22

219 32 1
                                    

"Terima kasih," Yeji mangambil minumannya dan berjalan untuk keluar dari kafe yang dikunjunginya itu.

Saat dia sudah sampai di pintu, bahunya dilanggar seseorang yang sedang asyik bercakap di telefon.

"Haish," gadis itu merungut melihat minumannya yang sudah mendarat di atas lantai.

"Mianhei," lelaki yang melanggarnya itu segera memohon maaf.

"Eh, Bang Chan Oppa?" Yeji terkejut melihat gerangan yang melanggarnya itu.

"Aku call kau balik," lelaki yang dipanggil Bang Chan itu mematikan panggilannya.

"Yeji kan?" soalnya dalam nada teruja.

Yeji mengangguk laju dengan sebuah senyuman.

"Okay, mianhei sebab dah tumpahkan minuman Yeji. Jom, Oppa belanja baru,"

Dan kini mereka berdua sedang duduk di salah satu meja yang berada di kafe tersebut.

"Yeji keluar sorang je?" soal Chan.

Yeji mengangguk.

"Semua orang busy. Hyunjin, Lia, Eunmi," ujar Yeji.

Hyunjin dan Lia seperti biasa, mereka akan keluar pada hujung minggu. Dan Eunmi pula, dia keluar bersama Jisung. Yeji malas mahu mengikut kerana dia tahu yang Jisung mengharapkan dirinya dapat meluangkan masa berdua bersama Eunmi sahaja.

"Eunmi? Dia busy dating ke?" soal Chan.

Yeji mengerutkan dahinya sebelum ketawa perlahan.

"Oppa, Eunmi tu sama je macam Yeji. Kitorang mana pernah ada boyfriend. Eunmi ada hal lain harini," kata Yeji.

"Seriously? Eunmi single? Bukan ke dia ada boyfriend?" raut keliru mula menghiasi wajah Chan.

"Aniya Oppa. Eunmi sejak dia pindah haritu, dia mana ada boyfriend. Oppa dapat info dari mana ni?" soal Yeji kembali.

"Lia. Dia yanng bagitahu Oppa,"

"Lia?" soal Yeji agak terkejut.

Chan mengangguk.

Lia dan Chan berkenalan sewaktu mereka berada di dalam kelab yang sama iaitu Kelab Bahasa Inggeris. Chan merupakan senior tiga tahun di atas mereka.

"Oppa jujur dengan Yeji yang Oppa memang pernah ada perasaan pada Eunmi. Jadi, Oppa cuba minta nombor telefon dia dari Lia and Lia bagi macam-macam alasan yang menyebabkan dia tak boleh nak bagi nombor Eunmi pada Oppa,"

"Sampailah Oppa decide nak approach Eunmi sendiri. Kalau Yeji ingat, Oppa pernah tegur korang dekat kafe waktu tu. Petang tu, Lia bagitahu Oppa yang Eunmi sebenarnya dah ada boyfriend. Terus Oppa lupakan niat Oppa tu. And tak lama lepas tu Lia confess pada Oppa,"

"Oppa terima?" soal Yeji.

"Oppa tak nak terima tapi— dia tiba-tiba cium Oppa dan budak-budak kelab muncul waktu tu. So unofficially kitorang jadi couple. Tapi semua tu budak-budak kelab je yang tahu,"

Yeji terdiam. Dia mula berfikir tentang Lia yang mengatakan hubungannya dan Chan hanya sekadar teman tempoh hari.

"Sekarang ni Oppa masih dengan dia?" soal Yeji.

Chan menggeleng.

"Lepas Oppa habis sekolah, dia minta putus. And kitorang baru contact semula pun sebab Oppa terjumpa dia dekat dinner company Appa dia," cerita Chan.

"Pelik,"

"Kenapa?" soal Chan.

"Lia cakap yang dia dengan Oppa kawan je. And dia cakap dia dah jarang contact Oppa sebab Oppa busy,"

"Aniya. Kitorang memang tak contact langsung lepas Oppa habis sekolah,"

Yeji mengerutkan dahinya. Lia menipu? Tapi untuk apa?

I Like You Where stories live. Discover now