Bab 25

38 3 0
                                        

Selepas tamat waktu kerja Jonas singgah di kebun Pak Lang. Dia sampai sebelum senja, mujurlah orang tua itu belum pulang lagi. Dia ternampak hilux usang kesayangan Pak Lang di parkir tidak jauh dari pondok kebun.

Kedatangan Jonas menggembirakan Pak Lang. Memang ditunggunya saban hari kunjungan anak saudaranya itu. Hari ini sekali lagi Jonas membawa berita gembira. Lelaki itu bakal membawanya bertemu dengan Angela.

Sebelum pergi Pak Lang meminta diri untuk mandi. Di kaki kebun terdapat anak sungai, disanalah Pak Lang mandi. Sejak Angela dituduh membunuh Zhang Min, sejak itu Pak Lang tidak pernah balik ke rumah panjang mereka. Dia lebih tenteram tinggal di pondok kebun sendirian. Pak Lang juga tidak menjual sayuran di market Sibu lagi. Kini dia bertindak sebagai pembekal dan menghantar sayurannya kepada pemborong.

Dalam perjalanan ke bandar Sibu, Pak Lang sempat bertanya perkembangan kes Angela. Sedih dia mendengar tiada pekembangan positif. Entah apalah nak jadi dengan masa depan anaknya yang gelap itu.

Empat puluh lima minit perjalanan, mereka sampai di sebuah restorant mewah yang menghidangkan makanan laut. Pak Lang mulai tertanya-tanya. Di samping itu dia berasa segan menjejak kaki ke tempat mewah begini.

"Jonas, kau pasti ini tempatnya?" tiga kali Pak Lang mengulangi soalannya.

"Ya, Uncle....Kraby Seafood katanya dalam mesej. Calvin siap hantar location. Inilah tempatnya, tu tengok tulisan disana," kata Jonas sambil menunjukkan nama kedai. Tapi sayang, Pak Lang tidak berapa mengenal huruf. Kalau setakat nombor 1 2 3 sampai 10 dia tahulah. Maklumlah, sekolah hanya sampai darjah 3.

Jonas cuba menelefon Calvin. Tidak sampai tiga minit lelaki itu muncul dari dalam restorant. Calvin tidak menyapa Pak Lang sebaliknya menuduk memberi hormat. Pak Lang membalas dengan tundukan juga. Raut wajah Calvin yang serius agak menggetarkan hati Pak Lang. Namun dari segi perwatakan Calvin yang berbeza dia tahu lelaki itu orang berada. Situasi ini semakin membuat Pak Lang tidak selesa dan segan.

Calvin mengajak mereka masuk ke dalam. Keadaan dalam restorant riuh rendah walaupun pelanggan tidak seberapa. Selain meja di luar, kedai dua tingkat itu memiliki 'private room' di tingkat atas. Mereka naik ke atas melalui tangga kayu.

Wajah Pak Lang berubah cerah sebaik melihat anak kesayangannya sedang menunggu dalam ruang tertutup. Angela segera memeluk ayahnya dengan gembira. Begitu juga Pak Lang, gembira hingga mengalir air mata.

"Ayah, semua ni plan Calvin," kata Angela sambil memegang tangan Calvin mesra, dia menyambung lagi; "...dia buat suprise ajak aku kesini jumpa ayah. Aku tak tahu pun...dia dah boking awal tempat ni."

Pak Lang beralih kepada Calvin yang berada di sebelah Angela. Dia juga melihat tangan keduanya berpegangan erat. Hatinya mulai mengagak sesuatu namun dia malas memikirkannya.

"Terima kasih banyak nak, sebab pertemukan pak cik dengan Angel. Pak cik terhutang budi dengan kamu."

Calvin hanya tersenyum. Dia tidak tahu membalas kata-kata Pak Lang. Dia tidak biasa bercakap dengan orang tua yang terlalu merendah diri. Pak Lang sangat berbeza dengan ayahnya atau Datuk Wong, kedua orang tua itu suka bercakap besar. Oleh itu dia tidak pernah menghormati mereka.

Makan malam bermula apabila hidangan dibawa masuk oleh pelayan. Mereka menjamu selera sambil bersembang isu semasa. Paling riuh pastinya Angela dan Jonas. Ada sahaja topik yang dibangkitkan. Pak Lang hanya sesekali menyampuk.

