Bab 3

72 3 0
                                    

Suasana di kawasan perumahan banglo Sutera Height agak suram memandangkan malam telah larut. Kereta yang dipandu Zhang Min bergerak perlahan melewati sesebuah rumah. Sebenarnya dia tidak pasti rumah Datuk Wong dimana. Dia hanya berpandukan arah yang ditunjukan dalam aplikasi waze di handphonenya.

Akhirnya waze 'mengarahkan' dia berhenti di sebuah rumah, yakni itu rumah percutian Datuk Wong. Dia pasti Angela telah dilarikan kesini dan sedang berada di dalam sana. Angela sendiri yang menelefon dan minta dijemput disini. Perempuan itu juga telah menghantar lokasi kepadanya melalui whatssap.

Zhang Min tidak menunggu lama. Nombor Angela terus dihubungi, namun tidak berjawab. Dia mencuba lagi dan lagi. Tetap juga operator yang menjawab.

Hatinya mulai resah mengenangkan keadaan Angela disana. Pasti sesuatu telah berlaku kepada teman wanita kesayangannya. Jangan-jangan orang tua itu sedang meratah tubuh Angela. Maknanya dia sudah terlambat menyelamatkan kekasihnya.

Tak guna! Ini semua salah Zhang Li! Mengapa Zhang Li tidak menolak sewaktu Datuk Wong mahu melanggan Angela? Mengapa tidak ditukar sahaja dengan pelayan yang lain.

Dia marah. Sangat marah pada abangnya yang bodoh itu. Nampak sangat Zhang Li lebih mementingkan perniagaan daripada ahli keluarga sendiri.

Puas memaki Zhang Li dia mendapat kekuatan cuba masuk ke sana. Dia keluar dari kereta dan mengatur langkah penuh semangat menuju ke arah pagar. Apa pun terjadi, dia harus membawa Angela pulang bersamanya malam ini. Seorang lelaki berseragam hitam bertanya tujuannya kemari.

"Maafkan saya, tapi awak tidak dibenarkan masuk," kata pengawal itu.

Zhang Min tidak puas hati. Sia-sia dia kemari kalau tidak dibenarkan masuk.

"Tapi bro, girlfriend I ada kat dalam. Apa pun berlaku I kena bawa dia balik," tegas Zhang Min.

"I'm sorry bro," keluh pengawal itu.

"Ini arahan bos. Sesiapa pun orang luar tidak dibenarkan masuk kesini. Buruk padahnya nanti. Baik awak balik sekarang."

Zhang Min tetap bekeras ingin masuk. Dua orang lagi pengawal datang menghampiri mereka. Seminit kemudian tubuh Zhang Min ditolak ke luar pagar. Dia gugup apabila diacukan sepucuk pistol; memaksa dia beredar dari kawasan perumahan itu.

***

"Angela..."

"Angelaaaa...."

"Where are youuu..."

Suara itu hampir membuat Angela pengsan ketakutan. Kepala lututnya sudah goyah menahan debaran. Hampir saja jantung dia meletup melihat bangkai manusia yang berada tidak jauh dari persembunyiannya. Walaupun bangkai itu terlungkup namun ianya seolah-olah sedang merenung tajam kearahnya.

Kini dia pasti sekali, Datuk Wong bukan sahaja melakukan maksiat malah pembunuhan juga. Mungkin saja bangkai itu salah seorang mangsa yang degil sepertinya. Tidak mustahil kalau dia terbunuh seperti itu jika tertangkap.

Angela semakin gugup. Kecut perut dia mengenangkan nasibnya yang berada di hujung tanduk. Saat genting begini dia teringat akan ayahnya. Tiba-tiba wujud penyesalan dalam hati; apakah ini hukuman bagi anak yang degil sepertinya. Patutlah ayah dia tidak pernah bersetuju dia bekerja di kelab malam Zhang Li.

Kalau dia mendengarkan nasihat ayahnya dari awal pasti dia tidak berada di sini. Angela berasa sungguh kesal. Tidak terasa air mata penyesalan bercucuran membasahi pipi.

Walau bagaimanapun dia harus melepaskan diri. Dia mesti mencari jalan keluar sebelum pengawal menemukan dia. Mungkin saja Zhang Min sedang menunggu dia di luar sana. Dia meraba handphone yang diselitkan dalam bra, ingatkan hendak menelefon Zhang Min tetapi....

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now