Ketangkasan lelaki itu agak sukar dikalahkan memaksa Leon menarik diri. Sebelum cabut dia sempat mencapai pistolnya yang tercicir. Buang masa jika dia terus berkelahi tanpa tujuan yang pasti. Silap hari bulan dia boleh tertangkap. Targetnya bukan lelaki itu tetapi Angela. Lebih baik dia mencari Angela sebelum Datuk Wong membunuhnya.
Calvin tidak puas hati. Dikejarnya lelaki itu hingga ke hujung blok namun hampa. Si penyangak itu lebih pantas meloloskan diri. Calvin kembali semula ke tempat tadi dan mencari perempuan itu. Pun hampa.
Dia terlepas kedua-duanya. Nampaknya pertarungan tadi sia-sia. Walau bagaimanapun, tugasnya sebagai polis yang menjaga keamanan tidak sesekali membiarkan kejadian seperti ini berlaku. Dia nekad akan menyiasatnya nanti. Namun sebelum itu dia harus menemukan perempuan tadi yang pastinya sedang dalam bahaya. Dia pasti lelaki tadi mengejar perempuan tersebut.
Suasana pagi yang terang berderang sangat membantu Calvin mencari. Dia berlari ke sekeliling blok kawasan perumahan itu sambil cuba bertanya kepada penduduk yang lalu lalang.
Pencariannya berakhir di sebuah lorong kedai. Kelihatan perempuan malang itu berlari anak tanpa arah tujuan. Calvin segera memanggilnya dari arah belakang.
"Awak!"
Langkah Angela terhenti. Rasanya tiada orang lain disitu kecuali dia. Dadanya mulai berdebar kembali takut itu lelaki yang berpistol tadi. Hatinya dua tiga ingin menoleh atau melarikan diri.
Seorang lelaki tinggi lampai berpakaian sukan sedang berlari ke arahnya. Angela mengurut dada lega. Itu lelaki yang dilanggarnya di selekoh tadi. Dia meninggalkan tempat persembunyian kerana menyangka lelaki ini akan kalah bertarung. Mujurlah lelaki ini baik-baik saja dan apa terjadi kepada pekerja banglo itu? Angela tertanya-tanya sendiri.
"Awak ok?"
Angela hanya menggeleng. Seluruh tubuhnya berasa sakit dan letih kerana berjaga semalaman.
"Baiklah. Kita ke balai buat laporan dulu," cadang Calvin.
Mendengarkan 'balai' Angela teringatkan sesuatu yang tidak beres. Handphone dia tercicir di kereta Zhang Min. Dia harus kembali ke sana sekaligus melihat keadaan Zhang Min.
"Jadi, kawan awak masih disana?" Calvin mahukan kepastian.
Angela terpaksa mengulang tayang kejadian yang dilaluinya malam tadi. Entah kenapa dia ringan lidah meluahkan masalahnya kepada lelaki asing ini. Dari segi perwatakannya lelaki ini seperti orang baik.
Calvin tertarik saat mendengar nama Datuk Wong terlibat. Lebih tertarik lagi apabila perempuan ini ada bukti jenayah yang dikehendakinya. Memang selama ini dia mengesyaki orang tua itu terlibat dalam aktiviti pelacuran cuma tiada bukti yang kukuh membabitkannya.
Ketika mereka dalam perjalanan ke tempat kemalangan, Calvin mendapat panggilan dari balai; melaporkan ada kemalangan di Jalan Sebauh yang melibatkan dua buah kereta. Seorang mangsa ditemukan maut dalam kereta dipercayai ditikam. Dan seorang lagi mangsa maut di jalan tar dipercayai ditembak. Polis menemukan telefon bimbit milik suspek tercicir dalam kereta mangsa. Kini polis sedang memburu pemilik telefon tersebut yang dipercayai milik Angela.
Selesai bercakap dalam telefon, Calvin bertanya sesuatu kepada Angela, hanya untuk kepastian.
"Maaf bertanya, nama awak?"
Angela terpinga-pinga. Haruskah dia memberitahu namanya? Dia mulai berasa was-was terhadap lelaki itu.
"Saya Calvin. Inspektor Calvin," Calvin memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.
Angela terngaga. Inspektor? Jadi lelaki ini polis rupanya. Hatinya berasa sedikit teruja. Nampaknya dia menemukan orang yang tepat.
Seminit kemudian, Calvin menarik tangannya semula. Angela langsung tidak menyambut salam daripadanya. Bikin malu saja.
"So, nama awak?" Calvin masih bertanya.
"Angela."
Calvin sudah agak perempuan yang berada di hadapannya adalah orang yang sama; yang kini sedang diburu polis kerana dituduh membunuh teman lelaki dan pemandu lori.
"Mari, ikut saya."
Calvin menarik tangan Angela mengikutinya. Angela tidak sempat menolak. Tangannya sudah ditarik Calvin. Mereka tidak jadi pergi ke tempat kemalangan itu sebaliknya melencong ke arah lain.
"Kita kemana? Kata nak pergi ambik handphone saya tu," Soal Angela hairan.
"Apartment saya. Sampai nanti saya jelaskan," tegas Calvin.
Angela tidak bertanya lagi. Dia berlari anak mengikuti langkah Calvin yang agak laju. Nak buat macam mana? Dia tiada pilihan lain selain mengikuti lelaki ini yang difikirnya boleh dipercayai. Lagipun Calvin seorang polis.
**
Calvin membawa Angela ke apartment-nya dengan niat mahu menyembunyikan gadis itu dari pihak polis dan pengikut Datuk Wong. Dia pasti Datuk Wong sedang memburu Angela kerana bukti jenayah mereka. Dan jika Angela berada dalam tahanan polis, keadaan pun tetap sama.
Kemungkinan Angela akan di hukum gantung sampai mati atas tuduhan membunuh teman lelakinya dan pemandu lori itu. Agak sukar membuktikan Angela tidak bersalah kerana pengaruh Datuk Wong dalam PDRM sangat kuat.
Walaupun Angela seorang saksi namun itu tidak
berguna tanpa bukti yang kukuh. Satu-satunya penyelamat Angela adalah rakaman dalam telefon tersebut.Selepas meninggalkan Angela di apartment, Calvin pergi ke balai tempatnya bertugas. Dia ingin tahu perkembangan selanjutnya serta mencari bahan bukti tersebut. Rakaman itu bukan saja penyelamat Angela malah sangat berguna baginya.
Datuk Wong adalah salah satu alasannya masuk ke IPD Sibu. Pemindahan ini ditentang keras oleh ayahnya yang merupakan timbalan pesuruhjaya polis sarawak.
Ramai pihak yang mengadu dan ada juga yang menjadi mangsa keganasan orang tua itu membuatkan Calvin terbuka hati ingin menyiasat sendiri kes tersebut, memandangkan Datuk Wong bukan orang lain baginya. Keluarga mereka telah berkawan sejak dia di zaman kanak-kanak lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/261810355-288-k632781.jpg)
YOU ARE READING
Saksi (complete)✅
DragosteTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Begitulah hal yang terjadi kepada Angela selepas berjaya melarikan diri dari banglo Datuk Wong. Dia dikejar pihak polis kerana dituduh membunuh kekasihnya dan diburu pengikut Datuk Wong kerana peran...