Bab 24

28 3 0
                                    

Angela sedang menyidai selimut dan cadar di luar beranda ketika Calvin masuk ke dalam rumah. Cuaca hari ini agak cerah, tahu-tahu saja dia banyak jemuran. Calvin segera menapak ke arah Angela yang berada di beranda.

"Kenapa tak cuci dan keringkan saja kat dobi?" Soal Calvin, risau kalau Angela kepenatan.

"Buat apa? Mesin basuh kan ada..." balas gadis itu selamba.

Calvin mencebik. Apabila terpandangkan cadar yang tersidai di luar, automatik dia teringat satu hal. Barangkali cadar dan selimut Angela kotor disebabkan air mani dia semalam. Dia malu sendiri mengenangkan adegan tersebut.

"Tak cakap pun balik lunch time," kata Angela sebaik selesai tugasnya.

Calvin tersengih sambil memeluk Angela dari belakang. "I miss you..." ucapnya tanpa malu-malu.

Angela tergelak kecil. Dibiarkan lelaki itu memeluk tubuhnya. Dia pun rindukan sentuhan Calvin. Adegan malam tadi tidak berhenti membayanginya dari pagi. Hatinya bersorak sebaik melihat Calvin balik tengah hari.

"Awak dah makan?" Tanya Angela selepas berminit.

Calvin menggeleng. Angela sudah agak. Lalu diajaknya lelaki itu ke dapur. Sewaktu menjamu selera Calvin memberitahu rancangannya mengambi cuti separuh hari. Mendengarkan perkataan shopping Angela lalu bersorak. Cepat-cepat dia menghabiskan makanannya kerana mahu bersiap.

Calvin sudah mengagak, Angela pasti gembira. Dia faham situasi gadis itu yang terperap dalam rumah seharian, pasti membosankan. Angela meninggalkan dia seminit kemudian.

Tahu-tahu saja dia berseorangan di meja makan, handphone dalam poketnya berbunyi sekali lagi. Harap-harap bukan ayahnya yang menelefon kali ini. Orang tua itu menelefonnya sejak matahari terbit lagi, tetapi tidak dijawabnya walau sekali pun. Buat apa dijawab sedangkan dia tahu topik yang akan dibangkitkan oleh ayahnya. Pasti Datuk Wong sudah melapor kepada Victor tentang hal semalam.

Handphone dikeluarkan. Tertera 'Joyce calling'. Calvin mengeluh. Ingatkan panggilan kecemasan dari balai. Pagi tadi Joyce yang kini sedang berada di negara China telah menghantar mesej kepadanya melalui aplikasi whatsaap, tetapi tidak dibalasnya hingga sekarang.

Begitu juga sekarang, hatinya antara dua mahu menjawab panggilan Joyce atau membiarkan sahaja.

"Why so late to pick up the phone? Are you working?" Bebel Joyce di hujung sana.

Calvin mengeluh sekali lagi. Malas sebenarnya melayan Joyce yang cerewet dalam semua pekara. Lambat jawab panggilan pun Joyce marah-marah.

"Today I work half day. Ada kerja sikit nak settle," balas Calvin sambil bangun menuju ke biliknya. Makanan yang bersisa ditinggalkan begitu saja. Sebelum Angela keluar secara mengejut baik dia berambus awal.

"I don't care what kind of work it is. I called you because I want an explanation from you!" Pekik Joyce di hujung sana, menandakan gadis itu sedang marah. "You know...yesterday papa telling me that you wants to break off our engagement! Are you serious?"

"Do you think I'm kidding?" sahut Calvin mulai panas, "...did you ask your father why I broke off the engagement?"

"What do you mean? Did you two fight? Please, I don't understand,"

"Go ask your father.... Anyway, our engagement is over. You also know that I never loved you. Plus, we don't get along, and you know it. I don't want to waste time on useless relationships, ok." Calvin mengakhiri perbualan.

"Calvin, wait...wait..." suara Joyce kedengaran cemas, "...we can discuss this well. Pleaseee..."

Calvin sudah agak, sebab itu dia malas melayan panggilan Joyce. Perempuan itu tidak akan berhenti merayu jika dia berlama melayan Joyce. Apabila Joyce gagal merayu, gadis itu akan meradang. Dan selepas itu Joyce akan mengadu kepada bapanya, meminta pertolongan orang tua itu.

"Calvin, don't make hasty decisions. You know...I'm still love you, ok,"rayu Joyce lagi.

"I'm really sorry, Joyce. I can't."

"Calvin, pleaseeee..."

Tuttt...tutttt....

Calvin memadamkan talian. Malas dia melayan rayuan Joyce yang bukan siapa-siapa baginya. Dia tidak pernah menyimpan perasaan terhadap wanita itu. Karakter Joyce jauh bertentangan dengan gadis idamannya. Dia sukakan perempuan yang pandai mengambil hati orang lain, ada tarikan dan peramah. Dia tidak memilih kecantikan, cukuplah sekadar sedap mata memandang. Namun jika si dia kebetulan cantik, memiliki badan persis modeling, atau rajin dan pandai memasak seperti Angela; ia adalah bonus baginya.

Joyce pula; seorang yang panas baran, suka meradang, marah-marah, suka memaksa... dan banyak lagi keburukan Joyce yang tidak disukainya. Calvin pun sedar dirinya bukan orang baik, dan kurang lebih seperti Joyce, cuma dia tidak menunjukkan sikap sebenar. Dia lebih suka berdiam diri, bercakap bila perlu, dan agak cerewet dalam beberapa pekara. Sering kali dia dan Joyce berselisih faham dan bergaduh itu sudah satu kemestian.

Calvin penat dengan sandiwara ini semua. Sampai bila dia harus bertahan? Bagaimana kalau sudah berkahwin nanti? Tapi memang niat asal dia pada hari pertama menyarungkan cincin, suatu hari nanti dia akan memutuskan pertunangan ini. Dia bersetuju bertunang dengan Joyce hanya kerana syarat ayahnya menolong dia kembali ke tanah air sendiri. Namun, setelah dia mengetahui Victor terlibat dengan jenayah Datuk Wong, dia mulai ingkar sejak itu.

Tok tok tok...

Lamunan dia mati dikejutkan oleh ketukan pintu biliknya. Sesaat kemudian, daun pintu ditolak dari luar. Muncul Angela di muka pintu sambil tersenyum.

"Awak dah siap? Saya dah..." kata Angela girang.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now