19

220 34 0
                                    

"Yeji, Eunmi!" Lia melambai ke arah mereka.

Yeji dan Eunmi keduanya mengeluh perlahan tanpa pengetahuan masing-masing.

Disebabkan hampir satu kafeteria sudah mendengar jeritan Lia, mereka tiada pilihan selain melangkah ke arahnya. Lia duduk di tengah antara Hyunjin dan Jisung.

Yeji mengambil tempat di hadapan Lia dan Eunmi pula terpaksa duduk di hadapan Hyunjin memandangkan kerusi di hadapan Jisung rosak.

"Hai Eunmi," Jisung melambai sedikit ke arahnya.

Eunmi cuba tersenyum ke arah lelaki itu. Tidak seperti selalu, perasaan terujanya hilang kali ini walaupun dirinya kini sedang duduk di hadapan Hyunjin.

Eunmi menikmati makanannya tanpa bersuara. Begitu juga dengan yang lain.

"Yeji, kau mesti dah tahu kan yang kembar kau dengan kawan kau ni bercinta? Haish, pandai betul diorang sorok perasaan diorang," Jisung memecahkan kesunyian antara mereka.

"Mestilah aku tahu. Aku ada waktu Lia confess semalam," balas Yeji sambil menjeling Lia sekilas.

"Eunmi, kau takde boyfriend? Crush ke?"

Soalan Jisung itu berjaya membuat Eunmi terbatuk kecil. Hyunjin dan Yeji keduanya dengan pantas menghulurkan cawan ke arah Eunmi.

Eunmi terkedu seketika sebelum dia mencapai cawan yang dihulur Yeji.

"Oh, aku silap tanya eh? Mianhei Eunmi ah,"

"Gwaenchanha," balas Eunmi perlahan.

"Petang ni nak study group tak?" Jisung memandang mereka berempat.

"Mianhei Jisung ah. Aku dengan Hyunjin nak keluar berdua," ujar Lia dengan senyuman.

"Oh, first date eh? Takpe lah kalau macam tu. Yeji, Eunmi? Korang?"

"Mianhei, aku dah ada janji lain. Mungkin lain kali," kata Eunmi.

"Aku pun ada hal Jisung. Lain kali je lah," balas Yeji.

"Haish, semua orang busy rupanya. Next time lah kalau macam tu,"

Mereka kemudian kembali menikmati makanan masing-masing.

"Hyunjin ah, saya kena pergi dulu. Joo Saem nak jumpa saya," Lia meminta diri lebih awal.

Hyunjin hanya mengangguk. Begitu juga dengan yang lain.

"Aku pun dah siap," Yeji menolak sedikit tray makanannya.

"Aku pun," Eunmi juga berbuat yang sama walaupun makanannya belum habis.

"Kajja Eunmi ah," Yeji berdiri dan berjalan pergi.

"Sekejap Eunmi," Jisung menahan.

"Wae?" soal Eunmi.

Dia ingin segera pergi dari situ kerana dia perasan yang Hyunjin memandangnya sejak tadi.

"Aku nak nombor kau boleh?" Jisung menyuakan telefon bimbitnya di hadapan Eunmi.

Eunmi terdiam seketika. Dia menoleh ke arah Hyunjin dan lelaki itu juga sedang memandangnya.

"Okay," telefon milik Jisung dicapai.

Nombornya ditekan pada skrian alat komunikasi itu.

"Tu nombor aku," Eunmi menyerahkannya kembali lalu dia terus berlalu pergi.

Hyunjin memerhatikan kepergian gadis itu. Dia menjeling sekilas Jisung yang tidak berhenti tersenyum itu. Tanpa sedar, tangannya di bawah meja mengepalkan penumbuk.

I Like You Where stories live. Discover now