Bab 29

20 3 0
                                    

Ketika keadaan sedang tegang, tiba-tiba pancaran cahaya muncul dari lorong kiri dan menghala ke arah mereka. Pengikut Richard segera mengeluarkan pistol masing-masing dan mengacukan ke arah kereta yang baru sampai. Begitu juga Leon, tidak ketinggalan mengeluarkan pistolnya dan turut mengacukan ke arah kereta asing tersebut.

Semuanya menunggu penuh debaran. Pintu kereta sebelah pemandu terbuka; keluar kelibat lelaki bertopi dan mukanya separuh ditutupi face mask. Lelaki itu mengangkat kedua tangan tanda menyerah. Richard memberi isyarat kepada salah seorang pengawalnya supaya mendapatkan lelaki itu.

Si pengawal mendapatkan Calvin yang sedang memeletakkan kedua tangan atas kepala. Semakin lama si pengawal semakin mendekat. Calvin lalu menyerangnya terlebih dahulu dan merampas pistol di tangan. Dia mematahkan kaki kanan dan tangan kiri pengawal itu sekelip mata.

Serentak itu beberapa das tembakan meluncur ke arahnya. Dia sempat mengelak dan berlindung pada pintu kereta yang terbuka. Pada masa yang sama dia berjalan ke belakang kereta dan membalas tembakan dari sana. Walaupun dalam keadaan gelap dia masih mampu membidik dengan tepat. Dua orang pengawal Richard telah tumbang. Kini tinggal Richard dan Leon yang  lari bersembunyi dalam bangunan terbiar disitu. Calvin terpaksa mengejar mereka ke dalam.

Di blok sebelah kiri, Leon dan Richard sedang bersembunyi di sebalik timbunan kayu disitu. Keduanya sedang berjaga-jaga mengawasi setiap sudut kiri dan kanan. Keadaan yang agak gelap menyukarkan mereka melihat pergerakan musuh.

Lebih-lebih lagi Leon yang sudah sedia tahu kehebatan lelaki Ferrari tersebut. Walau bagaimanapun, Leon masih tidak puas hati dengan Richard tentang kejadian di bawah tadi. Mujurlah lelaki Ferrari itu sampai tepat pada waktunya. Jika tidak pasti kepalanya sudah berkecai ditembak Richard. Diam-diam Leon mengacukan muncung pistol ke perut Richard sambil berbisik; "Kau datang sebab nak bunuh aku, kan?"

Richard agak terkejut namun dia cuba bertenang. Nampaknya Leon tidak sabar membuat perhitungan dengannya. Maka, dia membalas Leon di tempat yang sama. Keduanya sama mengacukan pistol pada perut antara satu sama lain. Suasana di antara mereka mulai tegang seperti kucing yang bergaduh berebutkan kawasan.

"Bukan aku nak bunuh kau, tapi bos!" bisik Richard keras.

"Jadi, kau sanggup bunuh aku?" balas Leon kembali.

"Kecuali kau beritahu aku, apa kau buat kat rumah Calvin siang tadi," Richard cuba bermain tarik tali. Sia-sia dia menembak Leon kalau gagal
mendapatkan maklumat.

"Tak ada apa, aku saja bermain," balas Leon tersengih. Buat apa dia memberitahu Richard. Dia tahu selepas mendapatkan maklumat Richard pasti akan membunuhnya. Bagaimana kalau dia yang dulu membunuh lelaki itu. Pasti keadaan akan berubah.

Namun Richard tahu apa yang bermain dalam kepala Leon. Sebelum Leon menembaknya dahulu, dia lantas menepis pistol di tangan Leon. Pistol terlepas. Leon membalas dengan menangkap tangan kanan Richard yang memegang pistol; dipulasnya ke belakang dan pistol Richard terlepas.

Malangnya, Leon tidak sempat mencapai pistol itu apabila Richard berpusing 30 darjah dan menendang dada Leon hingga lelaki itu tersungkur jatuh. Maka bermulalah pertarungan yang sengit di antara mereka.

Calvin bergegas ke arah kiri sebaik terdengar hiruk pikuk dari arah sana. Apabila dia sampai, kedua penyangak itu sedang berlawan di antara satu sama lain.

Calvin tiada masa menyaksikan pahlawanan yang sia-sia itu. Dia lalu turun padang menyertai pertarungan keduanya. Keadaan mula berubah; kini dua lawan satu. Richard dan Leon bersatu melawan Calvin seorang.

Namun keduanya bukan tandingan dia. Kecekapan Calvin dalam ilmu seni bela dan bermain senjata tidak terkalahkan. Dia dilatih dari kecil seawal umur sembilan tahun. Pertarungan dan senjata api sudah menjadi asam garam kehidupannya. Dia juga merupakan top ejen dalam unitnya dahulu. Leon dan Richard hanya sekadar nyamuk kecil baginya.

Calvin mengalahkan Richard dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan digunakan menghalang serangan Leon. Sewaktu Richard jatuh, Calvin mengambil kesempatan menembak tepat di kepala Richard.

Leon ketakutan dan cuba melarikan diri. Sayangnya tidak sempat, Calvin berjaya menembak kakinya pula. Peluru terkena betis menyebabkan dia jatuh tersungkur. Leon meraung kesakitan sambil memegang kakinya.

"To...tolong, maafkan aku..." rayu Leon mohon simpati. Wujud penyesalan dalam dirinya selama ini. Berapa banyak mangsa yang telah mati ditangannya, dia sendiri tidak terhitung.

Calvin cuba menghampiri Leon yang sedang nazak sambil mengeluarkan handphone dari poket seluar. "Dengar baik-baik," arah Calvin sambil menyepak betis Leon yang berdarah, "...pada malam itu, accident di Jalan Sebauh, siapa yang bunuh Zhang Min dan pemandu lori?"

Leon terpinga-pinga. Darah yang keluar dari mulutnya dibiarkan meleleh. Lebam di muka mencacatkan lagi mukanya yang sedia hodoh.

"Aa...apa? Aku tak faham," jawab Leon tergagap-gagap.

"Jangan berdalih. Aku tahu kau disana masa itu," Calvin cuba bersabar. Ikutkan hati mahu dihabisi sahaja keparat ini. Hidup pun tiada guna, menyesakkan penjara sahaja!

"Aa..aku tak faham," jawab Leon lagi.

Kesabaran Calvin semakin menipis. "Betul kau tak faham?"

"Aa...aku, aku..." agak susah Leon mahu mengaku. Dia tahu Calvin sedang merakamnya. Pada masa yang sama dia ketakutan di samping kakinya yang berdenyut sakit.

Calvin semakin geram. Dia kesuntukan masa melayan drama Leon. Lalu kaki Leon yang terkena peluru dipijaknya berkali-kali membuatkan lelaki itu meraung kesakitan. Dia memadamkan rakaman yang sia-sia tadi.

"Masih berdegil?" Tanya Calvin sinis.

Panggggg!

Calvin menembak bahu kanan Leon pula. Darah terpancut keluar sebaik peluru terbenam dalam kulit. Leon terbaring sambil meraung kesakitan yang teramat sangat. Dia melihat Calvin seperti malaikat maut yang akan mencabut nyawanya.

Calvin sengaja menembak disitu sebab Leon menembak Pak guard di bahu. Biar Leon merasa
kesakitan yang sama.

"Bunuh saja aku!" Pekik Leon.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now