"Saya dah agak," Angela tersengih, "...tapi tak sangka awak cepat jatuh cinta."
Calvin tersipu-sipu malu. Mukanya terasa panas membahang. Entah dari mana dia mendapat kekuatan tiba-tiba berani meluahkan perasaan. Namun beban di dada terasa lapang. Bertambah lapang dadanya apabila menyedari reaksi Angela agak positif.
Gadis itu mengiringkan badan menghadap Calvin di sebelah. Dia masih membiarkan tangannya dipegang lelaki itu. Biarlah, bukankah itu sesuatu yang bagus? Sekurang-kurangnya Calvin punya alasan untuk mempertahankan dia disini, selain menganggap dia saksi.
"Tak salah kan kalau saya cintakan awak. Saya faham kalau awak belum terbuka menerima saya. Tak apa, saya tunggu," jelas Calvin bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Angela salah faham pula.
Angela hanya tersenyum tanpa berkata apa.
"I love you," ucap Calvin, cuba bersikap romantik. Tangan Angela dikucupnya mesra. Apa nak malu? Dia sudah meluahkan perasaan jadi dia berhak mengucapkan kata akzimat itu.
Angela hanya tersengih. Ucapan itu mengingatkan dia kepada seseorang. Dahulu telinganya selalu mendengar ucapan itu. Sekarang dia terdengar lagi dari orang berbeza.
Tangan Calvin berpindah ke muka Angela. Dibelainya lembut penuh kasih. Dia sendiri tidak mengerti bagaimana hatinya begitu cepat terpikat pada Angela. Mungkin kerana kecantikan Angela dan sikapnya yang 'happy go lucky' itu sangat menyenangkan, selain gadis itu pandai memasak dan rajin mengemas.
Tidak terasa tangan Calvin berhenti di bibir Angela. Mungil serta menggoda. Bertambah menggoda apabila tersenyum. Keinginan menjamah bibir itu mula berkobar-kobar. Perlahan dia mendekatkan mukanya dan mula menggamit mesra bibir itu.
Angela menyambut mesra ciuman Calvin. Entah kenapa dengan dirinya. Tidak pula dia menolak. Sebaliknya dia membiarkan dan melayan. Mungkin disebabkan hidupnya bosan sejak kebelakangan ini. Kononnya dia mahu mencuba sesuatu yang baru. Tambahan pula, personaliti Calvin sangat menggoda dengan renungan matanya yang memukau.
Lelaki itu bukan saja pandai bertarung dan bermain senjata, Calvin juga pandai memainkan peranannya sebagai pencinta. Bercumbuan lama dengan Calvin membangkitkan rasa ghairah dalam dirinya. Semakin lama dilayan ianya semakin mengasyikan. Tidak terasa dia berubah kedudukan.
Angela naik ke atas tubuh Calvin. Diselaknya baju lelaki itu hingga ke atas. Alang-alang terselak Calvin lalu menanggalkannya. Bibir mereka bertaut lagi. Nafsu keduanya semakin mengganas apabila tangan Calvin merayap ke daerah terlarang. Permainan menjadi mudah apabila mereka menanggalkan pakaian masing-masing.
***
Paaappp!
Telapak tangan hinggap di muka Calvin membuatkan dia terjaga. Dalam keadaan mamai dia meraba mukanya yang terasa perit. Tangan yang berada pada mukanya dialihkan. Pemiliknya masih lena berlayar dengan mulut terngaga.
Satu persatu adegan berahi melintasi fikirannya. Dia jadi malu sendiri. Perlahan dia bangun sebaik terpandangkan cahaya memancar terang melalui langsir tingkap.
Di ruang tamu dia melihat jam di dinding menunjukkan pukul 7:15 pagi. Patutlah suasana sudah terang berderang. Nampaknya dia terlepas waktu jogging. Namun tidak mengapa kalau dia ponteng sekali sekala.
Calvin berlalu ke biliknya untuk membersihkan diri. Sekali lagi dia dibayangi momen indah malam tadi. Angela sempat meninggalkan kesan 'lovebite' di bahagian dada dan perutnya.
Selepas bersiap dia keluar dari bilik. Keadaan di dapur agak hiruk pikuk. Kelihatan cinta hatinya sedang menyiapkan sarapan. Calvin tersenyum riang sambil menapak kesana.
"Morning," sapa Calvin seperti biasa.
Angela tidak menjawab. Dia hanya tersenyum mesra. Begitulah kebiasaannya. Namun hari ini wajah Angela tampak lebih berseri dari hari sebelum.
YOU ARE READING
Saksi (complete)✅
RomanceTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Begitulah hal yang terjadi kepada Angela selepas berjaya melarikan diri dari banglo Datuk Wong. Dia dikejar pihak polis kerana dituduh membunuh kekasihnya dan diburu pengikut Datuk Wong kerana peran...