"Comel," Eunmi masih lagi merenung plaster di jari telunjuknya itu.
Dan itulah yang dilakukannya sejak dia pulang dari rumah Yeji sejam yang lalu. Senyuman tidak lekang dari bibirnya bila mengenangkan Hwang Hyunjin yang merawat jarinya tadi.
Drrtrr!
Telefon bimbit miliknya dicapai. Pesanan dari Yeji segera dibuka.
Hwang Yeji
Mianhei, Eunmi ah. Kalau aku yang
basuhkan semua barang tadi, mesti
semua ni takkan jadi.You
Babe, jari aku je yang luka. Bukan
aku patah tangan.
Lagipun Hyunjin yang tolong tampalkan
plaster tadi, jadi aku tak kisah.Hwang Yeji
Cis.
Hyunjin siap marah aku lagi tau
sebab dia ingat aku buli kau.
Siap ugut lagi nak mengadu
dekat Omma Appa.You
Alololo, kesiannya Yeji kena marah.
Disebabkan aku happy harini, esok
aku belanja kau makan ais krim.Hwang Yeji
Yessss!!!!
Ini yang aku sayang kau lebih ni. Sebagai
penghargaan, aku belanja kau satu
selfie terbaru aku.
YouKau tahu kan yang aku memang sayang
kau lebih.
Gomawo Yeji ahhhhh...."Noona,"
Eunmi menoleh ke arah pintu biliknya.
"Eunwoo Hyung panggil makan," Cha Junho yang berada di pintu bersuara.
"Eunwoo Oppa dah balik?" soal Eunmi sambil dia turun dari katil.
"Kerja dia dah habis jadi dia balik awal," ujar Junho sambil mereka berdua berjalan ke arah dapur.
"Oppa!" Eunmi segera memeluk Eunwoo yang sedang berada di sinki.
"Yaa, Oppa baru pergi seminggu tau," Eunwoo mengusap kepala adik perempuannya itu.
"Rindulah," balas Eunmi sambil memeluk lengan abangnya itu ke meja makan.
"Junho tak rindu Hyung?" soal Eunwoo kepada adik bongsunya.
Junho hanya membuat muka menyampah dengan usikan itu.
"Makan cepat, Oppa ada belikan hadiah untuk kamu berdua,"
"Wah, seriously Hyung?" soal Junho teruja.
Eunwoo mengangguk bersama sebuah senyuman. Ketiga beradik itu kemudian menikmati makan malam mereka diselangi dengan perbualan mengenai pelbagai topik.
YOU ARE READING
I Like You
Fanfiction" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|