Robert mendapat pesan, hari ini Datuk Wong dan peguamnya akan datang ke balai membuat kesaksian. Oleh itu awal-awal pagi Robert mengarahkan Calvin pergi ke hujung bandar untuk memantau sebuah kes yang berkaitan pendatang asing masuk melalui jalan tikus.
Tujuan Robert berbuat demikian untuk mengelakkan Calvin melibatkan diri dengan soal siasat Datuk Wong nanti. Elok dia menghalau Calvin jauh-jauh dari balai. Begitu juga Jonas yang merupakan orang kanan Calvin, juga merupakan sepupu Angela.
Calvin akur dengan perintah atasan. Kalau hal kerja dia tidak melawan tetapi kalau hal yang bertentangan dengan keadilan, dia tidak akan berdiam diri.
Dalam perjalanan dia mendapat panggilan dari DCP Victor. Pada mulanya dia berpura-pura pekak. Dibiarkan sahaja handphone-nya memekak.
"Kenapa tak jawab?" Tanya Jonas yang sedang memandu.
Calvin memalingkan muka ke luar tingkap. Jonas hanya menggeleng. Hairan sungguh dia dengan lelaki itu.
Panggilan pertama terpadam begitu saja. Seminit kemudian panggilan kedua masuk, pun dari orang yang sama. Calvin masih dengan rentaknya, berpura-pura pekak.
"Bak sini aku jawab," kata Jonas sambil tangan kiri menjalar ke poket seluar Calvin.
Cepat-cepat Calvin menepis tangan Jonas. Mahu tak mahu, dia terpaksa menjawab panggilan dari ayahnya. Seperti yang diagak, Victor mula berleter tentang hal dia campur tangan dengan kes pembunuhan di Jalan Sebauh. Victor juga menasihatkan dia supaya berbaik dengan Datuk Wong. Tidak lupa mengingatkan dia, yang Datuk Wong bakal menjadi bapa mertuanya tidak lama lagi.
Hati Calvin bertambah sakit terhadap kedua-dua orang tua itu. Talian dimatikan sebelum Victor habis bercakap. Mukanya merah padan menahan marah. Jonas di sebelah tidak berani berkutik, takut Calvin bertukar menjadi drakula pula nanti. Pasti dia yang pertama dihisap darah.
*****
Calvin dan Jonas kembali ke balai lewat petang. Mereka terkejut apabila mendapat tahu Datuk Wong telah selesai disoal siasat. Dua buah kediaman Datuk Wong juga telah digeladah. Polis tidak menemukan sebarang bukti yang mengaitkan Datuk Wong dengan sebarang jenayah.
Berita penglibatan Datuk Wong dengan kes pembunuhan di Jalan Sebauh mendapat perhatian pihak media. Semua stesen tv berlumba-lumba menyiarkan berita tersebut. Datuk Wong tampil membela diri menyatakan dia bersih dan bebas dari segala pertuduhan. Dia juga mengajak media merakam semasa rumahnya digeladah oleh pihak berkuasa.
Calvin tidak puas hati kerana tidak menyertai penggeledahan itu. Menurut Angela, banglo Datuk Wong di Sutera Height mempunyai makmal penyembelihan dan peti menyimpan organ di ruang bawah tanah. Tetapi pihak polis tidak menemukan sebarang bukti di ruang tersebut. Calvin pasti Datuk Wong telah memindahkan semuanya ke tempat lain sebelum penggeledahan.
Nampaknya keadaan bertambah sukar untuk membongkar rahsia jenayah yang dilakukan orang tua itu. Calvin cuba memikirkan alternatif lain.
Petang itu dia pulang ke rumah tidak bersemangat. Tanpa memastikan keberadaan Angela dia terus berlalu ke biliknya. Selesai mandi dia perasan sesuatu agak pelik. Jika diamati suasana dalam rumahnya agak sepi. Dia baru teringat sewaktu masuk tadi, dia tidak melihat kelibat Angela.
Selesai menyarungkan pakaian dengan rambut kusut kebasahan, dia berlari keluar dari kamar. Matanya menerawang ke segenap pelosok rumah hingga ke dapur. Kosong.
Seperti biasa pintu bilik Angela terbuka separuh. Lantas Calvin memeriksa kesana. Pun kosong. Dada Calvin mulai berdebar kencang. Sekali lagi Angela menghilangkan diri tanpa pengetahuannya.
Calvin menyelongkar almari pakaian; memastikan jubah dan tudung hitam ada atau tidak. Ya, masih ada. Lapang sedikit dada Calvin.
Habis? Angela kemana? Hatinya masih belum puas. Sewaktu melalui meja makan dia terpandang tudung salji, lalu diangkatnya. Beberapa jenis lauk pauk masih berasap menandakan Angela baru selesai memasak.
