Bab 4

60 3 0
                                    

Angela cuba bertenang sebaik mengetahui bangkai itu adalah Jessica, teman sekampungnya. Pelbagai persoalan melintas di kepala; kenapa, bagaimana, siapa dan bermacam lagi tanda tanya. Saat itu dia terfikirkan sesuatu.

Handphone di dalam bra dikeluarkan. Dia cepat-cepat menangkap gambar Jessica dan merakam persekitaran bilik. Sekurang-kurangnya dia ada bukti punca kematian Jessica.

Dia terpandang sebuah peti besi yang agak tinggi di sudut kiri. Hatinya tergerak ingin mengetahui isi di dalam. Manalah tahu ada lagi bukti yang menunjukkan mereka melakukan jenayah pembunuhan.

Pintu peti dibuka. Rupanya ia bukan peti biasa tetapi peti sejuk beku. Terbeliak mata Angela melihat beberapa balang kaca berisi organ manusia.

Jantung Angela terasa mahu gugur dari tangkai. Dia terkejut! Sungguh terkejut hingga terduduk di lantai. Jadi, benarlah tekaan hatinya sejak mula masuk ke bilik ini. Mereka bukan saja membunuh malah menjual organ mangsa. Dan Jessica salah seorang mangsa mereka.

Angela cuba bertenang. Apa pun dia mesti keluar dari sini secepat mungkin bersama bukti tersebut. Sebelum beredar dia sempat menangkap beberapa gambar organ di dalam balang. Kemudian handphone disimpan semula dalam bra.

Bergetar kakinya melangkah keluar dari bilik penyembelihan. Mujurlah di luar kosong tiada seragam jingga kelihatan. Langkah di atur berhati-hati menuju ke arah tangga.

Malangnya belum sempat menjejak tangga, dia terserempak dengan seragam jingga yang baru keluar dari sebuah bilik.

"Hei! Hei! Awak!"

Angela terhenti. Nampaknya niat dia melarikan diri tebantut sekali lagi. Mahu tak mahu dia terpaksa menghadap si pemanggil.

"Tolong aku jap. Kau tengah free, kan?"

Sebuah troli memuatkan bungkusan plastik hitam ditolak ke arahnya. Angela akur dan mula menolak troli mengekori lelaki tersebut. Entah apa lagi kali ini.

Dia mulai risau akan nasib yang menunggu seterusnya. Hatinya tidak berhenti memohon keselamatan dari Tuhan. Semoga Tuhan menunjukkan jalan keluar kepadanya agar dia bisa membela kematian Jessica sekaligus membongkar rahsia di banglo Datuk Wong. Dia akan memberitahu dunia tentang jenayah yang di lakukan ahli korporat itu....

"Hoi, pekak!"

Angela tersentak dari lamunan. Rupanya mereka sedang berada di dalam lif naik ke tingkat atas.

"Aku tanya, kau ada rokok ke tak?"

Angela terpinga-pinga. Namun dia sempat menggelengkan kepala. Lelaki itu mengeluh hampa. Sesaat kemudian pintu lif terbuka.

Mereka keluar bersama troli masing-masing. Seketika Angela terpinga-pinga mengitari sekeliling. Bagaikan mimpi Tuhan telah mendengarkan doanya sebentar tadi. Kini mereka berada di belakang rumah. Pintu dapur bersebelahan dengan pintu lif. Dan tidak jauh dari situ kelihatan dua orang pengawal berlegar-legar kebosanan.

Suasana masih gelap mungkin sudah dinihari. Angela tidak pasti jam sekarang pukul berapa.
Kalau dia punya kekuatan supernatural sudah lama dia angkat kaki melompat atau terbang melalui pagar rumah tersebut.

"Hei, cepatlah!" Sergahan itu memaksa Angela berlari anak menolak troli menuju ke sebuah kereta di halaman.

