Bab 13

30 3 0
                                    

Sebuah Ferrari Purosangue berwarna merah hati berhenti tepat di hadapan kereta Leon. Mereka tidak jadi pergi dan keluar semula dari kereta masing-masing.

Menyedari keadaan darurat Calvin segera mengeluarkan senjata dari bawah seat. Dua pucuk pistol dan tiga bilah pisau rambo. Jonas terlopong. Tidak sangka Cavin menyimpan senjata dalam kereta.

"Ini bukan pistol polis," kata Jonas setelah meneliti pistol yang dipegangnya.

Calvin tidak menjawab sebaliknya kelam kabut mempersiapkan diri hendak keluar. Di luar, Leon cuba mengamati lelaki yang baru keluar dari kereta tersebut. Bukankah itu lelaki yang bertarung dengannya di kawasan perumahan dulu. Dia sudah agak, Angela pasti bersama lelaki itu selama ini.

Leon tidak menunggu lama. Pistol dalam poketnya terus di acukan ke arah Calvin dari jarak 50 meter. Terus ditarik picunya tanpa teragak-agak.

Panggggg!

Tembakan pertama tersasar mengenai cermin kereta Ferrari. Mujurlah tidak pecah kerana ianya kalis peluru. Leon tidak puas hati. Dia melepaskan lagi dan lagi das tembakan. Entah kena atau tidak lantaklah, hingga pelurunya habis. Mujurlah dia membawa peluru lebihan.

Ketika Leon sedang mengisi peluru, giliran Calvin pula membalas. Berdenting bunyi peluru mengenai tubuh kereta mereka. Sekelip mata pengikut Leon seramai lima orang yang berdiri di luar tadi bergelimpangan dilumuri darah. Mujurlah dia mengisi peluru di dalam kereta, jika tidak pasti nasibnya sama.

Jonas yang kaku di tempatnya sejak tadi turut terkejut melihat ketangkasan Calvin menembak. Leon terperangkap apabila Calvin mara ke arahnya sambil menembak tak berhenti. Dia tiada peluang membalas.

Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak dipijak. Kereta meluncur laju ke arah Calvin. Namun Calvin sempat mengelak dari dilanggar. Kereta dipandu Leon bergerak meninggalkan kebun Pak Lang. Leon berjaya melepaskan diri sekali lagi tanpa Angela. Misi dia gagal lagi.

Manakala kereta yang dinaiki Angela masih tidak bergerak. Empat orang lelaki pengikut Leon sedang berkawal di luar sambil memegang parang; bersedia mahu menetak Calvin.

Angela masih di dalam kereta dengan tangan yang terikat dan mulut ditampal selotep. Hatinya bersorak riang melihat kemuculan Calvin tepat pada masa. Sekali lagi Tuhan mendengarkan doanya dengan menghantar pertolongan.

Setelah kereta Leon pergi, Calvin melangkah ke arah kereta hitam. Mereka berempat tidak menunggu lama, lalu menyerbu ke arah lawan bersama parang di tangan. Calvin mengacukan pistolnya ke arah mereka satu persatu. Dalam kiraan beberapa saat, satu persatu mereka tumbang menyembah tanah dengan kepala berlumuran darah.

Calvin tersenyum puas selepas menembak kesemua penyanggak. Buat apa dia membazir tenaga berlawan jika revolver Smith berada di tangan. Ianya salah satu koleksi kegemarannya. Muncung pistol masih berasap selepas memutahkan peluru diselitkan celah pinggang.

Calvin segera mendapatkan Angela yang masih berada di dalam kereta. Gadis itu mengerang dengan mulut di selotep dan tangan diikat. Calvin segera menolongnya keluar. Selesai ikatan dibuka dan selotep ditanggalkan Angela lalu memeluk Calvin, membuatkan lelaki itu tercenggang. Calvin termati kutu ditempatnya berdiri. Saat itu jantungnya mulai bergetar laju.

Agak lama Angela mendakap tubuhnya erat hingga Jonas datang menyapa. Pelukan Angela
terlerai begitu saja. "Terima kasih," ucap Angela
malu-malu. Calvin tidak sempat membalas apabila Jonas menyampuk.

"Biar betul kau tembak diorang sampai mati," keluh Jonas sambil memeriksa bangkai yang bergelimpangan.

"Kalau ya pun tinggalkan satu atau dua orang yang hidup. Boleh kita soal siasat diorang," bebel Jonas lagi.

"Tak perlu, aku tahu siapa dalang diorang," balas Calvin selamba.

"Siapa?" Tanya Jonas ingin tahu.

Calvin berlalu ke keretanya tanpa menjawab pertanyaan Jonas seperti kebiasaan. Sebab itu Jonas mengagak Calvin pekak.

Angela teringatkan ayahnya. Cepat-cepat dia berlari ke semak mencari Pak Lang. Jonas pun segera mengekori. Kelihatan Pak Lang sedang terbaring lemah di tepi parit. Pakaiannya habis kotor dengan muka comot. Dagu dan matanya baru mulai membengkak. Angela segera menolong ayahnya bangun sambil dibantu Jonas. Tubuh Pak Lang dipapah ke pondok.

"Syukurlah kau selamat, nak," ucap Pak Lang sambil mengusap muka anaknya penuh kasih.

"Tuhan hantar Calvin sekali lagi, ayah. Dia dah tolong aku dua kali," sorak Angela, terharu.

"Kita terhutang budi pada Calvin. Bermakna dia bukan orang jahat," balas Pak Lang cuba tersenyum.

"Dia memang bukan orang jahat. Tapi Angel yang salah sangka menilai Calvin. Kalau Angel
tak lari dari rumah dia takdelah penjahat tu sampai kesini," sampuk Jonas di sebelah.

Angela terdiam sambil menarik muncung. Protes dengan kata-kata Jonas yang sememangnya tepat. Calvin mendapatkan mereka setelah menelefon ambulan dan polis. Dia diperkenalkan oleh Jonas kepada Pak Lang.

"Polis akan sampai tak lama lagi," Calvin kembali serius.

"Angela, kita gerak sekarang!" Tangan Angela direntap Calvin.

"Saya tinggal disini. Pandai-pandai saya settle nanti," kata Jonas.

Calvin lalu menarik tangan Angela mengikutnya. Angela tiada pilihan. Habis, kemana lagi dia pergi. Nanti penjahat itu mengekorinya lagi. Lebih baik dia ditangkap polis daripada di tangkap penjahat itu. Bagus dia mati di tali gantung daripada organnya dijual.

"Kenapa kau lari?" Tanya Calvin dalam perjalanan.

Angela malas menjawab.

Setelah lima minit berlalu, Calvin bertanya lagi; "Jawablah...aku tanya kenapa lari? Ada apa yang kurang?"

Angela masih diam. Malah memalingkan muka ke luar tingkap. Tanyalah lagi, dia tak akan jawab. Hari ini dia mahu merajuk.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now