"Laju lagi boleh tak!" Desak Angela tidak keruan di sebelah pemandu. Sesekali dia menoleh ke belakang risau jika mereka diekori. Lagaknya tidak ubah seperti cacing kepanasan.
"Cepat! Cepat! Kita mesti keluar dari kawasan ni. Depan sana kawasan bandar. Kita sembunyi kat sana," cadang Angela. Sekarang mereka sedang melalui kawasan hutan. Tiada satu pun kereta yang lalu lalang kecuali kereta mereka.
"Call polislah..." cadang Zhang Min yang sedang fokus memandu. "Lu cousin polis, kan?"
"Ha,ah! yalah....Ya Tuhanku, kenapalah aku bodoh sangat tak terfikir kesitu," Angela mengetuk kepala sendiri.
Handphone dalam bra dikeluarkan sekali lagi. Nama Jonas segera dicari. Kalau keadaan tidak darurat begini dia tidak akan sesekali mencari Jonas kerana dia benci dengan lelaki itu yang sibuk menegurnya bekerja di kelab malam. Jonas sama sahaja seperti ayahnya.
Tut tut tut....
Hampa. Operator yang menjawab. Angela memanggil lagi. Dalam hatinya memaki Jonas. Pasti lelaki itu masih bermimpi di waktu begini.
Peeetttttt!! Peeeetttttt!!!
Hon dari belakang mengejutkan mereka. Angela segera menoleh. Dia tidak jadi menelefon Jonas semula sebaik ternampak kelibat kereta berwarna hitam berada tepat di belakang. Dia pasti sekali itu kereta lelaki yang bersamanya keluar dari banglo Datuk Wong.
"Ahmin cepat! Itu kereta dia!"
"Okay! okay! I tahu...." Zhang Min cuba bertenang. Pedal minyak dipijak hingga jarum meter mencecah angka 160 km/h. Mujur jalan raya lurus dan lenggang di waktu subuh. Seketika, kereta hitam ketinggalan jauh di belakang.
Namun tidak lama, beberapa minit kemudian Leon dapat mengejar kereta Zhang Min. Leon membunyikan hon berkali-kali dan sesekali melanggar bontot kereta Zhang Min agar menyerah.
Namun Zhang Min berdegil tidak mahu mengalah. Dia bukanlah kaki drift tetapi jika situasi darurat begini sesiapa sahaja boleh menjadi Micheal Schumacher, termasuk dirinya.
Ketika hendak sampai di persimpangan bandar, di satu sekeloh, sebuah lori baru keluar dan Zhang Min tidak sempat membrek. Begitu juga dengan si Leon. Kereta yang dipandu Zhang Min terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebuah pokok besar.
Leon juga tidak bernasib baik, dia terbabas ke seberang jalan dan keretanya terbalik ke atas. Sementara lori yang cuba dielakkan oleh mereka langsung tidak terjadi apa-apa.
Kereta yang dipandu Zhang Min hancur remuk di bahagian depan. Sementara Zhang Min pengsan tidak sedarkan diri dengan kepala yang berlumuran darah akibat terhantuk pada stereng kereta.
Angela pula baik-baik saja di tempatnya. Cuma kepala dia terhantuk sedikit pada dashboard kereta. Dia cuba menggoncang tubuh Zhang Min yang sedang terkulai layu. Pada masa yang sama dia ternampak kelibat pemandu lori sedang berjalan menuju ke arah kereta mereka.
Namun sesaat kemudian bersaksikan cahaya lampu jalan dan suasana pagi yang agak terang; pemandu lori tiba-tiba tersungkur menyembah bumi. Angela terkesima.
Nun, dari sudut kiri arah kereta yang terbalik di seberang jalan, kelihatan Leon baru lepas mengacukan pistol ke arah pemandu lori. Kini dia sedang menghala ke arah kereta mereka.
"Ahmin! bangun! Ahminnn! bangunlah Ahmin...tolonglah..." Angela masih tidak putus asa cuba mengejutkan Zhang Min. Digoncang, ditamparnya muka Zhang Min namun hampa. Zhang Min masih kaku tidak sedarkan diri.
Manakala Leon semakin mendekat bersama pistol di tangan. Angela tiada pilihan lain. Kelam kabut dia keluar dari kereta dan mencari tempat persembunyian di sekitar situ. Mujurlah tidak jauh dari situ terdapat kawasan perumahan. Angela berlari selaju mungkin menuju ke arah kawasan perumahan teres tersebut tanpa berani menoleh ke belakang.
Ketakutan memaksa dia meninggalkan Zhang Min dalam kereta. Dia berharap Zhang Min baik-baik saja, kerana bukan Zhang Min target mereka tetapi dia. Dia yang diburu oleh penyangak itu, jadi dia pasti Zhang Min tidak di apa-apakan.
Tetapi, bagaimana nasib pemandu lori yang ditembak tadi? Apakah Zhang Min akan menerima nasib yang sama? Tidak pula dia terdengar sebarang das tembakan atau.....
Tiba-tiba, sampai di satu selekoh Angela terlanggar sesuatu dan tubuhnya melayang jatuh menyembah tanah. Keasyikan berlari sambil berfikir telah menjadikan dia kurang peka pada keadaan sekeliling. Dia tersedar saat merasa kesakitan terhempas atas tanah.
Rupa-rupanya dia terlanggar seseorang; dan lelaki itu sedang menolongnya bangun.
Paanggggg!!!
Bunyi das tembakan mengejutkan mereka. Keduanya kelam kabut mencari tempat persembunyian. Dalam jarak seratus meter, kelihatan seorang lelaki sedang terhendap-hendap bersama pistol di tangan.
Leon kehairanan. Kemana pergi kelibat yang dilihatnya tadi. Suasana di sekelilingnya sunyi sepi. Tiada Angela atau sesiapa pun.
Dushhhh!!
Leon jatuh tersungkur diserang dari sudut kiri. Pistol di tangannya terpelanting. Seorang lelaki berpakaian sukan muncul lalu menerkam ke arahnya. Mujur Leon pantas mengelak dan bangkit berdiri.
Mereka beradu tenaga sambil disaksikan oleh Angela yang bersembunyi di sebalik tong sampah berdekatan. Angela sedang berkira-kira ingin lari atau terus menonton disitu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Saksi (complete)✅
RomanceTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Begitulah hal yang terjadi kepada Angela selepas berjaya melarikan diri dari banglo Datuk Wong. Dia dikejar pihak polis kerana dituduh membunuh kekasihnya dan diburu pengikut Datuk Wong kerana peran...