Selepas menemani Calvin di meja makan, Angela masuk ke bilik. Perutnya senak kekenyangan. Katanya mahu menemankan sahaja, alih-alih dia ikut makan sekali. Risau pula kalau berlama disini berat badannya akan naik mendadak.
Usai menggosok gigi dan melepaskan hajat dia naik ke atas katil. Suis lampu tidur dipetik lalu keadaan menjadi samar. Sejak menjadi penganggur terhormat dia agak susah melelapkan mata. Mata hanya sekadar pejam tetapi otaknya berpusing seperti putaran gasing.
Tidak cukup dengan masalah dituduh membunuh, di meja makan tadi masalah yang sedia ada bertambah lagi. Menurut Calvin, keputusan cap jari di handphonenya telah pun keluar. Malangnya tiada cap jari lain dikesan selain cap jari si pemilik. Habis, bagaimana rakaman dan gambar dalam galery handphone boleh terpadam begitu saja? Mungkin benar kata Calvin, pasti ada pihak yang campur tangan.
Nampaknya peluang dia membuktikan diri tidak bersalah agak tipis. Haruskah dia menyerahkan diri dan tinggal di penjara, sementara menunggu sidang perbicaraan mahkamah. Mampukah dia membayar peguambela untuk perbicaraan? Itu pun belum tentu menang....
Kreeekkkkk....
Lamunan Angela terpadam saat mendengar bunyi pintu ditolak. Tabiat dia memang tidur dengan pintu terbuka. Kelihatan bayang seseorang melepasi pintu dan menghendap ke arah katilnya. Dia segera menutup mata, berpura-pura tidur.
Selimut terasa ditarik perlahan hingga ke paras dada Angela. Kemudian rambutnya terasa di elus lembut beberapa kali. Lalu mukanya terasa diusap mesra membuatkan Angela tidak tertahan lagi dan terus menangkap tangan itu.
"Awak kena tangkap!" Sergah Angela sambil tergelak sakan.
Calvin terkejut bukan kepalang. Dia ingatkan Angela sudah belayar. Tujuannya hanya sekadar memeriksa. Tidak sangka gadis itu memerangkapnya. Bikin malu saja.
"Err...ingatkan awak dah tidur. Sorry..." Calvin tersengih.
"Kenapa? Awak nak ajak saya tidur?" usik Angela dengan tawa bersisa, "....macam hari tu, yang mabuk tu...hehehe,"
Angela galak mengusik Calvin. Dia suka melihat lelaki itu tersenyum, makin bertambah comel. Tidak dinafikan Calvin memang tampan, jauh lebih tampan dari mendiang kekasihnya. Calvin juga kaya, dan lebih kaya dari kekasihnya. Perempuan mana yang bodoh itu tidak menyukai lelaki full package seperti Calvin? Tipulah kalau dia tidak suka...heheheh...
"Masa mabuk tu lain cerita. Tolong jangan beritahu orang lain eh..." Calvin memberi amaran dengan telunjuk.
"Kalau macam tu, awak kena bayar saya. Kalau tak nanti rahsia awak pecah." Angela saja menyakat Calvin. Seronok dia mengusik lelaki itu. Siapa suruh Calvin masuk ke biliknya? Memang kenalah jawabnya.
"Dasar mata duitan," rungut Calvin mahu beredar. Dia tahu Angela bergurau. Lantas dia teringat kata-kata Jonas. Agaknya betul kata Jonas yang Angela jenis materialistik.
"Weiii...nantilah!" Angela bangun menahan Calvin, "....jom lah borak-borak. Mata saya tak dapat tidur."
"Habis esok saya tak perlu kerja?" Balas Calvin, agak keberatan diajak berborak. Badannya berasa letih setelah seharian bekerja.
"Of course lah kena kerja..." jawab Angela sambil menarik tangan Calvin kembali ke katil, "...lima belas minit jer. Lepas tu awak tidurlah."
Calvin akur. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Angela punya hal dia turutkan sahaja. Biarlah dia lewat bangun esok atau mengantuk di tempat kerja. Lantaklah.
