Bab 18

24 3 0
                                    

Angela memakai pakaian yang dibeli di Star Mega Mall tempoh hari. Sehelai jaket cropped dipadan dengan jeans. Nampak simple dan elegan.

Dia bergaya di hadapan cermin. Begini sahaja tanpa alat make-up pun ramai yang cakap dia cantik. Kata ayah, dia mewarisi kecantikan mendiang nenek sebelah ibu mereka. Dulu neneknya digelar 'kumang gawai' selama lima tahun berturut di seluruh negeri Sarawak dan pernah sekali dinobatkan sebagai miss universe. Semoga dia kelak mewarisi zaman kegemilangan neneknya. Angela tersengih sendiri mengenangkan masa depannya yang suram.

Setelah memastikan keadaannya sempurna, Angela keluar dari bilik. Calvin telah siap dan menunggu di ruang tamu. Dia agak terkejut melihat penampilan Angela yang agak seksi di bahagian perut, disebabkan jaket agak singkat. Sebenarnya bukan masalah seksi, tetapi dia mahu mengajak gadis itu menonton wayang. Risau kalau Angela kesejukkan nanti.

"Kenapa?" Soal Angela kehairanan.

"Err...tak ada apa," jawab Calvin serba salah.

"Sebenarnya kita nak pergi tengok movie."

"Movie?" Raut wajah Angela berubah cerah.

"Yahooo!!" Angela bersorak sambil terlompat-lompat seperti kera kena belacan.

"I like a movie, movie..." Angela menyanyi sambil menari. Dia berlalu ke biliknya semula. Ada sesuatu yang tertinggal. Dia baru teringat tentang IC Diana Lau. Hampir-hampir dia terlupa. Ic itu diselitkan di poket seluar bersama beberapa keping wang kertas. Kalau ada dompet dan beg tangan, bukankah lagi senang, fikirnya.

Calvin di luar yang sejak tadi jadi penonton, tergelak sendiri. Geli hatinya melihat telatah Angela seperti kanak-kanak riang. Hatinya sungguh terhibur melihat aksi lincah gadis itu.

Angela muncul semula. Calvin berhenti ketawa dan cuba meneutralkan air muka kembali serius. Dia berdehem beberapa kali cuba 'cover line'.

"Awak gelak tadi, kan?" Tanya Angela sambil tersengih. Benar, dia melihat Calvin ketawa sendiri. Entah apa yang lawak. Pasti lelaki itu mentertawakan tariannya. Ah, lantaklah! Yang penting Calvin tersenyum.

"Mana ada. Tak lah," Calvin cuba menafikan sambil menutup mulutnya.

"Tipu. Awak gelakkan saya betul tak?" usik Angela lagi sambil tangannya merayap ke perut lelaki itu, lalu digeleteknya perut itu membuatkan Calvin tergelak kegelian.

Angela terkekeh-kekeh ketawa, begitu juga Calvin. Entah kenapa ia begitu lawak. Keduanya sama bergelak tawa.

"Tu lah jangan gelakkan orang...heheheh," Tawa Angela masih bersisa.

"Nak lagi?" Angela cuba mengacah perut Calvin.

"Jangan, jangan..." Calvin menepis tangan Angela, "...awak tak tahan kalau saya balas nanti."

"Eleh...cubalah!" Perli Angela, tangannya singgah di perut Calvin semula.

Lelaki itu melarikan diri sebelum kena geletek. "Ok, ok...dah! Saya menyerah!" Calvin mengangkat tangan mohon berhenti. Dia tidak biasa bermain seperti budak-budak, mungkin ini yang pertama kali baginya. Lagipun ini bertentangan dengan perwatakan dia, tetapi ia agak menyeronokkan.

"Senyum macam ni kan comel," puji Angela sambil tersenyum manis.

Calvin malu sendiri. Dia menundukkan muka tidak berani bertentangan dengan Angela. Entah kenapa hatinya berbunga saat melihat senyuman itu.

"Jom lah. Nanti kita lambat," ajak Calvin.

"Ok, jom!" Angela bersorak lalu merangkul lengan kiri Calvin.

Malam itu mereka menonton wayang di King's Trioplex yang terletak di tengah kota. Dulu Angela pernah menonton disitu bersama rakannya.

Bagi Calvin yang baru berpindah ke bandar Sibu, ianya merupakan kali pertama. Di KL pun dia jarang menonton wayang. Kurang berminat sebenarnya. Kalau ada masa terluang dia lebih suka melakukan aktivi lasak seperti berlatih menembak atau seni bela diri.

Mereka menonton filem bergenre action judul Sacra lakonan Donnie Yen. Mujur orang tidak berapa ramai dalam panggung. Untuk langkah berjaga-jaga Angela memakai topi dan face mask sepanjang masa.

Sewaktu di panggung, tiba-tiba Angela memeluk lengan Calvin secara spontan sambil berbisik; "Uittt...sejuknya..." Calvin hampir tergelak. Siapa suruh Angela memakai jaket pendek seperti itu.

"Awak senyum lagi..." bisik Angela sambil mencuit dagu Calvin.

Kali ini Calvin tersentak. Dia malu sendiri sebaik menyedari gadis itu memandangnya dari tadi. "Syhhhh...diam boleh tak?" bisik Calvin memberi isyarat diam. Dia tidak dapat fokus kepada wayang di hadapan.

Angela tersengih. Entah kenapa hari ini dia berasa sangat gembira. Dia berjaya membuat Calvin tersenyum. Dia juga berasa semakin serasi bersama lelaki itu.

"Sejuk..." bisik Angela lagi setelah diam berminit. Tangan kanan Calvin digenggamnya erat-erat.

Calvin mulai berdebar lagi. Namun dia senang diperlakukan seperti itu. Perlahan dia membalas genggaman Angela.

"Jom kita keluar..." bisik Angela. Dia saja menguji Calvin.

Lelaki itu agak terkejut. "Balik ke?" Balas Calvin. Kalau balik sekarang dia agak keberatan. Dia masih betah duduk berhimpitan seperti ini.

"Tak apalah kalau awak tak nak. Kita tunggu sampai habis jer lah," balas Angela sebaik menyedari air muka Calvin agak keruh.

"Tahu pun, next time jangan tengok movie lagi. Membazir," bebel Calvin.

"Awak marah?" Angela mendongakkan kepala memandang Calvin.

Calvin menggeleng. Angela tersengih. Dia lalu merapatkan lagi tubuhnya kepada lelaki itu. Lalu melentokkan kepala di bahu Calvin.

Sekali lagi Calvin tersenyum seorang diri. Apakah ini nikmatnya jatuh cinta? Sepanjang hidupnya tidak pernah dia berasa bahagia seperti sekarang.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now