Bab 26

29 3 0
                                    

Leon mendongakan kepala ke atas. Entah mana satu tingkat tigas belas. Berapa tingkat semuanya pun dia tidak pasti. Yang pasti Angela berada di rumah lelaki Ferrari itu.

Hari ini dia mencuba nasib lagi naik kesana. Semalam dia hanya mengesahkan keberadaan Angela. Penemuan ini belum diberitahunya kepada sesiapa. Dia takut kalau misinya gagal lagi, orang tua itu akan membunuhnya.

Suasana apartment agak sunyi di waktu petang. Leon sudah berkeliling di kawasan parking memastikan Ferrari Purosangue merah tiada berhampiran, bermakna lelaki itu tiada di rumah.

***

Di ruang tamu Angela minum petang sambil bermain handphone. Semalam Calvin telah membelikan handphone baru untuknya menelefon lelaki itu jika ada kecemasan. Handphone dan sim kad didaftarkan atas nama Calvin.

Jadi sejak Angela dah ada handphone sendiri mereka tidak berhenti berbalas pesanan dalam aplikasi whatssap. Calvin juga melarang Angela menelefon Pak Lang mahu pun Jonas, atau saudara mara yang lain. Angela akur, lagi pun untuk keselamatan dia sendiri.

Tengah hari Calvin tidak balik kerana ada kerja di luar kawasan. Angela makan tengah hari sendirian. Selepas kekenyangan dia tertidur hingga jam empat petang. Alamatnya malam nanti dia jadi pungguk sebab terlebih tidur waktu siang....

Tinggg Tonggg...

Lamunan Angela dikejutkan oleh bunyi loceng di luar rumah. Dadanya mulai berdebar. Yang pasti bukan Calvin kerana lelaki itu tidak pernah membunyikan loceng.

Tinggg tongggg...

Loceng di luar terus memekak. Perlahan dia bangun mahu mengintai melalui lubang kecil di pintu. Entah siapakah di luar itu? Mungkin Jonas atau sesiapa saja. Sejak dia menumpang disini tidak pernah ada orang luar membunyikan loceng itu.

Angela cuba mengintai dari lubang pintu. Kelihatan seorang lelaki bersut hitam sedang terpacak menunggu di luar. Angela cuba mengamati lagi raut wajah lelaki itu. Ianya seperti tidak asing baginya. Sut hitam dan gaya rambut trojan itu mengingatkan dia kepada pengikut Datuk Wong yang mengejarnya.

Ya, itu dia orannya!! Angela tidak silap lagi. Dadanya semakin berdebar kencang. Segera dia berlari mencapai handphone di atas sofa. Nombor Calvin segera dihubungi. Mujurlah lelaki itu segera menjawab.

"Calvin, Calvin! Tolong saya..." tanpa berhello-hello, dia terus ke intinya, "Lelaki itu ada kat luar rumah! Cepat!"

"Apa? Lelaki mana?" Tanya Calvin dalam talian.

"Lelaki itu...orang Datuk Wong...lelaki yang membunuh Zhang Min. Yang kejar saya hingga ke kebun ayah hari tu, dia lah tu..."

"Ok-ok...saya datang sekarang. Awak jangan sesekali buka pintu. Saya akan call security supaya datang kesana sekarang."

Talian dimatikan. Angela berlari ke kamar, bersembunyi disana. Pintu bilik dikuncinya dari dalam. Tubuhnya menggeletar ketakutan sambil berdoa kepada Tuhan. Semoga Tuhan terus melindunginya dari sana.

Loceng rumah masih kedengaran, diselang seli dengan bunyi ketukan. Sesekali bunyi tendangan. Air mata Angela berjuraian menahan ketakutan. Dia berharap pintu rumah tidak roboh. Atau security datang secepat mungkin. Atau pun jiran-jiran bersebelahan keluar untuk menghentikan lelaki itu.

Pada masa yang sama dia berfikir, bagaimana lelaki ittu tahu persembunyian dia. Mungkin lelaki itu ternampak mereka di pasaraya semalam. Tetapi dia memakai face mask dan topi sepanjang masa. Hairan, keluhnya.

Di luar Leon sangat marah. Marah kerana Angela di dalam masih berdegil tidak mahu membuka pintu. Agaknya minah itu tahu kehadirannya di luar. Atau minah itu memang tiada di rumah. Tetapi kasut jingga masih berada atas rak kasut.

Lantaklah! Ada ke tidak. Yang pasti Angela memang tinggal disini. Kalau Angela terus berdegil dia akan merobohkan pintu ini.

"Hoi! perempuannn!" Pekik Leon sambil menampar pintu. Bergema segenap ruang koridor di luar itu.

"Kalau kau tak bukak pintu ni, aku bunuh bapak kau kat kampung!" Pekik Leon lagi.

"Hoi! Dengar tak?"

"Aku dengar hari tu bapak kau masuk wad tiga hari...kah kah kah..." Leon terkekeh ketawa mengejek.

"Apa kata kali ini aku hantar dia terus ke kubur? Amacam?"

Angela mendengar dengan jelas dari dalam kamar. Hatinya mulai dua tiga apabila Leon mengugut dia menggunakan ayahnya. Bagaimana kalau betul-betul? Ya Tuhan...Angela semakin menggelabah. Tanpa berfikir panjang dia menelefon Calvin semula. Agar lelaki itu memberitahu Jonas dan menyuruh Jonas pergi ke kebun Pak Lang sekarang.

Di luar Leon masih memekak sambil memukul pintu. Seorang penghuni wanita lewat 30-an yang tinggal di rumah sebelah keluar. Leon semakin marah apabila orang lain masuk campur. Wanita itu dimarahinya balik. Tetapi wanita itu tidak mahu mengalah.

"Memanglah akak sibuk, sebab suara kau mengganggu penghuni lain. Aku boleh report polis kalau kau berdegil..."

Leon memotong; "Nak report, reportlah!" sambil mengeluarkan pistol dan mengacukan ke arah akak itu.

Wanita itu terperanjat apabila diacukan pistol. Automatik mulutnya terlopong. Saat itu juga rombongan security keluar dari perut lift.

"Berhenti!!" Pekik salah seorang.

Pangggg!

Leon menembak salah seorang dari security itu sebelum melarikan diri. Keadaan menjadi huru hara. Penghuni yang lain keluar dari rumah masing-masing, cuba melihat apa yang sedang berlaku di luar. Pak guard yang tertembak pada bahu dikerumuni oleh rakannya dan penduduk disitu. Bahunya yang terkena peluru berlumuran darah. Mereka kelam kabut menelefon ambulance dan polis.

bersambung..

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now