Berkat gadaian rantai emas hasil gaji pertama dahulu, Angela akhirnya sampai di kebun ayahnya. Mujurlah teksi yang dinaikkinya tidak mengensyaki sesuatu selama 45 minit dalam perjalanan.
"Ayah!"
"Ayahhhh!"
Angela memanggil Pak Lang sambil berlari anak menuju ke pondok kebun. Dia pasti orang tua itu berada di kebun kerana pikap buruk ayahnya ada disitu.
Ketika itu Pak Lang baru selesai membaja tanaman. Tiba-tiba dia terdengar suara berteriak memanggil 'ayah'. Dada Pak Lang mula berdebar. Suara itu tidak asing lagi di telinganya.
Kelihatan seseorang berjubah hitam melambai ke arahnya sambil berlari anak. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan itu. Semakin lama si jubah hitam semakin mendekat.
"Ya, Tuhan! Kau rupanya..." Pak Lang ingatkan siapa tadi rupanya si Angela.
Anak yang degil itu lalu dipeluk gembira. Sebak didada mulai terasa. Sejahat mana pun Angela, dia tetap menyayangi anak tunggalnya itu. Air mata bercucuran membasahi pipi tua yang bekedut. Dia mengucap syukur dapat bertemu semula dengan anaknya.
Begitu juga Angela. Sungguh dia merindukan
ayahnya. Dia berasa sungguh menyesal kerana tidak mendengarkan nasihat ayahnya selama ini."Ayah, maafkan aku..." ucap Angela teresak-esak.
"Kalaulah aku tak kerja kat kelab itu..."
"Sudahlah, Angel...." Pujuk Pak Lang, "...nasi sudah menjadi bubur. Ini bukan salah kamu. Ayah percayakan kamu."
Angela meraung seperti anak kecil. Hatinya sungguh kesal serta terharu. Mengapa kali ini ayahnya tidak menghukum dia? Bukankah membunuh lebih kejam dari mencuri. Dia layak dipukul hingga patah tangan seperti zaman sekolah dahulu.
"Dah lah, jangan menangis," pujuk Pak Lang sambil mengesat air mata anaknya. Diajaknya Angela naik ke pondok.
Angela mula menceritakan kejadian yang menimpanya dari banglo Datuk Wong hingga dia bertemu dengan Calvin. Termasuk mayat Jessica yang ditemuinya di banglo tersebut.
Terlopong tidak terkata Pak Lang saat mendengar kisah penuh tragedi yang dilalui anaknya. Di samping itu dia berasa lega; kerana bukan Angela yang membunuh Zhang Min. Benarlah kata Jonas, Angela tidak bersalah. Dalang sebenarnya adalah Datuk Wong.
Tiba-tiba telefon bimbit Pak Lang berbunyi. Rupanya panggilan dari Jonas.
"Ya saya," jawab Pak Lang sesekali memandang anak gadisnya yang ketakutan, "...err....se...sebenarnya...tapi, kau janji dengan uncle, jangan beritahu polis lain!...."
"Siapa?" Cepat Angela bertanya selepas talian dimatikan.
"Si Jonas. Dia dalam perjalanan kesini. Sekejap
lagi dia sampai."Angela hanya mengeluh. Baguslah Jonas kesini, tepat pada waktunya. Tetapi, dia tidak boleh berlama disini. Dia mengejar masa. Sebenarnya dia mahu meminjam hilux ayahnya untuk pergi ke rumah sewa mengambil kereta dan dompet. Itu pun kalau sempat. Rancangan dia mahu pergi dari bandar Sibu malam ini juga.
Dia tidak mahu kembali ke apartment Calvin. Lelaki itu tidak boleh dipercayai. Kalau dia tidak terjumpa foto Calvin bersama Datuk Wong tadi entah apa yang akan terjadi nanti. Dia tidak tahu niat sebenar Calvin. Entah-entah lelaki itu saudaranya Datuk Wong. Bila-bila masa Calvin akan menyerahkan dia kepada Datuk Wong. Oleh sebab itu Calvin tidak melaporkan dia kepada balai. Siapalah tahu, kan?
"Tadi Jonas cakap kau lari dari Calvin yang menyelamatkan kau..." kata Pak Lang.
Angela tersentak. Calvin sudah tahu kehilangan dia, dan mengadu kepada Jonas pula.
"Sekejap lagi diorang sampai," sambung Pak Lang lagi.
"Apa? Calvin pun ikut?" Angela hampir terpekik. Dia segera bangun, bersedia mahu angkat kaki.
"Mana kunci ayah?" Tanya Angela sambil mencari kunci kereta ayahnya yang disangkutkan di tepi dinding.
"Kau nak lari kemana pula? Kalau ya pun, tunggu Jonas sampai. Bincang dulu dengan dia. Manalah tahu Jonas ada cara membuktikan kau tak bersalah. Dia kan polis," nasihat Pak Lang.
