Eunmi melangkah lemah ke dalam bangunan sekolah hari itu. Tidak seperti hari-hari sebelumnya.
"Noona!"
Dia tersentak bila bahunya ditepuk lalu menoleh ke sisi.
"Ah wae Junho ah?" soalnya.
"Noona okay?" soal Junho.
Dari petang semalam dia perasan perubahan Eunmi. Kakaknya itu pulang dari rumah Yeji dan berkurung di bilik. Di meja makan juga Eunmi senyap seperti biasa.
"Okay je," jawab Eunmi berbohong.
"Kalau macam tu, cuba beritahu semula apa yang Junho cakap tadi?"
Eunmi terdiam. Junho ada bercakap dengan dia ke tadi?
"Haish, Junho dah agak Noona tak dengar pun apa yang Junho cakap," Junho menggelengkan kepalanya.
"Mianhei Junho ah. Noona tengah fikirkan sesuatu," ujar Eunmi serba salah.
"Gwaenchanha. Balik nanti Noona ada nak pergi mana-mana tak? Kita pergi makan bingsu nak?" soal Junho dengan senyuman.
"Noona nak pergi rumah—ah, okay. Kita pergi makan bingsu. Lepas tu kita pergi klinik Eunwoo Oppa nak? Boleh dinner sama-sama kat luar malam ni,"
Junho mengangguk bersetuju.
"Junho pergi dulu. Nanti Junho datang kelas Noona," Junho meminta diri bila mereka sudah sampai di tingkat dua di mana kelas Junho berada.
"Okay. Belajar rajin-rajin," lengan Junho sempat diusapnya.
"Noona pun,"
Setelah melihat Junho masuk ke kelas, Eunmi meneruskan perjalanannya untuk ke kelas.
Baru beberapa langkah dari kelasnya, dia berhenti. Dia melihat Hyunjin dan Lia yang sedang berdiri di luar kelasnya.
"Kenapa mesti sekarang?" soalnya perlahan.
Dia dapat melihat Hyunjin yang mengusap kepala Lia perlahan sebelum gadis itu masuk ke kelas. Dia ingin berpatah balik sebelum Hyunjin melihatnya namun semuanya sudah terlambat.
Pandangan matanya bertembung dengan Hyunjin. Dia segera mengalihkan pandangan dan berjalan untuk masuk ke kelas.
Dia berjalan melepasi Hyunjin seperti tiada apa yang berlaku. Sedangkan Hyunjin, dia seakan terkedu kerana dia sendiri tidak mampu mengeluarkan suara untuk menegur gadis itu seperti kebiasaannya.
YOU ARE READING
I Like You
Fanfiction" I really really really like you" Start |9/3/2021| End |11/3/2021|