi yang sama dengan Hyunjin kerana plan Lia, Yeji dan Jisung yang sengaja mengenakan mereka. Dan teksi pula hanya akan berhenti di hentian bas dan tidak masuk ke dalam kawasan rumahnya.
"Betul ke kau reject Jisung?" Hyunjin akhirnya bersuara memecahkan kesunyian mereka.
Eunmi mengetap bibirnya. Jadi, Hyunjin tahu soal itu.
"Kenapa tak terima je lelaki sebaik dia?" soal Hyunjin lagi.
"Wae? Kenapa kau nak tahu?" soal Eunmi kembali.
"Kau tak sukakan Jisung?"
Kali ini Hyunjin berhenti berjalan dan berdiri di hadapan Eunmi. Eunmi memberanikan diri memandang lelaki di hadapannya itu.
"Kenapa nak kena ambil tahu?" soalnya.
"Sebab aku peduli. And aku tahu yang kau masih sukakan aku," ujar Hyunjin.
Eunmi terkedu. Jadi, selama ini Hyunjin tahu tentang perasaannya?
"Aniya. Siapa cakap aku masih sukakan kau?" Eunmi berjalan melepasi lelaki itu.
Hyunjin dengan laju mengejar langkah Eunmi lalu menarik lengannya. Eunmi automatik terpaksa menghadap lelaki itu kembali.
"Cakap lagi sekali yang kau dah tak sukakan aku," Hyunjin memandang tepat ke anak mata Eunmi.
Jelas sekali mata gadis itu berkaca. Bila-bila masa sahaja mutiara jernih bakal mengalir keluar dari situ.
"Okay, fine. Aku masih sukakan kau. Aku tak boleh nak buang lagi perasaan ni. So, what? Kau nak gelakkan aku sebab aku bodoh sukakan kau sedangkan aku tahu yang aku takkan dapat kau?" air mata Eunmi akhirnya mengalir.
Hyunjin tidak membalas sebaliknya dia menolak tubuh Eunmi perlahan ke dinding tembok yang berada di sepanjang lorong jalan ke rumah Eunmi itu.
Hyunjin menyentuh wajah Eunmi dan air mata gadis itu diusap perlahan. Wajahnya juga ditundukkan rapat ke arah Eunmi. Bibirnya mula bergerak ke arah bibir Eunmi.
Eunmi mehanan dada lelaki itu bila bibir mereka hampir bertemu.
"Jebal, Hyunjin ah. Jangan buat aku macam ni bila kau sebenarnya takde perasaan yang sama pada aku.Jangan bagi apa-apa harapan lagi pada aku," Eunmi menunduk dan mulai teresak.
Biarlah dia nampak seperti perempuan menyedihkan di hadapan Hyunjin sekali pun. Janji dia dapat meluahkan segalanya pada lelaki itu.
Dia teringat apa yang dilihatnya di pantai tadi. Hyunjin yang sedang berbual mesra dengan Karina. Malah dia juga memeluk erat pinggang Karina sewaktu mereka bergambar di kawasan batu-batu besar di pantai tadi.
Sangkanya bila Hyunjin dan Lia sudah putus, dia akan dapat peluang itu. Namun dia silap, dia lupa yang masih ramai gadis cantik di luar sana yang turut menyimpan perasaan pada lelaki itu.
Hyunjin memegang dagu Eunmi dan menolaknya ke atas. Dia terus melekapkan bibir mereka buat beberapa saat sebelum menjarakkannya kembali.
"Aku tak pernah sukakan sesiapa. Lia ke Karina ke, atau sesiapa pun," ujar Hyunjin.
"Habis tu kenapa kau bercinta dengan Lia dulu? Tadi tu, kenapa Karina peluk kau macam tu," soal Eunmi.
"Aku terima Lia sebab Jisung sukakan kau. Jadi, aku terpaksa mengalah. And tentang Karina, dia nak terjatuh tadi, takkan aku nak biarkan sedangkan aku sorang je yang paling dekat untuk tolong dia," tangan Hyunjin naik mengusap sisi kepala Eunmi.
Eunmi diam bila mendengar penjelasan itu.
"Kau faham kan sekarang?" soal Hyunjin.
"Jadi maksudnya-,"
Hyunjin tersenyum dan mengangguk.
"Nado joahe Cha Eunmi,"
"Kau tak bergurau kan?"
Hyunjin menggelengkan kepalanya dan dia merapatkan lagi wajah mereka lalu dia menyatukan bibir mereka buat kali kedua. Dan Cha Eunmi mula memeluk erat leher lelaki itu dan membalas ciuman Hyunjin.
YOU ARE READING
I Like You
Fanfiction" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|