"Jom, baring disini." Angela menepuk bantal di sebelahnya.
Calvin agak terkejut. "Serius? Baring kat sini?"
"Baringlah. Saya bagi chance. Kita baring sambil bersembang...."
Sekali lagi Calvin akur. Dia berbaring di sebelah Angela dengan debaran di dada mulai terasa. Namun hatinya sangat senang berada di sebelah Angela.
Selepas Calvin berbaring, Angela tidak bersuara lagi. Suasana terasa hening dengan samar cahaya dari lampu bilik air yang terbuka. Angela sedang mengiring ke arahnya sambil tersenyum memandang dia.
Calvin serba salah. Gadis itu memandangnya semacam. Entah apa lagi helah Angela. Kata nak bersembang?
"Cakaplah....saya sedia mendengar," kata Calvin memecah sunyi.
"Awak tanyalah, saya jawab..." balas Angela selamba.
"Nak tanya apa? Tak ada idea."
"Cuba fikir, apa yang awak nak sangat tahu?"
Calvin diam agak lama, sedang memikirkan satu soalan bodoh yang agak penting baginya. Apakah dia patut bertanya atau tidak? Jika bertanya, risau pula kalau Angela marah dan merajuk padanya.
"Err...ada satu soalan," Calvin teragak-agak, "...tapi awak janji jangan marah, ok."
"Ok, saya janji tak akan marah. Tanyalah..."
"Errr...awak suka saya tak?"
"Apa?" Angela kurang faham.
"Hmm...tak ada apalah," Calvin berasa malu teramat sangat, ada ke patut dia tanya soalan mengarut seperti itu.
"Oklah, saya nak tidur," sambungnya lagi sambil bangun.
Angela tergelak kecil. Sebenarnya dia dengar dengan jelas pertanyaan itu tetapi dia saja mengusik Calvin.
"Kenapa gelak?" Tanya Calvin hairan.
"Awaklah, kelakar....hehehe," sambil menyuruh Calvin baring semula, "...siapa yang tak suka awak, orang tu bodoh. Saya tak bodoh...hehehe.."
Lega hati Calvin mendengarnya. Bermakna dia tidak bertepuk sebelah tangan. "Saya pun suka awak," tidak terasa dia terlepas cakap. Cepat-cepat dia menutup mulut sendiri.
Angela hanya tersengih. Langsung tidak terkejut kerana dia memang sudah tahu. Kalau Calvin tidak menyukainya, mana mungkin lelaki itu tersenyum? Tetapi jarang sekali lelaki tidak menyukainya, rata-rata yang dia jumpa semua berkenan kepadanya. Seolah-olah dia ada ilmu pengasih pula.
"Kalau suka sama suka...jom kita...tidur," kata Calvin seraya bangun. Sebenarnya ayat dia 'jom kita kahwin'. Mujurlah dia tidak terlepas cakap lagi.
"Alah, dah nak tidur ke?" rengek Angela masih tak berpuas hati. Tangan Calvin ditariknya semula supaya berbaring. Sekali lagi Calvin menurut. Dia pun agak keberatan meninggalkan Angela. Dia masih betah bersama gadis itu.
"Nak sembang apa lagi?" Tanya Calvin.
"Tak tahulah...no idea..." keluh Angela, kini dia baring telentang sambil menatap siling putih. Yang pasti matanya masih segar bugar.
"Tahu tak..."
Angela memotong; "Tak tahu..."
"Dengarlah dulu," keluh Calvin, "...saya nak cakap yang saya tak sengaja tersuka awak pada hari pertama kita bertemu."
"Hmm...lepas tu?"
Calvin menyentuh tangan Angela dan mengusapnya lembut. Angela biarkan. Dia dapat mengagak apa yang Calvin bakal katakan.
"Err...saya jatuh cinta dengan awak..."
YOU ARE READING
Saksi (complete)✅
RomanceTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Begitulah hal yang terjadi kepada Angela selepas berjaya melarikan diri dari banglo Datuk Wong. Dia dikejar pihak polis kerana dituduh membunuh kekasihnya dan diburu pengikut Datuk Wong kerana peran...