Bab 15

27 3 0
                                    

Hari ini makan malam agak awal dari biasa. Sebelum jam tujuh makanan siap terhidang. Masakan Angela sedap-sedap belaka. Calvin tidak pernah tak berselera. Sejak adanya tukang masak di rumah dia tidak lagi makan di kedai.

"Sedap tak saya masak?" Soalan lazim yang selalu ditanya Angela di meja makan. Dia seronok melihat Calvin berselera makan masakannya. Itu bermakna masakan dia sedap walaupun lelaki itu tidak pernah memujinya.

"Err...ayah saya apa khabar?" Tanya Angela setelah diam.

Calvin menghabiskan sisa makanannya dahulu sebelum menjawab. Angela menunggu penuh sabar. Dalam hatinya agak menyampah. Tak tahulah sampai bila dia harus bersabar.

"Pak Lang baik-baik saja. Mungkin esok dia keluar wad," jawab Calvin setelah selesai makan.

Selesai berkata lelaki itu bangun membawa pinggan ke sinki. Lega hati Angela sebaik mendengar khabar baik tentang ayahnya. Dia berharap orang tua itu baik-baik saja semasa ketiadaan dia.

"Tak bolehkah kita melawat ayah sekali?" Tanya Angela lagi.

"Tak boleh!" Tegas Calvin sebelum berlalu ke ruang tamu.

Angela faham tetapi dia saja bertanya. Buruk padahnya jika dia ingkar arahan Calvin. Selesai mengemaskan dapur Angela menyertai Calvin melepak di beranda.

Lelaki itu sedang berhadapan dengan laptop, mungkin menyiapkan hal kerja. Dia manalah tahu hal-hal yang berkaitan IT. Menggunakan laptop pun kurang faham. Maklumlah sekolah hanya sampai tingkatan lima. Dia malas menyambung sekolah dan memilih bekerja di kelab malam. Bukan dia sahaja bersekolah sampai tingkatan 5, rata-rata anak gadis sebaya dia begitu, cuma mereka tidak bekerja di kelab malam.

Angin dari luar bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bintang bertaburan di dada langit menandakan cuaca sangat baik. Sesuai untuk aktiviti beriadah di luar atau berjalan menelusuri waterfont.

Angela teringat kehidupan lama bersama Zhang Min. Kadang-kadang dia ponteng kerja dan keluar bersama lelaki itu. Mereka menonton wayang hingga larut malam selain melepak di bistro mewah....

"Ambik ni. Simpan."

Sekeping kad pengenalan di hulurkan kepadanya. Cepat tangan dia menyambar dan meniliti kad itu. Hairan. Itu gambar dia tetapi nama dan nombor ic berbeza.

"Diana Lau? Siapa dia?" Tanya Angela kehairanan. Tak sangka pula ada orang seiras muka dia.

Calvin tidak menjawab. Tumpuannya fokus kepada laptop. Seminit kemudian sekeping pasport di hulurkan kepada Angela. Bertambah hairan Angela dibuatnya.

"Siapa Diana Lau?" Tanya Angela lagi. Berkerut dahinya menunggu penjelasan Calvin.

"Itu identiti baru awak. Jangan tanya dimana atau bagaimana saya dapatkan. Dah, simpan baik-baik."

Calvin mengemaskan kertas kerja yang bersepah. Angela masih tidak faham. "Tapi, macam mana dengan IC lama saya?"

"Kalau awak nak kena tangkap teruskan pakai. Bila orang tanya mana IC, awak bagilah IC Angela awak tu," balas Calvin. Kalau Angela tak faham lagi, tak tahulah dia. Itu bermakna otak Angela lembab.

"Tak kan lah saya sebodoh itu," Angela tersengih.  Ini yang dipanggil identiti palsu. Tapi bagaimana dengan cap jari?

"Cap jari yang sama. Awak tahu copy ori?" Soal Calvin, selesai berkemas.

Angela menggeleng.

Ah, sudah! Calvin jenuh melayan karenah Angela. Dia bangun bersama laptop dan kertas kerja, ingin beredar. Boleh gila kalau dia berlama melayan pertanyaan Angela. Dia faham kalau pengetahuan Angela agak cetek. Gadis itu masih terlalu muda, tambahan tinggal di kawasan pendalaman. Tidak hairan kalau sikap Angela keanak-anakkan.

Ting tonggg...

Loceng pintu tiba-tiba berbunyi. Calvin baru sahaja masuk ke biliknya. Mendengar bunyi loceng dia bergegas keluar semula. Angela masih tercegat di beranda sambil memegang IC barunya. Calvin memberi isyarat supaya Angela masuk ke bilik. Angela akur.

Ting tongggg....

Loceng masih memekak. Calvin mengintai dari lubang kecil pintu. Tersembul muka Jonas sedang menjinjing beg plastik speedmart. Calvin ingatkan siapa tadi. Percuma dia berdebar.

Jonas tersengih melepasi pintu masuk. Matanya menerawang ke segenap pelosok rumah mencari kelibat sepupunya.

"Angela dalam bilik," kata Calvin sebelum beredar ke kamarnya. Dia tahu tujuan utama Jonas berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak melarang kalau Jonas ingin melawat sepupunya. Asalkan Jonas bijak menjaga rahsia mereka. Dia tidak mahu terlalu mengongkong Angela takut gadis itu lari lagi.

Pintu bilik Angela diketuk dari luar. Serentak itu kedengaran suara Jonas memanggil namanya. Angela keluar sambil bersorak gembira melihat kedatangan Jonas.

"Nah, aku bawakan favourite kau." Jonas menyerahkan beg plastik yang dijinjing kepada Angela.

Angela memeriksanya. Seketika kemudian dia bersorak lagi. Ada sup pork belly ala vietnam style. Satay ayam dan danging. Ada grilled pork shoulder. Dan paling meriah ada lima botol soju dan lima botol beer heineken. Mantap pak abu!! Angela bersorak lagi, seperti kanak-kanak mendapat hadiah anak patung. Dia menyanyi  riang beredar ke dapur untuk memindahkan makanan tersebut ke dalam mangkuk dan pinggan.

Jonas yang menyaksikan telatah comel sepupunya hanya tersenyum.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now