Bab 16

33 4 0
                                    

"Kenapa tak ajak Calvin?" Tanya Jonas.

Keasyikan membelasah hidangan kegemarannya membuatkan Angela terlupa akan tuan rumah. Mujurlah Jonas mengingatkan dia. Lantas dia bangun menuju ke bilik Calvin. Pintu larangan diredah tanpa diketuk dahulu.

Calvin yang sedang menghadap laptop terperanjat beruk. Hampir saja dia terjatuh dari kerusi. Selamba Angela meluru ke arahnya dan menarik tangannya keluar dari bilik.

"Gila ke apa?" Rungut Calvin di belakang. Tak pula dia melawan sebaliknya membiarkan Angela menarik tangannya.

Jonas terkekeh ketawa di balkoni. Mukanya jelas kemerahan dek penangan beer campur soju. Dia mempersilakan Calvin duduk di kerusi menyertai mereka.

Calvin terpaksa akur walaupun dia kurang berminat dengan aktiviti minum-minum. Angela menuangkan separuh soju dan separuh beer ke dalam gelas kaca. Pejam celik dia meneguk separuh minuman beralkohol itu.

Setengah jam Calvin duduk bersama mereka akhirnya dia berjaya menyesuaikan diri. Itupun setelah kepalanya mulai ringan dan khayal. Cara pemikiran dan pandangan dia terhadap sesuatu benda mulai berubah. Tidak terasa dia menjamah makanan menggunakan tangan sama seperti Angela dan Jonas. Paling mengasyikan apabila melihat wajah Angela yang bertambah cantik dan bercahaya seperti bidadari. Matanya lebih berminat memandang Angela daripada benda lain.

Mereka bersurai sebelum jam satu pagi. Jonas sempat menolong Angela mengemas barang. Calvin agak mabuk daripada mereka berdua. Lelaki itu berjalan terhuyung hayang menuju ke biliknya. Sedangkan Jonas dan Angela masih dalam keadaan normal, cuma pening sedikit.

Jonas meminta diri dan berjanji akan berkunjung lagi. Setelah Jonas pergi, Angela memeriksa keadaan Calvin. Keadaan lelaki itu agak parah. Angela membetulkan cara Calvin berbaring. Kaki Calvin diangkatnya naik ke atas katil. Kepala Calvin disorongkan bantal. Selimut ditarik paras dada.

Ketika dia mahu beredar, tangannya dipegang. Angela agak terkejut. Rupanya Calvin masih dalam keadaan sedar.

"Please, don't leave me..." suara Calvin kedengaran serak.

Angela serba salah. "Err...awak tu mabuk... tidurlah," pujuk Angela seraya cuba melepaskan tangannya.

"Saya tak kemana pun. Awak tidurlah..."

Calvin masih berdegil enggan melepaskan tangannya. Entah apa kena dengan lelaki ini. Cuba kalau keadaan normal, takde maknanya Calvin ingin bersentuhan dengannya.

"Angel, please..." Calvin merengek lagi. Siap memanggil nama kampungnya 'Angel'. Mungkin Calvin terdengar dari Jonas.

"Please apa?"

"Please, jangan lari lagi..."

Angela tergelak kecil. Rupanya itu yang dirisaukan Calvin, takut dia lari seperti hari itu.

"Ok, jangan risau....saya tak akan lari," balas Angela. Seronok pula melayan telatah Calvin sedang mabuk. Apatah lagi muka Calvin bertambah comel apabila tersenyum. Dia sudah agak kalau Calvin tersenyum pasti bertambah tampan.

"Janji?" Calvin masih menggeggam erat tangan kanan Angela.

"Ok, janji," balas Angela sambil mencubit nakal pipi Calvin. "Sekarang awak tidur. Kita jumpa esok."

"Tak nak..." Calvin bangkit dari pembaringan.

Angela tersentak. "Kenapa bangun? Awak nak kencing atau nak muntah?"

"Nak peluk?"

Angela terlopong. Agaknya Calvin sudah gila.

"Please..." Calvin merengek mahu dipeluk.

Angela buntu. Tetapi memandangkan Calvin tidaklah seteruk mana apa salahnya dia turuti sahaja. Tak sopan kalau dia meninggalkan Calvin begitu saja. Dia boleh pergi setelah lelaki itu terlena nanti.

Angela naik ke atas katil dan berbaring di sebelah. Lagipun dia memang suka berbaring di atas katil ini berbanding katil sendiri. Tilam dan bantal terasa lebih empuk.

"Mari..." Angela mengajak Calvin berbaring di sebelah. Calvin akur. Tubuh Angela lalu dipeluknya erat.

