Bab 33

36 3 1
                                    

Nampaknya keadaan tidak berapa berjalan lancar bagi Calvin. Pada mulanya Pak Lang agak keberatan kerana Angela masih sangat muda untuk berkahwin. Anak gadisnya itu baru mencecah umur 20 tahun yang pastinya masih mentah menguruskan hal rumah tangga. Lagi pula, mereka orang kampung yang miskin sementara Calvin pula pastinya dari keluarga yang berada.

Kemudian Jonas masuk campur untuk menyakinkan Pak Lang. Angela juga turut mendesak ayahnya. Hanya Calvin yang berdiam diri menunggu keputusan. Puas didesak, akhirnya Pak Lang bersetuju dengan syarat Calvin tidak akan sesekali mengabaikan Angela.

"Ayah harap.. kau jagalah Angel sebaiknya. Dia tu masih mentah menguruskan hal rumah tangga," ucap Pak Lang dengan linangan air mata. "Angel juga degil orangnya dan kuat merajuk pula tu... Ayah harap kau banyakkan bersabar melayan dia. Kalau dia buat silap, kau tegurlah dia baik-baik."

Calvin hanya mengangguk. Sudah pasti dia tidak akan mempersia-siakan gadis yang dicintainya. Jika dia melanggar janji, Pak Lang berhak membunuh dia.

Sebenarnya Pak Lang sedih mahu melepaskan anak tunggalnya ke tangan orang lain. Namun apakan dia, masanya sudah tiba. Lagi pula, Calvin bukannya lelaki sebarangan seperti pemuda di kampung mereka yang kebanyakan tiada masa depan. Menurut Jonas, Calvin seorang Inspektor polis dan ayahnya timbalan persuruhjaya polis yang kini sedang dalam siasatan.

Sungguh pun begitu, Pak Lang mempercayai Calvin boleh menjaga Angela sebaiknya kerana dia tahu lelaki itu sangat cintakan Angela. Kalau bukan kerana cinta, masakan Calvin sanggup bersusah payah membantu Angela selama ini.

"Angel," Pak Lang beralih kepada anaknya, "...kau jangan degil seperti dulu. Orang berkahwin bukan sehari dua. Jangan pula kau seperti Bangi yang berkahwin berapa kali..."

"Ayahhh!"'Angela memotong. Ada pula ayahnya menyamakan dia seperti Bangi yang terkenal berkahwin banyak kali di kampung mereka.

"Orang tak samalah macam Bangi... Ayah jangan nak tuduh-tuduh orang!"

Jonas terkekeh-kekeh ketawa. Pak Lang hanya tersengih kecil. Calvin masih mengekalkan muka serius. Entah apa yang lucunya dia tidak faham. Yang pasti dia mahu beredar secepat mungkin dari situ.

Angela sedar raut wajah Calvin yang masam sedari tadi. Perlahan tangan lelaki itu disentuhnya lembut sambil berbisik; "Senyumlah sikit....kan ayah dah setuju..."

Mendengarkan itu, perlahan bibir Calvin menguntum senyum, namun hambar.

"Macam itulah... kan comel..." bisik Angela nakal sambil mencubit mesra punggung Calvin.

Calvin tersengih kegelian. Pak Lang dan Jonas pun turut ketawa. Suasana dalam pondok buruk berubah ceria.

Tamat.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now