Lia berjalan ke kelasnya memandangkan waktu rehat hampir tamat. Saat dia ingin masuk ke kelas, dia perasan kelibat Jisung yang memasuki kelasnya dari pintu belakang.
Dia berdiri di pintu hadapan sambil memerhatikan ke dalam kelas. Kelihatan Jisung sedang berbual bersama Eunmi. Lelaki itu juga menyerahkan roti dan air kotak buat Eunmi.
Mereka berdua nampak mesra sekali dengan perbualan yang diselangi tawa itu. Jika orang yang tidak tahu, pasti menganggap mereka pasangan kekasih.
Lebih-lebih lagi bila dia teringat Eunmi dan Jisung yang nampak begitu mesra di kedai pakaian tempoh hari. Eunmi sudah move on ke dari Hyunjin? Secepat itu?
Tanpa sedar, Lia mengetap bibirnya dan tangannya yang berada di sisi digenggam erat.
"Wae?"
Yeji muncul di sebelahnya.
"Jealous?" soal Yeji sambil tersenyum.
"Buat apa aku nak jealous?" soal Lia.
Dia kemudiannya masuk ke kelas. Yeji ketawa perlahan dan ikut masuk.
"Hai" seperti biasa Jisung menegur mereka dengan ceria.
"Lia, nak ikut kitorang pergi karaoke nanti?" soal Jisung.
"Karaoke?"
Jisung mengangguk.
"Yaa, Lia busy lah. Dia mana ada masa nak pergi tempat macam tu," kata Yeji.
"Betul ke Lia?" soal Jisung.
"Aniya, aku boleh pergi harini," kata Lia dengan senyuman.
"Okay,nice! Tapi kau okay je kan Hyunjin takde sekali? Dia kena tolong Kim Saem key in data budak-budak kelab,"
Lia mengangguk.
"Aku okay je," ujarnya sambil teersenyum.
Yeji mengerutkan dahinya melihat Lia yang tiba-tiba mesra dengan Jisung itu. Selalunya Lia bukan jenis yang bergaul dengan orang lain.
Dan dia juga mula teringat apa yang dibualkan bersama Bang Chan di kafe tempoh hari.
Otaknya mula ligat berfikir untuk menggabungkan segala maklumat yang didapati melaui pemerhatiannya pada Lia selama ini. Dari Lia yang cuba menghalang Chan mendekati Eunmi, Lia yang tiba-tiba confess pada Hyunjin dan Lia yang dia lihat sekarang. Yang tiba-tiba berbual mesra bersama Jisung.
"Takkanlah—,"
"Kau cakap apa Yeji?" soal Jisung sambil memandangnya.
Yeji laju menggeleng.
"Takde apa," dia tersenyum hambar.
YOU ARE READING
I Like You
Fanfiction" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|