*****

Calvin terjaga dikejutkan alarm telefon. Dalam keadaan mamai dia meraba sekitar, namun hampa. Deringan itu masih memekak. Saat cuba bangun dia merasakan sesuatu agak berat di atas dada. Puas mengamati dalam samar cahaya, rupanya kaki manusia. Dia terperanjat besar hingga terjatuh dari katil.

Angela yang tidur melintang turut terjaga. Dalam keadaan mamai dia cuba mengingati sesuatu.

"Si...siapa suruh kau tidur disini?" Marah Calvin, masih tidak percaya tidur sekatil dengan Angela.

"Kan aku cakap ini kawasan larangan!"

Angela terpinga-pinga. Kepalanya cuba memproses memori semalam. Calvin pula tidak sabar-sabar menghalaunya turun dari katil. Dia terpaksa turutkan. Seminit kemudian dia sudah berada di luar kamar. Pintu bilik dihempaskan tanda Calvin sedang marah.

Angela beredar ke biliknya. Sambil membersihkan diri dia cuba memerah otak sekali lagi mengingati kejadian semalam. Ternyata Calvin sendiri yang mengajaknya tidur disitu. Pada mulanya dia hanya menemankan lelaki itu hingga terlelap. Tidak sangka dia ikut terlelap sekali. Patutlah Calvin marah kerana mabuk dia telah hilang.

Pagi itu Angela menyediakan sarapan seperti biasa. Namun dia tidak menyertai Calvin bersarapan. Dia lebih tenang mengunci diri di dalam bilik. Hatinya masih tergores dimarahi Calvin awal pagi tadi.

Calvin serba salah. Nampaknya Angela merajuk lagi. Dia berasa kesal setelah menghalau Angela dari biliknya. Bagaimana kalau Angela melarikan diri lagi? Tidak. Dia harus berbuat sesuatu.

Walau bagaimanapun dia malu mengenangkan kebodohan malam tadi. Dia gagal mengawal perasaanya terhadap Angela. Mujurlah dia tidak melakukan hal yang lebih jauh selain memeluk gadis itu.

"Angelaaaa...." Panggil Calvin lembut sambil mengetuk pintu.

Tiada balasan dari dalam. Calvin memanggil lagi.

"I'm sorry....saya tak sepatutnya marah awak. Saya yang salah. Maafkan saya..."

Percubaannya gagal lagi. Angela masih diam membekukan diri. Calvin tidak puas hati. Dia mencuba lagi.

"Keluarlah....saya janji tak akan marah lagi...pleaseeee..."

Gagal lagi. Calvin mulai panas hati. Dia benci kalau orang merajuk tak makan pujuk. Dia sudah minta maaf pun, tetapi Angela masih jual mahal. Ikutkan hati mahu dirobohkan sahaja pintu bilik ini.

"Okay, kau teruskan merajuk! Aku nak turun kerja. Siap kalau kau lari lagi. Aku akan bunuh kau!" Tengking Calvin dari luar.

Kedengaran tapak kaki berlalu pergi. Angela tidak puas hati. Kenapa Calvin marah-marah selepas memujuknya. Dasar tiada kesabaran! Angela geram. Dia keluar dari biliknya dan menjerit;

"Yaaa! Memang aku nak lari! Aku bosan hidup macam ni. Baik aku mati saja!"

Calvin terperanjat. Terbuntang matanya memandang Angela seperti kerasukan.

"Kau...kau orang Datuk Wong, bukan?" Tanya Angela cuba mengungkit foto yang dilihatnya di bilik Calvin.

Calvin terpinga-pinga. Otaknya cuba memproses kata-kata Angela. Apakah Angela telah melihat foto itu di biliknya?

"Angela, bertenang. Saya boleh explain," Calvin cuba memujuk dan melangkah perlahan ke arah Angela.

"Katakan ya atau bukan?" Jerit Angela masih tidak puas hati.

"Bukan," balas Calvin, "...keluarga kami cuma berkawan. Tapi itu tak bermakna saya memihak dia. Saya memang menunggu masa nak hancurkan orang tua tu. Percayalah. Saya perlukan awak sebagai saksi jenayah yang dia lakukan."

Angela terdiam. Air matanya bercucuran membasahi pipi. Dia kehilangan kata-kata menuduh Calvin. Entah kenapa dadanya sebak semacam.

"Ok, ok...dah, jangan nangis...." pujuk Calvin cuba menyentuh kedua bahu Angela yang terhinjut-hinjut menahan esakan.

Tangisan Angela semakin melarat. Tubuhnya direbahkan ke dada lelaki itu. Calvin berkira-kira mahu memeluk atau tidak tubuh itu. Namun hatinya mendesak ingin mendakap tubuh itu walau sesaat.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now