Bonet belakang di buka. Lelaki tadi kelam kabut menyimpan bungkusan hitam ke dalam bonet. Begitu juga bungkusan di troli Angela. Selesai, bonet ditutup semula olehnya.

Sebelum masuk ke tempat pemandu, lelaki itu sempat menanggalkan topinya. Angela yang tercegat di tepi kereta sangat terkejut.

"Hoi! Cepatlah masuk! Aku nak singgah kat Petronas depan tu beli rokok."

Angela serba salah. Tak akan dia nak kembali semula ke dalam, sedangkan Tuhan telah menunjukkan jalan keluar. Apa salahnya dia mengikut lelaki ini manalah tahu ada peluang nanti.

Kereta bergerak keluar dari banglo mewah tersebut menuju ke jalan besar. Jam di dashboard menunjukkan pukul 4:45 am. Benarlah tekaannya suasana sudah mulai dinihari.

"Eh, kenapa tak bukak topi tu?" Tegur si pemandu mulai perasan Angela disebelah masih bertopeng.

Angela serba salah.

"Oi, bukalah!" Pekik si pemandu.

"Kita kat luar ni tak akan kau nak pakai topeng tu. Nanti orang ingat kau power rangers mana pulak..."

Ya tak ya juga. Benar juga kata si pemandu. Angela tiada pilihan lain. Lagi pun keadaan agak terkawal kerana mereka berada di luar, bukan di banglo itu.

"Apaaa?"

Si pemandu terkejut beruk saat menoleh sekilas ke sebelah. Hampir saja kereta yang dipandunya terbabas. Mati-mati dia ingat lelaki sepertinya rupa-rupanya perempuan! Cantik pula tu!

"Celaka. Kau perempuan rupanya..." Keluh si pemandu sambil memusing stereng membelok ke simpang stesen minyak petronas.

"Patutlah aku mintak rokok kau geleng kepala..." sambungnya lagi.

Angela tidak menjawab, hanya menundukkan kepala. Mujurlah lelaki itu tidak mengensyaki yang bukan-bukan. Mungkin sudah maklum dengan adanya pekerja perempuan di kalangan mereka.

Kereta berhenti di tempat letak kereta petronas. Serta merta muncul idea baru dalam kepala Angela. Inilah masanya dia bertindak.

"Sekejap. Aku nak beli rokok," kata si pemandu sambil membuka pintu kereta.

"Saya pun nak pergi toilet. Nak kencing..." Angela tersengih.

"Pergilah. Tapi jangan lama-lama....kita kesuntukan masa dah ni."

Keduanya keluar serentak dari perut kereta. Si lelaki meluru masuk ke dalam kedai. Manakala si perempuan meluru ke tandas yang terletak di belakang stesen.

Sampai di bilik air Angela tidak berlengah. Handphone di dalam bra terus dikeluarkan. Nama Zhang Min lalu dicari dan dipanggil masa itu juga. Kedengaran tut tut tut agak lama di hujung sana membuatkan Angela geram ingin menumbuk dinding.

"Cepatlah cepatlah...mana kau Ahmin..." keluhnya sambil mundar mandir seperti anjing hendak beranak.

Tut tut tut akhirnya dijawab oleh operator. Angela seakan ingin menjerit. Dia sedang mengejar masa, Zhang Min pula tidak menjawab panggilannya. Siapa lagi yang harus dipanggilnya selain Zhang Min? Tidak mungkin dia menelefon bos-nya sedangkan bos dia sendiri yang 'menjual' dia kepada orang tua keparat itu.

Angela tidak putus asa. Dia cuba menghubungi Zhang Min sekali lagi. Kali ini dia tidak memaki tetapi berdoa sesungguhnya di dalam hati. Hanya ini peluang dia yang ada. Dia memerlukan seseorang untuk membawanya pergi dari sini. Dia tidak mahu kembali ke banglo itu lagi.

Saksi (complete)✅Where stories live. Discover now