Bab 11

33 3 2
                                    

"Benar, Tuan. Itu pengakuan Zhang Li sendiri," jelas Jonas.

"Jadi, kau pasti Angela tak bersalah?" Soal Robert sambil menaip sesuatu di laptop tanpa memandang Jonas.

Jonas serba salah.

"Err...kemungkinan tak bersalah tu kira 70 persen...mungkin saja dia menjadi mangsa keadaan."

Jonas bersungguh-sungguh menyakinkan Robert bahawa Angela tidak bersalah. Silap dia kerana terlupa merakam perbualan dengan Zhang Li. Tidak mustahil kalau Robert sukar mempercayainya tanpa bukti.

"Kah kah kahhh..." Robert tergelak sendiri, "....kau ni, mana pergi 30 persen lagi?"

"Err..."

Jonas buntu.

Kebetulan pada masa itu Calvin berada di luar pejabat Robert; sedang memasang telinga tentang perbualan di dalam. Sebenarnya dia dalam perjalanan hendak menyerahkan laporan kepada Robert. Sekali dia terdengar nama Angela sedang dibangkitkan, automatik langkahnya terhenti di luar pintu.

"Jonas..." Robert berhenti menaip dan memandang muka Jonas serius, "...aku tahu Angela tu sepupu kau, bapak korang adik beradik, kan? Tapi, kau harus ingat undang-undang tidak memihak sesiapa. Kalau kau sayangkan pekerjaan kau, buatlah kerja seperti yang diarahkan."

Jonas masih tidak puas hati. Nampaknya Robert enggan memberikan kerjasama, malah cuba mengugutnya pula.

"Tapi, tuan. Bukankah itu tak adil. Apa salahnya kita memanggil Datuk Wong sebagai saksi dan menyoalnya beberapa soalan? Lagipun Angela pergi ke rumahnya malam itu..."

"Cukupppp!" Pekik Robert dengan mata membulat.

Jonas tersentak. Tidak sangka Robert menjadi marah. Dia hanya menyuarakan pendapat sahaja. Perlahan dia bangun mengundur diri. Dalam hatinya memaki; 'ingat aku tak tahu engkau tu tali barut Datuk Wong...'

Sewaktu keluar dia berpampasan dengan Calvin di muka pintu. Hatinya mulai cuak. Jangan- jangan si drakula memang berada di luar bilik mendengarkan perbualannya dengan Robert tadi. Sekarang giliran dia pula menghendap perbualan Calvin dan Robert.

Raut wajah Robert berubah cerah saat melihat Calvin muncul. Dia segera berdiri menyambut kedatangan Calvin sambil tersengih, padahal tadi baru lepas marah.

Di luar bilik, Jonas mencebik melihat sandiwara ketuanya. Semua orang tahu alasan Robert mengampu Calvin, sedangkan Calvin lebih rendah pangkatnya dari Robert. Hanya kerana bapa Calvin timbalan pesuruhjaya polis. Kalaulah Calvin bukan sesiapa atau sama tarafnya dengan staff yang lain, entah apa yang akan dilakukan oleh Robert dengan perangai Calvin yang dingin itu.

"Er.. Calvin? Ada apa boleh saya bantu?" Tegur Robert memaniskan muka.

Namun senyuman Robert tidak pernah berbalas, termasuk hari ini juga. Malah Calvin memandangnya tajam seolah ingin menerkam.

"Awak kata undang-undang tidak memihak sesiapa," kata Calvin tenang.

"Err...maksud awak?" Robert cuba berdalih. Rupanya Calvin mendengar perbualan dia dan Jonas sebentar tadi.

"Jangan berpura-pura. Saya tahu Datuk Wong terlibat dalam kes ni. Beritahu dia, sama ada dia datang sebagai saksi atau suspek. Jika dia memilih sebagai suspek, keluarkan waran tangkap."

Robert tercengang. Sebuah fail mendarat di atas meja. Calvin berlalu begitu saja.

"Tapi, Calvin...." panggil Robert, serba salah.

Calvin berhenti melangkah.

"Bu...bukan awak yang incharhge kes ini..." kata Robert takut-takut.

"Kalau begitu, serahkan kes ini kepada saya," selesai berkata Calvin berlalu melepasi pintu.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now