"Masalahnya, dia datang dengan Calvin!" Pekik Angela geram. Ayahnya tak faham-faham!
"Biarlah. Bukankah Calvin yang tolong kau?" Balas Pak Lang tidak faham dengan sikap hipokrit anaknya. Tak pernah berubah dari zaman sekolah lagi.
"Tolong apa nye...dia tu orang Datuk Wong juga. Tadi aku jumpa gambar diorang bersama. Sebab tu aku lari."
"Apa?Jadi Calvin tu manfaatkan kau saja?"
Angela mengangguk.
Pak Lang mengeluh. Apalah nasib malang anaknya; ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Tanpa berlengah dia bangun dan mencapai beg sandang atas meja. Seluruh isi dompet dikeluarkan termasuk kad debit kecuali lesen dan kad pengenalan. Lalu diserahkan kepada Angela.
"Nah. Ini saja cash yang ada. Kata laluan kad Maybank dan CIMB tu masih sama. Kau bawalah hilux tu. Pergi sekarang juga, takut diorang sampai."
Angela terpinga-pinga. Pemberian ayahnya ditolak baik. Kalau dia mengambil wang ayahnya nanti ayahnya nak makan apa? Cukup saja dia meminjam sekejap hilux tersebut.
Tidak lama kemudian kelihatan dua buah kereta mewah memasuki perkarangan kebun Pak Lang. Angela dan Pak Lang terperanjat. Cepat-cepat dia menyuruh Angela menyorok di sebalik guni baja dalam pondok.
Angela menuruti perintah ayahnya. Dadanya mulai berdebar ketakutan. Kereta siapakah itu? Yang pasti bukan kereta Calvin ataupun Jonas.
Seorang demi seorang lelaki asing keluar dari perut kereta. Pak Lang baru turun dari pondok. Angela mengintai dari celah-celah dinding pondok. Dari segi perwatakan mereka; seragam hitam itu mengingatkan Angela kepada pengawal Datuk Wong. Puas dia mengamati salah seorangnya agak dikenali. Itu lelaki yang mengejarnya pada malam itu serta menikam Zhang Min dan menembak pemandu lori. Lelaki itu punya angkara tetapi dia yang dipersalahkan.
"Angelaaaa....!" Panggil Leon dari tanah.
"Aku tahu kau di dalam!" Pekiknya lagi sambil tersengih. Begitu juga pengikut yang lain.
"Maafkan pak cik, kalian ini siapa?" Sampuk Pak Lang menghadap mereka.
Leon terkekeh-kekeh ketawa menampakkan giginya yang ronggak satu. "Saya James Bond dari negara khazastan! Selamat berkenalan pak cik," usik Leon.
"Err...James Bond?" Pak Lang kurang faham. Kalau James Bond dalam tv tu dia tahulah.
Pengikut yang lain ketawa terbahak-bahak melihat orang tua itu diperbodohkan Leon. Tiba-tiba Leon menarik tangan Pak Lang dan menghunus pisau ke leher orang tua itu. Serta merta keadaan menjadi tegang.
Berderau jantung Angela melihat ayahnya ditangkap. Sepantas kilat dia berlari keluar dari pondok sebelum Leon mengancamnya.
"Haa... macam ni kan bagus! Cuba hari tu masa aku panggil kau terus datang takde lah aku tikam boyfriend kau sampai mati!" Leon mengungkit kejadian malam itu.
"Tolong, lepaskan ayah!" rayu Angela.
"Ok, aku lepaskan...." Leon menolak tubuh Pak Lang menjauh. Orang tua itu tersungkur ke tanah. Angela segera mendapatkan ayahnya.
Leon mengeluarkan pistol dari poket kiri dan mengacukan ke arah Pak Lang. Angela segera bangun dan mengepangkan tangan cuba melindungi ayahnya.
"Tolong, jangan bunuh ayah. Kau bunuh aku saja...kau nak aku, kan?" Angela merayu sambil menangis. Mungkin sudah tiba masanya maut menjemput. Dia redha.
Leon tergelak kecil. "Memang kita nak bunuh kau pun. Tapi bukan disini."
Leon memberi isyarat kepada pengikutnya supaya menangkap Angela. Kedua tangan Angela dipulas ke belakang. Giliran Pak Lang pula cuba menghalang, tetapi tidak lama. Dia dipukul dan disepak hingga tidak berdaya.
Angela meraung melihat ayahnya kesakitan. Tubuhnya dihumban ke dalam kereta. Ya Tuhan, dimana pertolonganMu waktu ini...
"Chow!!!" Pekik Leon memanggil anak buahnya yang bertaburan.
YOU ARE READING
Saksi (complete)✅
RomantizmTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Begitulah hal yang terjadi kepada Angela selepas berjaya melarikan diri dari banglo Datuk Wong. Dia dikejar pihak polis kerana dituduh membunuh kekasihnya dan diburu pengikut Datuk Wong kerana peran...