07

259 41 0
                                    

Hyunjin hanya mendengar sahaja rakan kelasnya berbual sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke kelas dari bilik persalinan setelah tamat waktu pendidikan jasmani. Hanya sesekali dia bersuara menyampuk.

Sedang rancak berbual, matanya terpandang seseorang yang sedang berjalan di tingkat bawah. Sebuah senyuman automatik terukir di bibirnya.

"Jisung ah, aku habiskan air mineral kau boleh?" dia menyoal menyebabkan rakannya berhenti berbual.

"Ni? Ambillah!" Han Jisung melempar botol air mineralnya yang masih berbaik suku.

Hyunjin menyambut lalu membukanya. Dia meneguk minuman itu sehingga botolnya kosong.

"Aku nak pergi buang ni tau. Korang masuk lah kelas dulu!" tanpa menunggu balasan dari mereka, dia berlari ke arah anak tangga.

Dia akhirnya tiba di kawasan kitar semula di belakang sekolah. Matanya tertancap pada pelajar perempuan yang sedang mengasingkan sampah di sana.

Dengan senyuman yang berusaha disembunyikan, dia menghampiri pelajar tersebut. Baru dia perasan ada earphone yang tersumbat di telinga gadis itu.

"Patutlah tak perasan aku datang," dia tertawa kecil.

Botol yang berada di tangannya dilempar ke dalam tong yang dikhaskan untuk barangan plastik.

"Eo?"

Gadis itu akhirnya sedar lalu menarik earphonenya dan menoleh ke belakang.

"Hyunjin ah," Eunmi memandangnya dengan riak terkejut.

"Bukan semalam kau dah buang sampah ke?" plastik di tangan Eunmi diambil lalu dia mula mengasingkan sampah tersebut.

"Ah, Jeongin kena balik awal harini. Jadi, aku tolong dia,"

"Sinilah, ni kerja aku," Eunmi cuba mencapai kembali plastik sampah itu namun Hyunjin mengelak.

"Biar aku tolong," ujarnya.

Eunmi yang mendengar itu mula berbunga-bunga. Tak sabar rasanya nak cerita pada Yeji.

"Gomawo Hyunjin ah,"

Hyunjin hanya tersenyum. Setelah selesai mengasingkan semua sampah tadi, mereka berdua berjalan untuk kembali ke kelas.

"Pergilah masuk," Hyunjin berhenti di hadapan kelas Eunmi.

"Nae," Eunmi melangkah masuk ke dalam kelasnya.

Hyunjin hanya tersenyum sebelum dia berjalan untuk ke kelasnya pula.

I Like You Where stories live. Discover now