"Mianhei. Jeongmal mianhei," Lia bersuara sambil menunduk.
Kini hanya tinggal dia, Yeji dan Eunmi sahaja di ruang tamu itu. Junho sudah naik ke biliknya.
"Aku tahu aku salah sebab cemburukan kau Eunmi.Aku tak patut buat semua tu untuk bagi kau rasa tersiksa. Aku jahat sangat sebab buat macam tu," tambah Lia lagi.
"Junho dah cerita semua benda yang kau lalui. Cerita kau lagi teruk dari aku. At least aku ada parents walaupun diorang selalu sibuk. Aku ada kawan yang boleh luangkan masa dengan aku. Tapi kau, kau sorang-sorang and bila kau dah ada kawan, kawan kau pula orang macam aku,"
"Hwang Yeji. Kau je yang nak berkawan dengan aku sebab orang lain ingat aku ni sombong sebab kedudukan parents aku. Kau yang selalu luangkan masa dengan aku. Bila Eunmi datang, kau makin rapat dengan dia. Korang ada masa nak luangkan sama-sama sedangkan aku kena hidup macam yang parents aku nak. Aku cemburu tengok korang walaupun aku lah yang kenalkan korang. Aku rasa Yeji dah tak sayangkan aku,"
Hati Eunmi tiba-tiba merasa sayu mendengar luahan Lia. Begitu juga dengan Yeji. Dia tidak sedar yang selama ini apa yang dia lakukan telah melukakan hati Lia.
"Yaa, kenapa kau tak cakap dari awal? Kenapa kau diam je? Kalau kau cakap dari awal, aku akan sedar salah aku and semua takkan jadi seteruk ni," kata Yeji dengan nada sayu.
"Lia ah,Yeji tak pernah lupakan kau pun. Setiap kali kitorang lepak, nama kau mesti akan ada sekali. Kau tahu, kitorang siap buat list lagi aktiviti apa yang kita patut buat dengan kau bila kau free nanti. Yeji ni sayangkan kau dengan aku sama je," ujar Eunmi.
Yeji mengangguk.
"Kau ingat aku ni apa? Kau tahu kan yang nak kawan dengan aku dekat sekolah tu selama ni pun sebab aku kembar Hyunjin je. Yang betul-betul ikhlas pun kau sorang je," kata Yeji lagi.
"Betul ke?" soal Lia.
"Betul ke aku ni penting bagi kau?" soalnya lagi.
"Pabo. Mestilah!" Yeji bangun lalu berjalan ke arah Lia dan memeluknya.
"Aku pun nak minta maaf kalau kau terasa dengan aku. Aku takde niat nak lebihkan sesiapa,"
Eunmi yang melihat itu tersenyum. Dia ikut bangun dan menepuk-nepuk bahu mereka. Nak berpeluk sekali, dia tidak boleh dengan keadaan tangannya begitu.
YOU ARE READING
I Like You
Fanfiction" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|