Bab 20

33 3 0
                                    

Angela menunggu dan terus menunggu hingga jam sebelas malam, namun Calvin tidak kunjung tiba. Tiada cara dia menghubungi lelaki itu. Puas dia menggeledah mencari nombor telefon Calvin namun tidak ketemu. Bodoh dia sendiri tidak menyimpan nombor lelaki itu. Walaupun tiada handphone atau telefon rumah, dia boleh menelefon menggunakan telefon awam.

Ingin menghubungi Jonas pun dia tidak ada nombor sepupunya itu. Dia berkira jika Calvin tidak muncul selepas jam dua belas tengah malam, dia akan ke rumah Jonas. Harap-harap ada teksi di tengah malam buta.

Fikiran Angela masih terarah kepada Calvin. Sepanjang hari ini Calvin tidak ada pulang ke rumah. Mungkin Calvin ada kerja yang mustahak. Dia berharap lelaki itu baik-baik saja. Dia cuma risaukan keselamatan Calvin walaupun dia tahu Calvin seorang superhero. Tetapi superhero pun boleh dikalahkan oleh maut dan ajal.

Jam sebelas setengah Angela mengambil keputusan menunggu di bawah apartment. Manalah tahu kalau Calvin terus tiada dia akan mencari teksi pergi ke rumah Jonas. Bukankah bagus kalau kecemasan begini dia ada kereta atau pun handphone sendiri.

Sebelum turun Angela menukar pakaiannya dengan hoodie dan seluar slack. Tidak lupa topi dan face mask untuk keselamatan. Begitu juga dompet tempatnya menyimpan IC dan wang. Kini dia mempunyai dompet baru, yang dibelinya semasa keluar shopping barang dapur.

Di bawah apartment, dia menunggu tidak jauh dari lif. Fikirnya dari situ dia senang memantau keadaan sekeliling. Suasana malam itu agak dingin walaupun dia memakai hoodie. Selain dia, ada juga beberapa orang anak muda sebaya dia  bersidai di kaki lima kedai.

Puas berdiri dan mencangkung beberapa kali hingga kepenatan dia ternampak sebuah kereta mewah berwarna merah hati sedang berlegar mencari parking kosong.

Hatinya mulai berbunga riang. 'Itu dia si Drakula,' soraknya dalam hati. Tahulah nanti dia akan menghukum Calvin kerana lambat pulang dan membuatnya risau.

Ditunggunya penuh sabar kereta itu berhenti. Apabila kereta itu berhenti di sebuah petak kosong, dia lalu menyerbu kesana. Ditamparnya berkali-kali bontot kereta mewah itu tanpa melihat logo dan nombor flat kereta.

Sesaat kemudian, tuan kereta keluar. Angela terperanjat beruk. Ingatkan Calvin rupanya seorang perempuan! Tetapi ini kereta Calvin, mengapa perempuan ini yang memandunya?

"Excuse me, siapa Calvin?"'Herdik perempuan itu, apabila Angela bertanyakan mana Calvin.

"Err.. Calvin tu..." Angela menggaru kepala tak gatal, buntu menentukan siapa Calvin dalam hidupnya.

"Nonsense," perli perempuan itu, "...kau dah salah oranglah. Saya tak kenal pun siapa Calvin. Ini kereta saya, bukan kereta Calvin."

Perempuan itu berlalu meninggalkan Angela. Tinggal Angela yang terpinga-pinga. Bermakna dia salah kereta? Terkocoh-kocoh dia memeriksa nombor flat kereta. QTP 8. Nombor flat yang agak pelik tetapi tak hairan pun, kebanyakan kereta mewah memang begitu.

Tetapi nombor flat kereta Calvin berapa ya? Dia terlupa kerana tak pernah ambil tahu. Alahaaiii!!! Angela mengetuk kepalanya sendiri. Bertapa bodohnya dia hari ini sampai tersilap kereta orang. Saat itu dia tersedar yang logo kereta itu bukan model Ferrari, tetapi model Peugeot!

Angela seakan ingin menjerit. Kenapa bentuk dan warnanya hampir sama? Bodoh! Angela memaki diri sendiri sambil beredar dari situ. Gara-gara risaukan Calvin, dia sampai tersilap kereta. Buat malu sahaja.

"Angela?"

Tiba-tiba namanya dipanggil dari belakang. Apabila dia menoleh seorang lelaki memakai jaket logo PDRM sedang memandangnya pelik. Angela terlopong tidak mampu bersuara.

Calvin menanggalkan topi Angela, saja memastikan betul atau tidak. Kerana face mask yang menutupi separuh muka agak sukar mengenali orang itu.

"Betullah, awak kan?"

Angela segera merampas topinya dan memakainya semula. Tanpa berkata apa dia berlalu meninggalkan Calvin.

"Oi, awak buat apa keluar malam begini?" Soal Calvin di belakang.

Angela tidak menjawab. Malah mempercepatkan langkah menuju ke arah lif. Sebenarnya dia protes pada dirinya sendiri. Jangan-jangan Calvin ada ternampak adegan memalukan tadi. Pasti lelaki itu akan mengejeknya.

"Kenapa tak jawab?" Soal Calvin lagi ketika berada dalam lif.

Angela memalingkan muka ke arah lain. Dari cara mengelak, Calvin tahu gadis itu sedang merajuk. Entah apalah penyebabnya. Dan kenapa Angela berada di bawah waktu begini. Tidak mungkin Angela ingin melarikan diri lagi. Atau mungkin Angela bertemu dengan seseorang. Pelbagai persoalan mengasak dalam kepala Calvin.

"Tak apalah kalau tak nak cakap. Kalau terjadi apa-apa jangan cari saya," kata Calvin sebaik mereka sampai di rumah.

Angela serba salah. Macam mana kalau betul-betul terjadi sesuatu?

"Awak!" Panggil Angela,"....kenapa lambat?"

Calvin tidak jadi masuk ke bilik, dan memandang Angela yang masih tercegat di tepi pintu.

"Ada hal sikit. Sorry...." jawab Calvin lembut.

"Awak tahu tak saya risau setengah mati!" Pekik Angela dan meluru ke biliknya.

Calvin tersentap. Jadi, ini punca Angela merajuk kepadanya. Hanya kerana dia balik lambat. Itu pun nak dijadikan isu. Tak fahamlah dengan orang perempuan ni...

Selepas balik dari rumah Datuk Wong dia singgah di pusat latihan tea kwan do, melepaskan kemarahan dia disitu. Sekarang keadaan emosi dia lebih baik dari sebelum. Melihat wajah cantik Angela dah cukup mendamaikan hatinya.

Calvin keluar dari bilik selepas mandi. Angela di dapur sedang memasak sesuatu. Bau yang sedap jelas mencucuk ke rongga hidung menyebabkan perutnya mulai berasa lapar.

"Masak apa tengah malam macam ni?" Tegur Calvin dari belakang sambil menjengah ke arah dapur gas.

"Tak lah, saya saja panaskan lauk. Manalah tau awak belum makan," balas Angela tanpa peduli Calvin di belakangnya.

Calvin tersenyum senang hati. Tahu-tahu saja perutnya sedang kebulur. Dia segera menduduki meja makan. Satu hari dia tidak merasa masakan Angela membuatkan dia rindu.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now