Hampir sebulan telah berpindah ke IPD Sibu, baru hari ini muka Calvin nampak berseri. Walaupun dia tidak tersenyum namun air mukanya kelihatan tenang. Apabila ada staff menyapa dia menundukkan kepala tanda hormat.
Berbeza dengan sebelum ini. Air mukanya masam mencuka sepanjang waktu. Dia juga lebih suka berpura-pura pekak apabila disapa. Perubahahan dia hari ini agak mengejutkan semua staff di balai.
"Bagus mood awak hari ni? Ada good news ke?" Usik Jonas sewaktu rehat tengah hari.
Seperti telah diduga Calvin tidak menjawab. Dia tidak berselera menjamah makanannya. Masakan Angela jauh lebih sedap dari itu. Hari ini dia tidak sempat balik ke rumah kerana bekerja di luar kawasan. Pasti Angela tertunggu kepulangannya.
"Angel apa khabar?" Tanya Jonas. Dia tidak sempat melawat Angela kerana kesibukkan kerja.
"Dia baik-baik saja," cepat Calvin menjawab.
Jonas tersengih. Kalau ditanya tentang Angela cepat pula Calvin menjawab.
"Baguslah. Harap-harap dia tak menyusahkan awak," kata Jonas lagi sambil meneruskan selera.
"Tak lah. Dia ok jer..." jawab Calvin bersahaja, "...semalam kami tengok movie."
Jonas tersentak. Hampir tersembur makanan dari mulutnya.
"Kenapa?" Tanya Calvin hairan melihat Jonas terkejut.
"Takde apa...." balas Jonas setelah menyedut minumannya, "...tapi kau kena hati-hati dengan budak tu. Nanti bankrap kau kena kikis."
Calvin tersengih. Dia pernah terkena sekali sewaktu mereka shopping di Star Mega Mall. Hampir dua ribu lebih dia melayang di kaunter membayar pakaian dan keperluan Angela yang lain. Namun dia tidak kisah pun, asalkan Angela bertahan tinggal di rumah itu.
"Angel tu, orangnya agak materialistik. Kat kampung, ramai yang mencuba nasib tapi takde sorang pun dia berkenan. Dia lebih suka lelaki bandar macam Zhang Min...ada harta, apa saja Angel minta Zhang Min turutkan. Tapi, tu lah...nasib tak menyebelahi diorang," cerita Jonas berakhir dengan kesedihan.
Calvin terdiam. Entah kenapa dia berasa cemburu kepada Zhang Min, sedangkan lelaki itu sudah tiada.
"Err...setakat mana hubungan dia dan Zhang Min?" Entah kenapa Calvin bertanya hal seperti itu. Tetapi dia ingin tahu kisah cinta Angela sebelum ini.
"Tak tahulah...Orang macam Angel tu sukar diramal. Mungkin kalau dia jumpa lelaki yang lebih kaya dari Zhang Min, dia pergi dengan yang itu. Hmm...biasalah, darah muda katakan...." keluh Jonas, malas sebenarnya mengungkit hal Angela. Lebih banyak hal buruk dari hal baik.
Calvin diam lagi sambil bermain dengan staw minuman. Kelihatan sedang memikirkan sesuatu.
"Kenapa awak tanya hal Angel? Awak dah tersuka dia?" Tanya Jonas tanpa berlapik, sambil tersengih.
Serta merta air muka Calvin berubah merah. Cepat-cepat dia menggeleng.
"Ye ke ni?" Jonas semakin galak mengusik, "...jarang lelaki tak jatuh cinta dengan dia. Saya harap awak tak termasuk...hehehe..."
Calvin tertelan liur sendiri. Apakah Jonas dapat membaca fikirannya? Bagaimana Jonas tahu dia menyukai Angela?
"Kalau ya, apa salahnya?" balas Calvin selamba. Dia mulai berkemas hendak pergi. Handphone
dan kunci kereta atas meja dicapainya."Jadi, benarlah kau suka si Angel?" Sorak Jonas ikut bangun.
Calvin malas menjawab. Dia berlalu begitu saja. Jonas terkocoh-kocoh mengekori Calvin.
YOU ARE READING
Saksi (complete)✅
RomanceTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Begitulah hal yang terjadi kepada Angela selepas berjaya melarikan diri dari banglo Datuk Wong. Dia dikejar pihak polis kerana dituduh membunuh kekasihnya dan diburu pengikut Datuk Wong kerana peran...