Calvin pula lebih suka memencilkan diri. Walaupun suasana agak membosankan baginya, namun dia senang hati melihat Angela ketawa. Dia rasa terhibur melihat Angela gembira. Seolah-olah gadis itu bebas masalah.

Makan malam berakhir sebelum jam sepuluh. Untuk keselamatan, Jonas dan Pak Lang beredar dahulu. Sebelum bersurai, Angela berpelukan dengan ayahnya sekali lagi. Pak Lang sempat membekalkan Angela dengan nasihat. Dia juga tidak lupa berterima kasih kepada Calvin sekali lagi.

Setelah keduanya beredar, tinggal Calvin dan Angela berdua. "Awak...." Angela menggenggam erat tangan Calvin, "....terima kasih untuk hari ini. Saya berhutang banyak hal dengan awak."

"Saya halalkan," balas Calvin lalu mengucup mesra tangan Angela.

"Halalkan macam mana?" usik Angela pula.

"Awak nak halal yang macam mana..." balas Calvin sambil memakaikan face mask ke muka Angela dan mengenakan topi di kepala gadis itu. Selesai, dia memimpin tangan Angela keluar dari ruang tersebut.

***

Sampai di rumah Angela terus masuk ke bilik. Badannya terasa sangat letih. Dia sempat tidur sekejap dalam perjalanan pulang. Petang tadi Calvin mengajaknya membeli barang keperluan di sebuah mall. Sebelah malam pula lelaki itu mengajaknya makan di restorant. Walaupun penat namun hatinya puas.

Angela kelam kabut membersihkan diri. Tidak mengapa kalau dia mandi kerbau sekali sekala. Tidak sampai sepuluh minit dia siap. Selesai menyarungkan pakaian tidur dia naik ke atas katil. Malam ini dia skip rutin penjagaan kulit yang diamalkan setiap hari.

Berbeza pula dengan Calvin di bilik sebelah. Selepas mandi tubuhnya berasa segar bugar. Begitu juga otaknya mulai aktif berfikir saat dia merebahkan tubuh di atas tilam. Tiada hal lain yang bermain dalam kepala otaknya selain hal Angela. Setiap momen indah dan aksi panas bersama gadis itu diingatinya satu persatu. Tidak cukup itu dia berangan tentang masa depan bersama Angela.

Setengah jam berlalu dia masih gagal melelapkan mata, sedangkan tubuhnya berasa letih. Kepalanya masih memikirkan Angela. Semakin dilayan, rindunya semakin menebal. Akhirnya tidak tertahan lagi, dia menapak ke bilik sebelah.

Pintu yang terbuka separuh ditolak perlahan. Entah Angela tidur atau berpura-pura tidur, dia tidak pasti. Dalam samar cahaya dia melihat tubuh Angela terlentang dan kakinya terbuka tiga puluh darjah. Kedua tangannya didepangkan dengan mulut sedikit terngaga. Dengkuran halus jelas kedengaran menandakan gadis itu sedang nyenyak.

Calvin menarik nafas panjang seraya mengeluh. Dia tidak menyenangi cara tidur Angela yang agak ganas. Sebab dia jenis tidur sopan. Kalau mulanya terlentang, dia akan kekal begitu hingga ke pagi. Dia juga tidur dengan mulut tertutup tanpa dengkuran.

"Hehehe...."

Calvin tersentak.

Angela tersengih dengan mata tertutup. Rupanya gadis itu mengingau. "Hehehe..aku dah cakap dah...kau tak percayaaa..." kata Angela lagi. Dia menarik bantal kepala di sebelah dan melontarkan ke lantai. Kemudian tubuhnya mengiring ke tepi.

Calvin terpinga-pinga. Bantal tadi diambilnya dan diletakkan kembali di atas katil. Teruknya Angela mengingau hingga membaling barang. Kalau begini keadaan, alamatnya tak jadilah dia tidur disitu. Dia teringat pagi tadi, sewaktu tangan Angela hinggap pada mukanya. Selain itu, masa dia mabuk hari itu. Angela meletakkan sebelah kaki di atas dadanya.

Calvin tersengih sendirian mengenangkan hal itu. Angela perfect dalam segala hal kecuali satu; cara tidur yang selekeh. Calvin malas berlama disitu. Perlahan dia mengundurkan diri dan kembali ke biliknya semula.

Saksi (complete)✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang