Dua hari sebelum...
"Tolonglah, encik...tolong temukan anak pak cik secepat mungkin...." rayu Pak Daud pada Koperal Radzif yang bertugas ketika itu.
"Tak pernah Sika tak balik rumah sampai 2 hari..." keluhnya lagi. "...kalau dia bermalam di rumah kawan pun, dia akan memberitahu pak cik. Dia pasti akan call pak cik."
"Insya Allah, Pak cik...Kami akan temukan Jessica secepatnya," Pujuk Radzif turut simpati.
"Sekarang pak cik balik, tenangkan fikiran tu dan cuba hubungi saudara mara atau kawan-kawan Jessica. Cepat-cepat call kami jika ada maklumat baru. Pak cik tahukan nombor kami, tadi saya dah kasi."
Pak Daud mengangguk. Kad nama yang baru diberikan polis tadi masih ditangannya. Dia meminta diri setelah urusan selesai. Laporan anak perempuannya hilang telah berjaya dibuat. Dia pulang bersama salinan laporan di samping harapan yang menggunung.
Dia bertembung dengan seorang pemuda tinggi lampai memakai jaket kulit di pintu masuk. Tanpa mengendahkan siapa lelaki itu, Pak Daud meneruskan langkah meninggalkan bangunan IPD Sibu.
Suasana agak kecoh ketika Calvin menjejak kaki ke lantai pejabat balai. Sekumpulan seragam hitam sedang berkumpul di satu sudut tanpa mengendahkan kehadirannya.
"....entah, aku rasa anak dia lari dengan lelaki lain. Biasalah budak perempuan zaman now..." kata Mazlan selamba tentang anak perempuan Pak Daud yang baru dilaporkan hilang sebentar tadi.
"Tapi Sika bukan jenis macam tu. Aku kenal budaknya....dia bukan macam si Angela..." Sangkal Jonas, tidak bersetuju dengan tuduhan temannya, kerana dia mengenali Jessica dari kecil. Mereka membesar dalam kampung yang sama, cuma berlainan rumah panjang.
"Oh ya, cakap tentang cousin kau tu..." Sampuk Edwin dari meja sana. "....errr...si Angela. Hari tu aku jumpa dia makan dengan seorang lelaki cina, kat kedai melayu sebelah pasaraya Everwin."
Jonas hanya mencebik saat mendengar aduan tentang sepupunya yang liar itu. Telinganya sudah lali mendengar aduan tentang Angela, sama ada di tempat kerja mahupun di rumah panjang mereka. Tidak pernah ada yang baik tentang Angela, semuanya buruk-buruk belaka.
"Cina tu boyfriend dialah..." keluh Jonas mengakhiri perbualan mereka. Dia kembali ke mejanya dan saat itu dia menyedari kehadiran seorang lelaki asing di kaunter pertanyaan berhadapan pintu masuk.
"Maafkan kami, ada apa boleh kami bantu?" Tanya Jonas seraya bergerak ke kaunter bila menyedari kaunter kosong.
Pertanyaan Jonas tidak berjawab, malah Calvin hanya memandang Jonas sekilas tanpa sebarang reaksi dan berjalan tenang menuju ke arah bilik pegawai. Bukan Jonas seorang yang tercengang, malah satu tim ternganga....
"Siapa kamu?" teriak ASP Robert, terperanjat beruk. Ketika dia sedang fokus meneliti sesuatu pada skrin komputer tiba-tiba seseorang menerjah masuk tanpa sebarang salam. Siapa saja yang tidak terkejut.
Mereka yang berada di luar sedari tadi memerhati segera menapak ke bilik pegawai. Risau jika ketua mereka berada dalam bahaya. Kelihatan lelaki asing tadi menunjukkan sesuatu ke arah Robert.
"Oh, rupanya awak pegawai itu..." kata Robert serba salah. Rasa terperanjat tadi hilang serta merta. Dia cuba memaniskan muka menghadap Calvin apabila teringatkan pesanan pihak atasan.
"Saya Inspektor Calvin dari Bukit Aman datang melapor diri, Tuan!"
Mereka yang berada di luar bilik sedang memasang telinga. Setelah pengesahan dibuat, mereka kembali ke meja masing-masing. Kini mereka ada bahan gosip terbaru selain gosip anak Pak Daud yang hilang.
"Aku dengar bapanya DCP Victor Yong, tak silap akulah..." kata Radzif separuh berbisik.
Mazlan dan Edwin terlopong seketika. Bagi mereka, DCP Victor Young bukan calang-calang orang. Siapa saja dalam PDRM tidak mengenali Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, hatta rakyat sekalipun. Satu kepulauan Borneo hingga ke semenanjung semua sudah maklum.
"Alright! Semua mari sini!" Pekikan Robert sebagai ketua unit mematikan aktiviti membawang. Mereka terkocoh-kocoh mendapatkan Robert yang tegak berdiri di luar pejabatnya. Calvin yang berada di sebelah Robert masih kekal dengan raut wajahnya yang serius.
Seperti telah diduga, Calvin memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Calvin tanpa menyertakan nama keluarga, hanya Insp.Calvin sahaja. "Saya mohon kerjasama dari kalian. Thanks you," ucapnya akhir sekali.
Anggota yang lain tidak puas hati tetapi berat mulut untuk bertanya bila menyedari raut wajah Calvin yang kurang menyenangkan. Mereka menyambung tugas kembali setelah seisi perkenalan selesai. Memandangkan ini hari pertama bagi Calvin, Robert mengarahkannya berpasangan dengan Jonas. Jadi, segala pertanyaan dan selok belok kes yang sedang ditanggani akan dijawab oleh Jonas.
Hari pertama Calvin berlalu begitu saja.
YOU ARE READING
Saksi (complete)✅
RomanceTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Begitulah hal yang terjadi kepada Angela selepas berjaya melarikan diri dari banglo Datuk Wong. Dia dikejar pihak polis kerana dituduh membunuh kekasihnya dan diburu pengikut Datuk Wong kerana peran...