Hairan? Kemana pula orangnya pergi. Tidak mungkin Angela melarikan diri selepas memasak. Calvin teringatkan selipar jepun di luar pintu. Segera dia menapak kesana. Tiada. Selipar jepun yang dipakai Angela melarikan diri tempoh hari dan selalu digunakan membuang sampah ke bawah, tiada kelihatan. Memang sah Angela yang merembatnya.
Calvin berlari ke lift untuk turun ke bawah. Seperti hari itu, manalah tahu gadis itu turun ke bawah untuk membuang sampah. Hatinya berharap menemukan Angela disana.
Malangnya tiada. Tiada satu pun kelibat penduduk berhampiran situ. Calvin semakin risau. Jantungnya mulai terasa direnggut dan nafasnya terasa sesak di dada. Dia tidak tahu harus kemana lagi.
Mungkin saja Angela pergi melawat ayahnya yang baru keluar dari hospital. Niatnya mahu menelefon Jonas terbantut sebaik teringat handphone tertinggal di atas. Lantas dia berlari ke arah lift.
Sampai di rumah;
"Eh, awak dah balik?" Sapa Angela dari dapur.
Calvin terkejut.
Angela tersengih sambil membungkus sayur dengan surat khabar. Sepantas kilat Calvin meluru dan memeluk tubuh itu. Angela tercenggang. Dia termati kutu. Apa dah kena dengan lelaki ini? Tiba-tiba memeluknya...
Seminit, dua minit, tiga minit berlalu, Calvin masih memeluknya erat. Dia mulai berdebar tidak tentu arah.
"Err...ke...kenapa? Apa terjadi?" Tanya Angela agak gugup.
"Tak ada apa...." jawab Calvin seraya merungkai pelukkan, "...awak kemana tadi?"
"Ni, beli sayur ni...." daun sup yang dibalutnya dengan surat khabar ditunjukkan kepada Calvin, "...kan stok sayur dah habis. Saya beli brokoli juga. Fish cake. Taugeh. Timun. Banyak sayuran yang segar kat kedai runcit bawah tu."
Calvin terpinga-pinga. Pelbagai jenis sayuran bertabur atas meja. "Jadi awak turun bawah beli semua ni?" Tanya Calvin mahu kepastian.
"Hmmm..." Angela mengangguk dan kembali menyambung kerjanya mengemas hasil belian tadi.
"Mana awak dapat duit?"
"Hari tu saya gadai rantai emas kat pajak gadai seberang jalan tu," jawab Angela selamba.
"Apa? Awak gadai rantai?" Calvin menepuk dahi sendiri. "Kenapa tak cakap awak nak duit?"
Angela tersengih. "Nanti awak cakap saya mata duitan hehehe..." Sebenarnya hari itu tujuan dia menggadai rantai untuk dibuat tambang melarikan diri.
Calvin ingin bersuara lagi tetapi Angela menolak tubuhnya ke meja makan. Sebuah kerusi ditarik. Dipersilakan lelaki itu duduk. "Makan dulu, nanti sejuk dah tak sedap pula. Penat saya masak tau..." kata Angela sambil mencedok nasi ke pinggan Calvin.
Calvin tersenyum, terusik hatinya melihat telatah Angela melayannya. Dia suka suasana seperti ini. Angela bukan saja cantik dan rajin memasak, gadis itu juga pandai mengambil hati. Dia tersenyum lagi sambil menjamah makanannya.
Angela menyertai Calvin setelah memasukan sayur ke dalam peti sejuk. "Awak," tegur Angela, "...nanti kita keluar shopping barang dapur, nak tak?"
Calvin mengangguk. Dia tak sempat menjawab kerana mulutnya penuh dengan makanan.
"Selepas tu, kita jalan-jalan ambil angin, boleh tak?" Tanya Angela lagi.
Kali ini tiada respon dari Calvin. Seminit Angela melongo menunggu jawapan namun Calvin masih diam. Selesai makan, Calvin beredar ke sinki. Sekarang Angela tahu jawapannya 'tak boleh'. Tak mengapalah kalau tak boleh. Keluar beli barang dapur sahaja pun dah cukup. Lagipun dia perlu sedar diri, dia masih menjadi buruan polis dan pengikut Datuk Wong.
"Kata nak ambil angin? Kenapa makan tak siap lagi?" Tanya Calvin, selesai mencuci pinggan.
"Serius?" Wajah Angela berubah cerah.
"Yahooo!!" Angela menjerit gembira lalu mengangkat pinggannya ke sinki sedangkan makanannya baru separuh.
Calvin tersentak. Angela segera mengemaskan meja makan sambil menyanyi riang. Sekali lagi Calvin tersenyum sendiri. Dia suka melihat telatah Angela yang periang dan gila-gila. Seolah-olah hidup Angela bebas tanpa masalah.
YOU ARE READING
Saksi (complete)✅
RomanceTerlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Begitulah hal yang terjadi kepada Angela selepas berjaya melarikan diri dari banglo Datuk Wong. Dia dikejar pihak polis kerana dituduh membunuh kekasihnya dan diburu pengikut Datuk Wong kerana peran...